11/07/2026
LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG KACAU BUBUR ASYURA 2026 & PENYAMPAIAN SIJIL KEAHLIAN PERMAS
Pada 11 Julai 2026 (Sabtu), Perhubungan PERMAS Malaysia Negeri Kedah Darul Aman telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong Kacau Bubur Asyura di Rumah Kanda Jaq, Mukim Bukit Raya, Pendang, Kedah.
Program yang bermula pada jam 8 pagi ini mendapat sambutan yang baik daripada ahli PERMAS, keluarga dan masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk gotong-royong memasak Bubur Asyura, penyampaian sijil kepada ahli, pendaftaran keahlian baharu serta jamuan secara potluck.
Secara keseluruhannya, program berlangsung dengan lancar dan berjaya mencapai objektif untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga PERMAS KEDAH.