Yayasan Al-Sultan Abdullah

Call Directions Website Contact the organization

Yayasan Al-Sultan Abdullah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA)

MATEMATIK BOOST: SPECIAL TIOMAN ROYAL EDITION YASA–PTTI 2026 PERKUKUH PENGUASAAN MATEMATIK MURID SMK TEKEKPULAU TIOMAN, ...
27/08/2026

MATEMATIK BOOST: SPECIAL TIOMAN ROYAL EDITION YASA–PTTI 2026 PERKUKUH PENGUASAAN MATEMATIK MURID SMK TEKEK

PULAU TIOMAN, 25 Ogos 2026 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama PTTI meneruskan komitmen dalam memperkasa pendidikan menerusi pelaksanaan Program Matematik Boost: Special Tioman Royal Edition YASA–PTTI 2026 yang berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Ogos 2026 di SMK Tekek, Pulau Tioman, Pahang.

Program intervensi akademik secara bersasar ini melibatkan kira-kira 70 orang murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, dengan memberi tumpuan khusus kepada pengukuhan penguasaan subjek Matematik, teknik menjawab soalan serta meningkatkan keyakinan dan kesiapsiagaan murid menghadapi peperiksaan, khususnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Program pada hari pertama turut dihadiri oleh Pengurus Besar YASA, YBrs. Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, yang menyampaikan ucapan serta kata-kata semangat kepada para peserta. Beliau menyeru para murid agar memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran yang diberikan, terus berusaha meningkatkan pencapaian akademik serta membina keyakinan terhadap potensi diri masing-masing.

Pelaksanaan Matematik Boost ini merupakan kesinambungan daripada School Tour YASA–PTTI yang telah dilaksanakan di SMK Tekek pada April 2026. Maklum balas positif daripada pihak sekolah dan murid telah membuka ruang kepada pelaksanaan intervensi susulan yang lebih khusus dan bersasar berdasarkan keperluan sebenar sekolah.

Pemilihan Matematik sebagai fokus utama dibuat berdasarkan keperluan yang dikenal pasti oleh pihak SMK Tekek sendiri. Sepanjang dua hari program, murid mengikuti enam slot pembelajaran Matematik yang dikendalikan oleh Sir Fahmi, Pakar Matematik PTTI, merangkumi tiga sesi pada setiap hari program.

Sebagai nilai tambah, setiap peserta turut menerima buku Koleksi Soalan SPM Matematik sebagai bahan pembelajaran dan latihan berterusan, bukan sahaja sepanjang program malah sebagai rujukan dalam persediaan menghadapi peperiksaan.

Usaha ini turut mencerminkan keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang terhadap kebajikan dan pembangunan komuniti Pulau Tioman, khususnya dalam memastikan anak-anak di pulau ini terus mendapat perhatian serta peluang pendidikan yang berkualiti. Selaras dengan hasrat dan titah Baginda, YASA akan terus berusaha mendekati masyarakat serta memperluas inisiatif pendidikan yang memberi manfaat secara langsung kepada generasi muda, termasuk komuniti yang berada jauh dari tanah besar.

Menerusi kerjasama strategik YASA dan PTTI ini, intervensi pendidikan dibawa secara terus kepada murid di Pulau Tioman, sekali gus membuktikan bahawa faktor geografi tidak seharusnya menjadi penghalang kepada akses terhadap sokongan pendidikan yang berkualiti dan peluang untuk mencapai kecemerlangan.

Dari tanah besar ke Pulau Tioman, pendidikan terus diperkasa.

MERAPOH, 23 Ogos 2026 – Misi diteruskan, bakti disempurnakan. Hari kedua Program Ride Jom Cuci Masjid @ Masjid Kg. Merap...
27/08/2026

MERAPOH, 23 Ogos 2026 – Misi diteruskan, bakti disempurnakan. Hari kedua Program Ride Jom Cuci Masjid @ Masjid Kg. Merapoh menyaksikan semangat kesukarelawanan diterjemahkan melalui gotong-royong, pengimarahan masjid dan penyampaian sumbangan kepada komuniti setempat.

Program anjuran Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Pahang dan Persatuan Jom Cuci Masjid (JCM) ini dimulakan seawal pagi dengan peserta berkumpul di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Lipis sebelum konvoi bergerak menuju ke Masjid Kampung Merapoh, Kuala Lipis.

