Pahang Deaf Sports Association

Pahang Deaf Sports Association Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pahang Deaf Sports Association, Non-Governmental Organization (NGO), No 2-5 Tingkat 2, Bangunan UTC, Kuantan.

19/03/2026
Selamat Hari Lahir buat YB Tuan Fadzli Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-b...
18/03/2026

Selamat Hari Lahir buat YB Tuan Fadzli Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan sentiasa berada di dalam limpah kurnia dan rahmah Allah swt.

12/03/2026
12/03/2026

Majlis Sukan Pahang, 11 mac 2026 - kunjung hormat daripada Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Encik Ong Shin Ruenn. Turut hadir ialah Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang, Encik Mohamad Hoe Bin Abdullah bersama barisan ahli Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang. Pertemuan ini turut dibantu oleh Cik Sarah Lo Siew Phin selaku penterjemah bahasa bagi memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak.

Kunjungan ini diadakan bagi memperkenalkan barisan kepimpinan persatuan kepada Pengarah baharu Majlis Sukan Pahang, di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Dalam pertemuan tersebut, pihak persatuan turut memohon sokongan berterusan daripada Majlis Sukan Pahang dalam usaha memperkasa serta memajukan pembangunan sukan dalam kalangan atlet orang pekak di negeri ini.

MZSA



12/03/2026
12/03/2026
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh warga PhSDeaf dan semua yang sentiasa menyokong kami.Semoga Ra...
19/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447H kepada seluruh warga PhSDeaf dan semua yang sentiasa menyokong kami.

Semoga Ramadan ini membawa keberkatan, kekuatan dan kejayaan buat kita semua. 🤲✨





Selamat Tahun Baru CinaGong Xi Fa Cai! 2026Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada...
16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina
Gong Xi Fa Cai! 2026

Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina.
Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik, kejayaan dan kemakmuran kepada anda sekeluarga.

Ikhlas daripada,
Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang





Mesyuarat Agung Tahunan 20268 Februari 2026Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Rukun Tetangga Sungai Isap Perdana, Kua...
10/02/2026

Mesyuarat Agung Tahunan 2026
8 Februari 2026

Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Rukun Tetangga Sungai Isap Perdana, Kuantan, Pahang.
Seramai 30 orang ahli telah hadir bagi menunaikan Mesyuarat Agung Tahunan ini.

Mesyuarat turut membentangkan laporan aktiviti dan program sepanjang tahun 2025. Tahniah diucapkan atas segala usaha dan komitmen yang telah diberikan.

Diharapkan PhSDeaf akan terus cemerlang dan maju dalam memperkasakan komuniti orang pekak di negeri Pahang. 🤟





Pada 29 Januari 2026, Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 telah berlangsung dengan penuh istiadat dan bermakna di se...
31/01/2026

Pada 29 Januari 2026, Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 telah berlangsung dengan penuh istiadat dan bermakna di sekitar Kuala Lumpur.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang (PhSDeaf), Encik Mohammad Hoe bin Abdullah, bersama Encik Mohammad Firdaus sebagai wakil persatuan.

Pihak Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang (PhSDeaf) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) atas kejayaan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan Pekak Negara 2025 yang telah dilaksanakan dengan lancar, teratur serta penuh bermakna.

PhSDeaf juga merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan rasmi yang diberikan kepada Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang untuk menghadiri majlis berprestij ini.





Selamat Tahun Baru 2026 - 1 Januari 2026Semoga tahun 2026 membawa kejayaan, kesihatan yang baik dan semangat kesukanan y...
31/12/2025

Selamat Tahun Baru 2026 - 1 Januari 2026

Semoga tahun 2026 membawa kejayaan, kesihatan yang baik dan semangat kesukanan yang lebih kukuh buat semua Ahli Persatuan Sukan Orang Pekak Pahang.

Terima kasih atas komitmen, kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Bersama kita terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Pahang. 💪✨

Selamat Menyambut Hari Krismas - 25 Disember 2025kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian.
25/12/2025

Selamat Menyambut Hari Krismas - 25 Disember 2025
kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian.

Address

No 2-5 Tingkat 2, Bangunan UTC
Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahang Deaf Sports Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pahang Deaf Sports Association:

Share