07/04/2026
SENDI HARIMAU KE SILAT SENI GAYONG - DARI KOTA SARANG SEMUT KE IBU KOTA
Dalam persidangan perwakilan Persatuan Silat Seni Gayong yang ke-empat di Dewan Guru Alor Setar, Kedah pada 25 Disember yang lalu banyak perkara yang memberi perubahan-perubahan kepada persatuan ini telah diputuskan.
Sa-ramai 120 orang wakil Chawangan, Daerah dan Negeri dari seluruh Malaysia turut hadir.
Salah satu daripada perkara yang telah di-binchangkan ialah Ibu Pejabat PSSGM sekarang yang berada di Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah ( Nota : Merangkap Pusat Latihan Tertinggi) akan di pindahkan ka-Ibu Kota Kuala Lumpur.
Chadangan ini ialah salah satu daripada usul dalam persidangan tahun lalu oleh wakil dari Terengganu, Encik Abu Johan bin Mohd Johor dan telah dijadikan satu ajenda(agenda) khas untuk dibincangkan pada tahun ini.
Saya sudah merasa dari awal-nya perbincangan tersebut akan berbangkit di antara perwakilan Negeri Kedah dengan lain2 perwakilan yang hadhir yang bersetuju supaya Ibu Pejabat PSSGM itu dipindahkan.
Negeri Kedah yang mempunyai chawangan-nya yang paling banyak iaitu 15 chawangan tidak puas hati dan tidak mahu melepaskan chadangan ini.
Selama sudah empat tahun Kedah menjadi pusat dan tumpuan perwakilan-perwakilan sekalian dan dari Negeri Kedah juga mula bertapaknya 'Silat Seni Sendi Harimau' atau lebih terkenal lagi dengan 'Silat Seni Gayong'.
Tetapi setelah mende- ngar beberapa pendapat dari perwakilan terutama perwakilan negeri Terengganu yang mula2 sa-kali mengeluarkan usul ini baru-lah perwakilan Negeri Negeri Kedah me- ngalah.
Lepas dengan rasa pe- noh harapan la-itu pada suatu masa kelak Kedah akan di-kenang sa-bagal 'Rumah tempat P.S.S- G.M. di-lahirkan.
Berpindah-nya Ibu Pe- jabat P.S.S.G.M, ka-Kuala Lumpur akan memberi satu nafas baru kapada ahli2 PSS.G.M. sekalian untok membangun ber- sama2 dengan persatuan2 lain yang sekarang ini sedang berpusat di-Ibu Kota.
Maha Guru Meor Abdul Rahman menyambut baik keputusan ini. Beliau berkata: "Ibu Pejabat P.S.S.G.M. di-Ibu Kota akan menguatkan kan lagi chita2-nya untok mengembangkan Silat Seni Gayong ini sa-hing- ga ka-perengkat nasional dan antarabangsa. De- ngan ini juga keputusan untok mengadakan per- tandingan silat bagi tiap2 chawangan seluroh Ma- laysia akan dapat di-lak- sanakan.
Di-samping itu usul bagi P.S.S.G.M. untok ber- niaga telah juga di-teri- ma. Perwakilan dari Ne- geri Perak. Enche Abu Bakar bin Mohd telah membuat usul ini.
Chadangan ini telah di- sambut baik oleh perwa- kilan termasok Maha Gu- ru Meor Abdul Rahman.
Jawatankuasa kechil te- lah di-lantek untok tu- juan tersebut.
Mengepalai bagi panitia ini ia-lah Enche' Abu Ba- kar.
Persidangan ini telah melantek Jawatankuasa yang baru terdiri dari:- Yang di-Pertua Silat Seni Gayong : Enche Meor Abdul Rahman, Naib Yang di- Pertua: Azhar bin Elias (Selangor), Setiausaha Agong Mohd. Ghazali bin Salleh (Selangor, Benda- hari Said bin Daud (Se- langor). Jawatankuasa
Ahli2 terdiri dari Abu Johan bin Mohd Johor (Trengganu). Hussain Yusoff (Kedah), "Baharudin. Mohd Sebe- rang Perai), Bakar bin Mohd (Perak), Kasnawi Kasdi ( Negeri Sembilan), Ariffin Abdullah (Kelan- tan), Abd. Majid Mohd Isa (Kedah), Siti Kalsom Meor Abd. Rahman (Pe- rak), Faridah Abu Johan (Trengganu), Zainab Z. Abidin (Selangor).
Pada keselurohan per- sidangan tersebut Majlis P.S.S.G.M. telah juga me- nerima beberapa usul yang baik.
Di-antara-nya ialah bersetuju untok meng- adakan ziriat bagi Maha Guru Meor Abd Rahman sa-bagai pengasas Silat Seni Gayong atau 'Pelopor Silat Seni Sendi Harimau', dan meluluskan tambahan peratoran per- tubohan iaitu Majlis Guru2 Silat Seni Gayong' dan 'Chara2 Pertandingan Silat Seni Gayong' . Perjumpaan tersebut di- akhiri dengan pertunjo- kan silat dari Perwakilan Negeri Kedah dan jamuan teh.
Pada sa-belah malam p**a perwakilan sekalian telah di-raikan di -Malinja Restoren di Pekan Alor Setar dengan jamuan makan malam.
MUSTAFFA MAHMUD
Berita Harian
5 Januari 1970.
Ihsan : Arkib Kebangsaan Singapura