Amalnita Pahang

Amalnita Pahang Page ini adalah halaman rasmi AMALNITA cawangan Pahang. Salah satu Jabatan di bawah Yayasan Amal Malaysia iaitu Jabatan Wanita dan Keluarga.

20/02/2026
19/02/2026

19 Feb 2026-Day 2

19/02/2026

Day 2
Misi Ramadan Aceh

Pada hari kedua misi Ramadan kami di Aceh 🇸🇬, Amalnita memuat naik video terkini. 📽️ untuk tontonan anda. Sertai kami dalam usaha murni ini. ✨

02 Jan 2026Inilah hasil sumbangan kalian. Kami hadir sebagai wakil meraikan anak-anak ini dalam menikmati suasana yang s...
04/01/2026

02 Jan 2026
Inilah hasil sumbangan kalian. Kami hadir sebagai wakil meraikan anak-anak ini dalam menikmati suasana yang sama macam kanak-kanak biasa di luar sana.

Tadika Amal Kunak merupakan salah satu daripada rangkaian Tadika Amal yang diwujudkan oleh Yayasan Amal Malaysia sebagai inisiatif pendidikan awal untuk anak-anak masyarakat pedalaman, terutama golongan asnaf dan mereka yang kurang akses kepada pendidikan formal. Tadika-tadika ini adalah percuma dan bertujuan memastikan kanak-kanak luar bandar mendapat peluang pendidikan awal yang berkualiti secara percuma.

Tadika ini mula didirikan di Kampung Kunak Jaya Laut, Kunak, Sabah apabila usaha tersebut dilaksanakan melalui sumbangan orang ramai dan sokongan masyarakat setempat.

Majlis perasmian rasmi diadakan pada 13 Julai 2022, sebagai permulaan operasinya yang menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak setempat.

‼️Tujuan dan Fokus Utama

✅ Memberi akses kepada pendidikan awal secara percuma kepada kanak-kanak di kawasan luar bandar atau yang kurang bernasib baik.
✅ Menyediakan asas pembelajaran seperti membaca, menulis, dan kemahiran asas lain bagi membentuk generasi yang berilmu.
✅ Menjadi platform untuk menyuburkan lagi usaha dakwah dan kebajikan dalam komuniti setempat melalui pendidikan.

Tenaga pengajar di Tadika Amal, termasuk Tadika Amal Kunak, sering terdiri daripada da’iyah yang berkemahiran, termasuk alumni Pusat Dakwah Serantau (PDS) yang dilatih khusus. Program ini bukan sekadar pendidikan biasa tetapi turut membawa nilai akhlak dan asas dakwah kepada kanak-kanak.

Sejak beroperasi, Tadika Amal Kunak telah menyaksikan penyertaan ramai pelajar setempat dan turut menjadi sebahagian daripada acara Hari Konvokesyen Tadika-Tadika Amal yang diraikan di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak.

Acara ini menghargai pencapaian pelajar yang telah menamatkan pendidikan tadika mereka dan memberi inspirasi untuk meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya. Nah!! Itulah sebab kami ada di sini.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga kalian semua tidak jemu untuk terus menyumbang kepada Tadika ini melalui YAM.

02 JAN 2026Sepetang bersama masyarakat perkampungan rumah atas air di Kampung Kunak Jaya Laut. Pasukan Amalnita Pahang b...
03/01/2026

02 JAN 2026
Sepetang bersama masyarakat perkampungan rumah atas air di Kampung Kunak Jaya Laut. Pasukan Amalnita Pahang berpeluang beramah mesra sambil berdakwah kepada kaum wanita yang majoritinya daripada keturunan suku Suluk dan Bajau. Pasukan Amalnita Pahang turut menyertai rombongan petugas Yayasan Amal Pahang bagi memenuhi jemputan merasmikan Majlis Konvokesyen Tafika Amal..

03 JAN 2026Pihak Amalnita Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar, guru-guru serta pihak pengurusan Tadika ...
03/01/2026

03 JAN 2026
Pihak Amalnita Pahang merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar, guru-guru serta pihak pengurusan Tadika Amal Zon Kunak yang ditubuhkan oleh Yayasan Amal Malaysia atas kejayaan dan kelancaran penganjuran majlis pada hari ini.

Address

Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60145347676

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amalnita Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Amalnita Pahang:

Share