Setibanya di lokasi, para peserta berganding bahu melaksanakan aktiviti Jom Cuci Masjid bagi membersihkan dan menceriakan kawasan masjid. Usaha ini bukan sahaja menyemarakkan budaya gotong-royong, malah mencerminkan tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan, keceriaan dan pengimarahan institusi masjid sebagai pusat penyatuan komuniti.

Program kemudiannya diteruskan di Taman Negara Pahang Sungai Relau, Merapoh menerusi sesi Bicara Santai, manakala kumpulan kenamaan turut mengadakan lawatan ke Santuari Kelah sebelum bersama-sama menyertai sesi berkenaan.

Turut menjadi pengisian bermakna ialah penyerahan sumbangan kepada 160 orang asnaf di Kampung Merapoh, sebagai manifestasi keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat serta usaha mendekati dan menyantuni golongan yang memerlukan.

Sepanjang dua hari pelaksanaannya, program ini membuktikan bahawa sebuah perjalanan konvoi mampu membawa makna yang lebih besar menghubungkan sukarelawan dengan komuniti, mengimarahkan rumah Allah dan menyampaikan manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Kerjasama strategik antara YASA, MAKSAK Pahang dan Persatuan Jom Cuci Masjid turut memperlihatkan bagaimana sinergi antara organisasi mampu diterjemahkan kepada gerak kerja kebajikan yang dekat dengan rakyat dan memberi impak kepada komuniti setempat.

Dari perjalanan kepada khidmat, daripada kebersamaan kepada manfaat misi di Merapoh disempurnakan dengan satu tekad: terus berbakti kepada masyarakat.

Dengan penuh rasa dukacita, Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merafak sembah dan menzahirkan ucapan takziah kepada Kebaw...
27/08/2026

Dengan penuh rasa dukacita, Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merafak sembah dan menzahirkan ucapan takziah kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, serta seluruh Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan kekanda Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Almarhumah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Dato’ Sri Setia Hajjah Aishah binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Seluruh warga YASA menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam atas kemangkatan Almarhumah serta mendoakan semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat Allah SWT, diampunkan segala kekhilafan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

Warga YASA turut mendoakan semoga Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta seluruh Kerabat Diraja Pahang dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan yang amat dirasai ini.

Al-Fatihah.

Sembah takziah daripada
Seluruh Warga Yayasan Al-Sultan Abdullah

SEMBAH TAKZIMDengan penuh hormat dan kasih setulus budi, seluruh Warga Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merafak sembah ...
25/08/2026

SEMBAH TAKZIM

Dengan penuh hormat dan kasih setulus budi, seluruh Warga Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merafak sembah setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang disambut pada 25 Ogos 2026.

Didoakan semoga YAM Tengku Panglima Raja sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang penuh keberkatan, serta terus menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada rakyat khususnya generasi muda.

Sembah takzim dan setulus doa daripada seluruh Warga Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA)

RIDE JOM CUCI MASJID @ MASJID KG. MERAPOH | HARI PERTAMAKUALA LIPIS, 22 Ogos 2026 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) be...
24/08/2026

RIDE JOM CUCI MASJID @ MASJID KG. MERAPOH | HARI PERTAMA

KUALA LIPIS, 22 Ogos 2026 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bersama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Pahang dan Persatuan Jom Cuci Masjid (JCM) memulakan Program Ride Jom Cuci Masjid @ Masjid Kg. Merapoh dengan perjalanan konvoi dari Kuantan menuju ke Kuala Lipis.

Konvoi kali ini diketuai oleh YB. Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, bersama para peserta konvoi dalam perjalanan menuju ke Kuala Lipis sebelum meneruskan misi kesukarelawanan dan khidmat komuniti di Kampung Merapoh.

Program selama dua hari dimulakan di Akademi YASA-MUIP dengan sesi sarapan pagi, taklimat keselamatan oleh Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, serta bacaan doa oleh YH. Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (UNIQSAAS) sebelum konvoi dilepaskan menuju ke Kuala Lipis.

Pada sebelah malam, pengisian program diteruskan di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis menerusi Forum Bicara Ilmu Sempena Bulan Kemerdekaan bertajuk “Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan: Memaknai Kebebasan Sebenar”.

Forum berkenaan menampilkan YH. Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan Al-Fadhil Ustaz Amirul Farhan bin Wahi, Qadhi Daerah Kuala Lipis.

Penganjuran program ini menjadi wadah memperkukuhkan hubungan dan semangat kebersamaan antara peserta, di samping menggabungkan elemen kesukarelawanan, kerohanian serta khidmat kepada masyarakat.

