Kelana Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Kelana Pahang Kelana Pahang is a Home for Young Leaders and Changemakers.

A Platform Where Passion Meets Purpose, Shaping Confident Rover Scouts Through Service, Leadership, and Meaningful Action That Creates Real Impact for Communities Across Pahang.

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRANYH DATO’ Ts. Gs. Dr. MOHD ZAKARIA BIN IBRAHIMPengerusi Majlis Pengakap Negeri PahangDengan ...
10/08/2026

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN

YH DATO’ Ts. Gs. Dr. MOHD ZAKARIA BIN IBRAHIM
Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pahang

Dengan penuh takzim, seluruh keluarga besar Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YH Dato’.

Semoga YH Dato’ sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam kepimpinan, kesejahteraan serta keberkatan dalam setiap amanah dan khidmat bakti yang dicurahkan.

Sesungguhnya kepimpinan, sokongan dan komitmen YH Dato’ amat bermakna dalam memperkukuh gerakan kepengakapan serta membentuk generasi muda yang berilmu, berdisiplin dan berjiwa bakti di Negeri Pahang.

Semoga terus memimpin, menginspirasi dan menabur bakti demi agama, bangsa dan negara.

“Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap.”

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang

09/08/2026

ROVER BACKPACKERS EXPEDITION 2026
(Merdeka Edition)

Terbuka Kepada Semua Yang Ingin Menyertai
24-27 August 2026

🕋 ILMU ADALAH PERSEDIAAN TERBAIK MENUJU BAITULLAHPerjalanan ke Tanah Suci bukan sekadar membawa beg dan pakaian, tetapi ...
08/08/2026

🕋 ILMU ADALAH PERSEDIAAN TERBAIK MENUJU BAITULLAH

Perjalanan ke Tanah Suci bukan sekadar membawa beg dan pakaian, tetapi membawa ilmu, adab dan kefahaman agar setiap ibadah yang dilakukan menepati sunnah.

Justeru, Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Pahang dengan sukacitanya menjemput seluruh masyarakat untuk menghadiri Kursus Umrah Intensif sebagai persediaan sebelum menjadi tetamu Allah.

📅 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 1.00 petang
📍 Rumah Mengaji, Kg Tengah, Kuantan

Mari bersama sama menambah ilmu, memperbetulkan amalan dan mempersiapkan diri ke arah umrah yang lebih yakin, sempurna dan mabrur.

📞 Sebarang pertanyaan:
019-989 5123 (Haji Che Su)
011-1102 3436 (Ustaz Khaidir)

🇲🇾 ROBEX MERDEKA EDITION 2026Ada pengalaman yang hanya boleh didengar daripada orang lain.Dan ada pengalaman yang anda s...
02/08/2026

🇲🇾 ROBEX MERDEKA EDITION 2026

Ada pengalaman yang hanya boleh didengar daripada orang lain.

Dan ada pengalaman yang anda sendiri perlu lalui.

ROBEX bukan sekadar satu program. Ia adalah sebuah pengembaraan yang dipenuhi misi, kejutan, cabaran dan kenangan yang akan anda ceritakan bertahun-tahun kemudian.

🎒 Misi Misteri
🧭 Destinasi Rahsia
🤝 Rakan Baharu
✨ Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang.

📅 24–27 Ogos 2026
💰 RM100 sahaja

Yuran termasuk:
✅ Modul Aktiviti Pengembaraan
✅ Buku Passport ROBEX
✅ Bendera Malaysia
✅ Sijil Penyertaan
✅ Makan & minum mengikut tentatif

⚠️ Setiap edisi hanya berlaku sekali. Apabila ROBEX 2026 berakhir, pengalaman ini tidak akan dapat diulang dengan cara yang sama. Persoalannya… adakah anda akan menjadi sebahagian daripada kisah ini, atau hanya melihatnya melalui telefon?

📲 Sertai Group Info & Pendaftaran:
https://chat.whatsapp.com/Ie2ZibF2lKgKK1311DV2uQ?s=cl&p=i&mlu=4&amv=2

🔥 Slot terhad. Jangan tunggu sehingga orang lain sudah berkongsi pengalaman mereka.

🧣 1 Ogos - Hari Skaf SeduniaHari ini, kita memakai skaf bukan sekadar sebagai sebahagian daripada uniform, tetapi sebaga...
01/08/2026

🧣 1 Ogos - Hari Skaf Sedunia

Hari ini, kita memakai skaf bukan sekadar sebagai sebahagian daripada uniform, tetapi sebagai simbol janji, khidmat dan persaudaraan yang dibawa bersama.

Setiap lipatan menyimpan cerita.
Setiap warna membawa identiti.
Setiap skaf menyatukan kita sebagai satu keluarga Pengakap sedunia.

Bangga berskaf. Bangga menjadi Pengakap. ⚜️

31/07/2026

⚜️ KELANA INTRODUCTION CAMP 2026 (KINC 2026) ⚜️

24 – 26 Julai 2026

Tiga hari yang membuktikan bahawa kepimpinan bukan sekadar dipelajari, tetapi dibentuk melalui pengalaman.

Terima kasih kepada setiap peserta, urusetia, pemimpin dan semua yang menjayakan KINC 2026. Semoga segala ilmu, persahabatan dan kenangan yang tercipta menjadi titik permulaan kepada lebih ramai pemimpin muda Pengakap Kelana pada masa hadapan.

From Strangers to One Civilization. 🤝

DAULAT TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah ...
31/07/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku, mengurniakan kesihatan yang berpanjangan serta terus menaungi Negeri Pahang Darul Makmur dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada
Sekretariat Kelana Pahang

28/07/2026

KELANA INTRODUCTION CAMP 2026 (KINC 2026)

📅 24 – 26 Julai 2026

KINC 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya. Program ini menghimpunkan belia Pengakap Kelana dalam satu pengalaman pembelajaran berasaskan simulasi kepimpinan, kerjasama, komunikasi dan pembinaan komuniti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta, sukarelawan, urusetia, rakan strategik serta pihak yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga KINC 2026 menjadi pencetus kepada lahirnya lebih ramai pemimpin muda yang berwibawa untuk masa hadapan.

28/07/2026

KELANA INTRODUCTION CAMP 2026

24 – 26 Julai 2026

Satu perjalanan.
Satu pengalaman.
Seribu kenangan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada KINC 2026. Semoga kita bertemu lagi di program akan datang!

“Menghargai jasa, mengiktiraf pengorbanan, mengangkat legasi.”Detik penuh bermakna telah terpahat dalam sejarah Persekut...
25/07/2026

“Menghargai jasa, mengiktiraf pengorbanan, mengangkat legasi.”

Detik penuh bermakna telah terpahat dalam sejarah Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pahang apabila buat julung kalinya Majlis Anugerah Bintang dan Pingat Pengakap Pahang dianjurkan sebagai satu pengiktirafan rasmi kepada insan-insan yang selama ini berdiri teguh di belakang tabir membina, membimbing dan memimpin generasi muda.

Majlis telah disempurnakan oleh YH Dato’ Ts. Gs. Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pahang merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang (Pembangunan), serta dihadiri oleh Tuan Haji Aminollah bin Lateh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pahang, bersama barisan kepimpinan dan pemimpin-pemimpin Pengakap dari seluruh Negeri Pahang.

Address

Darulmakmur Scout Lodge, Jalan Stadium
Kuantan
25000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelana Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelana Pahang:

Shortcuts

Share