KRT Sg Isap 2

Call Directions Contact the organization

KRT Sg Isap 2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Sg Isap 2, Non-Governmental Organization (NGO), KRT Sungai Isap 2, Kuantan.

Perkampungan Sungai Isap 2 merupakan Taman perumahan bertaraf Kampung yang berada di pinggir Bandaraya Kuantan,

Lokasi sejauh 7 Kilometer dari pusat bandaraya dengan kepadatan penduduk sekitar 712 buah rumah

19/08/2026

Bagi memeriahkan lagi bulan kemerdekaan pada 31 Ogos 2026 kali ke 69. Ajk Krt Perkampungan Sg. Isap 2 bersama Pegawai2 Perpaduan Daerah Kuantan turun padang bagi melaksanakan kempen Kibar Bendera Kebangsaan dengan sama2 mengagihkan bendera kepada pengguna jalan raya berhadapan Pondok SRS Perkampungan Sg. Isap 2,Kuantan Pahang DM.
Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

13/08/2026

13/8/2026 .Pelbagai aktiviti terutamanya menaikan Bendera Kebangsaan di bangunan milik kerajaan, mengagihkan kepada kenderaan yang melalui hadapan Pondok Srs serta menjalankan Mesyuarat Jiran Wanita bagi peringkat KRT perkampungan Sg. Isap 2. Merancangkan Program untuk dilaksanakan sempena menyambut hari kemerdekaan ke 69 Tahun 2026.serta laungan Merdeka.
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!..
Simpan gambar dan video disini
#

22/6/2026 @9.00 Isnin.Program Hebahan Inisiatif Pahang (HIP) Daerah Kuantan Tahun 2026.Bertempat di Dewan SUK Pahang Blo...
22/06/2026

22/6/2026 @9.00 Isnin.
Program Hebahan Inisiatif Pahang (HIP)
Daerah Kuantan Tahun 2026.
Bertempat di Dewan SUK Pahang Blok C
Wisma Sri Pahang.Jawatan Kuasa Krt Sg. Isap 2 di jemput ke majlis berkenaan.

16/6/2026 @10.00am Dibawah Program Jiran Emas beberapa jawatankuasa telah melaksana tanggung jawab untuk menziarah serta...
22/06/2026

16/6/2026 @10.00am Dibawah Program Jiran Emas beberapa jawatankuasa telah melaksana tanggung jawab untuk menziarah serta menyampaikan sumbangan zakat kepada Fakir Miskin dan pesakit kronik yang telah disenaraikan di sekitar Perkampungan Sg. Isap 2,Pengerusi Jiran Emas bersama ajk telah ke setiap rumah seramai 20 penerima terpilih.
Simpan gambar disini.

20/6/2026 @ 8.00am hari sabtu di dewan Sri Mentiga. Krt Sg. Isap 2 berjaya melaksanakan program bersama KOSPEN Klinik Ke...
22/06/2026

20/6/2026 @ 8.00am hari sabtu di dewan Sri Mentiga.
Krt Sg. Isap 2 berjaya melaksanakan program bersama KOSPEN Klinik Kesihatan Kurnia Jaya.
Pelbagai acara diadakan terdiri dari Saringan Kesihatan,Ceramah Pemakanan Sihat,Demo masakan serta Pertandingan mewarna.
Tunas Jiran menghantar dalam 20 peserta kanak2 Ke Pertandingan berkenaan.
Simpan gambar kenangan disini.
#

20/6/2026 @9.00pm Alhamdulilah bertempat di dewan Sri Mentiga. Mesyuarat Pemilihan Jawatan Kuasa RT Perkampungan Sg. Isa...
22/06/2026

20/6/2026 @9.00pm Alhamdulilah bertempat di dewan Sri Mentiga. Mesyuarat Pemilihan Jawatan Kuasa RT Perkampungan Sg. Isap 2 berjaya dijalankan dengan baik dalam persaingan sihat.Alhamdulilah Mesyuarat di mulakan dgn bacaan doa.
Pn Mass dari PPD daerah Kuantan mempengerusikan mesyuarat sehingga selesai dengan jayanya. Taniah kepada yang berjaya kekal walaupun ada perubahan dalam tampuk kepimpinan. Begitu juga kepada yang baru menduduki barisan Ajk terutama anak2 muda yang nampk bersemangat yang akan mengambil alih kepimpinan masa akan datang.Kehadiran melebihan jangkaan iaitu seramai 70 orang hadir dapat direkod melalui pendaftaran kehadiran.Simpan gambar disini untuk moment akan datang.
Taniah kepada semua.
#

Harap maaf atas masalah teknikal malam tadi, LINE INTERNET CELCOM/DIGI kami mengalami gangguan. Setelah beberapa kali pe...
16/05/2026

Harap maaf atas masalah teknikal malam tadi, LINE INTERNET CELCOM/DIGI kami mengalami gangguan. Setelah beberapa kali percubaan maka kami terpaksa meneruskan bual bicara tanpa LIVE dari Akaun KRT SUNGAI ISAP 2. Namun begitu, tuan puan boleh mengikuti live tersebut dari akaun Tik Tok Wan Mahusin sendiri.