Konvoi akan meneruskan perjalanan ke Kampung Merapoh pada hari kedua bagi menjayakan aktiviti gotong-royong Jom Cuci Masjid serta menyantuni komuniti setempat.

Perjalanan bermula, misi kebajikan diteruskan.

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗔𝗠𝗚-𝗡𝗘𝗫𝗧𝗚𝗘𝗡: 𝗜𝗚𝗡𝗜𝗧𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟲KUANTAN, 2 Ogos 2026 – Hari terakhir AMG-NEXTGEN: IGNITE 2026 diteruskan dengan Slot...
11/08/2026

𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗚𝗔 𝗔𝗠𝗚-𝗡𝗘𝗫𝗧𝗚𝗘𝗡: 𝗜𝗚𝗡𝗜𝗧𝗘 𝟮𝟬𝟮𝟲

KUANTAN, 2 Ogos 2026 – Hari terakhir AMG-NEXTGEN: IGNITE 2026 diteruskan dengan Slot 5, “Motivasi Jejak Impian” yang dikendalikan oleh Protazz Syakirin Yuslan bagi menyuntik semangat kepada para peserta untuk terus yakin dan berusaha mencapai cita-cita.

Program kemudiannya disusuli Slot 6, “Fly Your Balloon” bersama Protazz Afiq Syazwan dan barisan fasilitator sebelum para peserta menikmati makan tengah hari.

Slot terakhir, “Aku Keluarga YASA” yang dikendalikan oleh Protazz Syakirin Yuslan bersama para fasilitator telah memperkukuh nilai kebersamaan, kasih sayang dan rasa kekeluargaan dalam kalangan peserta.

Program berakhir dengan sesi bergambar individu sebagai kenangan sebelum para peserta mendaftar keluar. Semoga segala pengalaman, ilmu dan nilai yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan untuk mereka melangkah dengan lebih yakin dalam mengejar impian.

𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗬𝗔𝗦𝗔: 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗦𝗠𝗔 𝗖𝗛𝗘𝗡𝗢𝗥Chenor, 5 Ogos 2026 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (Y...
11/08/2026

𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗬𝗔𝗦𝗔: 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗦𝗠𝗔 𝗖𝗛𝗘𝗡𝗢𝗥

Chenor, 5 Ogos 2026 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) telah menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Hafizuddin bin Abdullah dan Allahyarham Muhammad Nazim Dzafran bin Mohd Faizul, dua pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Chenor yang meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya.

Ziarah tersebut dilaksanakan atas titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyampaikan sumbangan serta menzahirkan rasa dukacita dan keprihatinan kepada keluarga mangsa.

YASA diwakili oleh Pengurus Operasi, En. Runiy Maldud, bersama Pegawai Hal Ehwal Agama, Lt. Kol. (B) Amir, yang turut menyampaikan salam takziah dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa kedua-dua Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya ke atas mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Al-Fatihah.

𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 (𝗬𝗔𝗦𝗔) 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗙𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗔𝗥...
05/08/2026

𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗦𝗨𝗟𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 (𝗬𝗔𝗦𝗔) 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗙𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗨𝗖𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗗𝗣𝗕 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚

KUANTAN, 5 Ogos 2026 – Dengan penuh hormat, takzim serta junjung kasih, seluruh warga Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-66 pada hari ini, 5 Ogos 2026 bersamaan 21 Safar 1448 Hijrah.

YASA menjunjung kasih atas keprihatinan, kebijaksanaan serta kasih sayang Kebawah Duli Paduka Baginda yang sentiasa mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan, kebajikan, pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan masyarakat. Keperibadian serta kepimpinan Baginda menjadi sumber inspirasi dalam memperkukuh usaha kebajikan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di Negeri Pahang Darul Makmur.

Seluruh warga YASA dengan penuh keikhlasan mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang usia yang diberkati, kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang berkekalan serta sentiasa berada di bawah limpah rahmat, perlindungan dan inayah-Nya. Semoga Baginda terus dikurniakan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memayungi rakyat serta memartabatkan institusi Kesultanan Pahang.

Daulat Tuanku. Semoga Allah SWT sentiasa memelihara Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta mengurniakan keberkatan yang berterusan kepada institusi Kesultanan Pahang dan seluruh rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

Address

No 2, Jalan IM8/7, Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601159537019

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Al-Sultan Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Al-Sultan Abdullah:

Shortcuts

Share