SWCorp Pahang

  • Home
  • SWCorp Pahang

SWCorp Pahang MALAYSIA YANG BERSIH, INDAH DAN SEJAHTERA

🏢Government organisation
☎️09-5663151

01/06/2026

Anda tahu jawapannya. Hampir semua orang tahu.

Tapi mengapa masalah pembuangan sampah merata-rata di Malaysia masih berlaku? Salah satu puncanya adalah tabiat malas dan sikap sambil lewa dalam kalangan masyarakat.

Jika anda berada di tempat awam dan tidak menjumpai tong sampah untuk membuang sampah, simpan sampah anda dan buang di rumah.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan larangan pembuangan sampah kecil di tempat awam yang lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jangan disebabkan malas, anda kena bayar harga yang mahal dengan wang dan juga masa. Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

01/06/2026

18 Tahun SWCorp: Menggalas Amanah, Menginspirasikan Transformasi

Setiap pencapaian besar bermula dengan satu langkah kecil. Begitulah perjalanan SWCorp sepanjang 18 tahun menunaikan amanah dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam negara.

Daripada sebuah organisasi yang diberi amanah untuk mengurus kebersihan awam, SWCorp kini berkembang sebagai pemacu perubahan dalam membentuk budaya kebersihan, memperkasa kesedaran masyarakat serta menyokong agenda kelestarian negara.

Sepanjang perjalanan ini, pelbagai cabaran telah ditempuhi dan pelbagai kejayaan telah dilakar. Namun, nilai teras yang kekal menjadi teras perjuangan SWCorp — kebersihan bukan sekadar perkhidmatan, tetapi satu tanggungjawab bersama.

Ulang tahun ke-18 ini bukan sekadar meraikan perjalanan yang telah dilalui, tetapi menjadi titik refleksi terhadap amanah yang dipikul serta komitmen untuk terus melangkah lebih jauh.

Berteraskan semangat , SWCorp akan terus memacu transformasi, memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta meneroka pendekatan lebih progresif dalam mendepani cabaran pengurusan kebersihan negara yang semakin dinamik.

Bersama, kita melakar masa depan yang lebih lestari demi merealisasikan Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

01/06/2026
01/06/2026

DAULAT TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sesungguhnya kepimpinan, kebijaksanaan dan kewibawaan Seri Paduka Baginda menjadi lambang perpaduan, kestabilan serta kesejahteraan negara yang sentiasa dijunjung tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia.

Seluruh warga SWCorp mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT dalam meneruskan pemerintahan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

Daulat Tuanku.

01/06/2026

Hari Gawai merupakan lambang kesyukuran, perpaduan dan penghargaan terhadap hasil usaha serta rezeki yang dikurniakan. Sambutan ini juga mengingatkan kita tentang pentingnya memelihara warisan, nilai kemasyarakatan dan keharmonian yang menjadi asas kepada kesejahteraan bersama.

Dalam kemeriahan meraikan bersama keluarga dan sahabat handai, marilah kita sama-sama menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup. Persekitaran yang bersih dan terpelihara bukan sahaja mencerminkan nilai masyarakat yang bertanggungjawab, malah menjadi legasi terbaik untuk generasi akan datang.

Seiring dengan usaha memperkukuh budaya kebersihan negara, pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) membawa mesej yang jelas bahawa setiap individu bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran. Tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini membawa kegembiraan, kemakmuran dan keberkatan kepada semua yang meraikannya serta mengukuhkan semangat kita untuk terus memelihara Malaysia yang bersih, indah dan sejahtera.

Gayu Guru Gerai Nyamai.

— Khalid bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp

27/05/2026

Musim perayaan adalah masa untuk kita mengeratkan silaturrahim bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang lain.

Persekitaran bersih, pemandangan indah tanpa sampah di kawasan sekeliling kita membuatkan perayaan kita dirasakan lebih indah.

Jadi, setiap kali berkunjung untuk bertemu kenalan kita di rumah terbuka, kita wajib memastikan bahawa setiap sampah dibuang di tempat yang sepatutnya.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang yang menjaga kebersihan di tempat awam yang lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jom sama-sama kita jaga keharmonian dan keindahan perayaan ini tanpa menjadi kutu sampah!

26/05/2026

📢 PENGUMUMAN PERUBAHAN JADUAL KUTIPAN SISA DOMESTIK SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026 🌙🐄

Dimaklumkan bahawa Alam Flora Kuantan akan melaksanakan perubahan sementara jadual kutipan sisa domestik sepanjang cuti Hari Raya Aidiladha.

🗓️ Orang ramai diminta untuk menyemak jadual kutipan terkini seperti yang dilampirkan bagi memastikan sisa dibuang mengikut waktu yang ditetapkan.

✨ Sama-sama kita menjaga kebersihan persekitaran demi keselesaan bersama sepanjang musim perayaan.

Terima kasih atas kerjasama anda 🤝

Pesanan daripada SWCorp Cawangan Kuantan & Alam Flora Sdn.Bhd 💚




23/05/2026

Address

Lot No. 1 B568 Kuantan Autocity Jalan Beserah

25300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095663151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share