Insyallah kami akan tampal link live tersebut nanti

10/01/2026

10/1/2026@Sabtu alhamdulilah selesai Program Gunting Rambut Percuma BACK TO SCHOOL pelajar Prasekolah, Rendah dan Menengah.
Bertempat di Dewan Sri Mentiga Sg. Isap 2.
Anjuran Krt Sg. Isap 2(Tunas Jiran)
Penyertaan yang amat membanggakan. Seramai 215 penyertaan diterima melalui pendaftaran secara online serta Walkin.
Program bermula 9.00am berakhir pada 5.30pm dilaksanakn secara pembahagian jadual masa kepada peserta.
Barber sukarelawan seramai 17 orang terdiri dari Penuntut Kolej Yayasan Pahang seramai 16 orang dan dari Barber Bunga Raya seorang.
Tkasih kepada semua yang menjayakan program.Ahli majlis Tn Hj Fakhrul Anuar hadir bagi memberi sokongan kepada peserta dan Barber serta urusetia.
Simpan gambar aktiviti awal tahun 2026 di sini.

04/01/2026

Majlis Apresiasi bertempat di Hills Cafe Tembeling Resort 3/1/2026 @20:00
Meraikan jkuasa krt Sg. Isap 2 sesi 2024/2025
Serta Penyampaian Sijil dan cenderahati oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuantan En. Nur Azhar Ramly.
Tkasih kepada semua tetamu.

Assalamualaikum, Sempena Tahun Baru nie, kita Delay sedikit cerita memberi ruang sahabat menyambut tahun baru dengan ama...
02/01/2026

Assalamualaikum, Sempena Tahun Baru nie, kita Delay sedikit cerita memberi ruang sahabat menyambut tahun baru dengan aman.

Bismillah, Jam 7.30am berpusu-pusu mak ayah menghantar anak2... Ada yang Dari BALOK, SUNGAI SOI, Serta dari Pekan, kita walaupun terkejut jauh sangat datangnya walhal di war2 kan hanya sekitar Sungai KRT Sg Isap 2 , kita terima dengan tangan terbuka luas semoga anak2 ini yang di Amanahkan oleh keluarganya dapat menimba ILMU dengan jayanya.

Kita nampak last2 MAK AYAH yang berdebar, anak2 dah jumpa kawan, walaupun tak kenal, mula jer salam dengan orang sebelah, terus x ingat dunia lain... Alhamdulillah anak2 pandai berdikari.

Sesi awal dimulakan dengan pembahagian kumpulan oleh abang Dan kakak Dari IIUM ataupun nama lain nya UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA. Terus mesra adik2 ini dengan Akak & Abang FASILATATOR.

Tak lupa pada edisi Kali ini kami nak UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA IIUM (International Islamic University Malaysia), Gombak spesificnya kepada
Dr Normah Haron
Timbalan Dekan
Ofis Hal Ehwal Pelajar
Kuliah Sains
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Bersama DOKTOR Fuad yang banyak membantu kami Masjid Al Falah Sg Isap 2 Dan KRT Sungai Isap 2 berkaitan dengan FASILITATOR UIA/IIUM

Ada parents yang sampai JAKI tengok anak..Tergelak kami dengar komen2 mak ayah...

"AMBOI, TADI DALAM KERETA PUNYALAH MOODY tak nak datang.. sampai sini tengok, dah tak ingat mak ayah dia dah.

Peserta cilik kami 6 tahun dan paling dewasa 15 tahun. Walaupun dia cukup kecik, semangat dia cukup tinggi....

Dalam acara ICE BREAKING ini, anak2 di dedahkan dengan ilmu menjaga diri sendiri, menghormati ketua, dan pelbagai ilmu lagi. Kita Sambung ke Siri seterusnya iaitu KEM SOLAT

Ruslan Alias Kerajaan Negeri Pahang Aladzemi Deraman Ros Jery Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Muhamed Nurhafiz Bin Zainal

Address

KRT Sungai Isap 2
Kuantan
25150

Telephone

+60137411544

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Sg Isap 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Sg Isap 2:

Shortcuts

Share