ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pemelihara alam serta penghuni-penghuninya, Tuhan yang telah menyempurnakan bagi kita AgamaNya
Salam dan Selawat keatas yang paling mulia Rasul Yang Amin, Pembawa Sinar Dan Petunjuk serta Rahmat yang diutus oleh Allah S.W.T., Pemimpin Kebenaran, Penganjur Yang Teragung Nabi Muhammad
S.A.W. dan juga keatas sekalian Keluarga Baginda dan Sahabat Baginda serta Para Tabi’in dan Syuhada. Alhamdulillah, Saya bagi pihak organisasi WAKAF IHSAN menyampaikan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. diatas limpah rahmat, inayah dan keizinanNya, kerana telah dapat melaksanakan amanah Allah dalam menjalankan tanggungjawab dan kepercayaan orang ramai yang berwakaf dan menyumbang pelbagai bentuk bantuan dan sokongan didalam beberapa program amal yang telah dan sedang dijalankan. Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak dari zaman Rasulullah SAW yang berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme yang lain seperti zakat, sedekah dan lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan perkembangan semasa. Harta sadaqah, zakat dan wakaf telah terbukti mempunyai peranan istimewa dalam memajukan ummah sepanjang sejarah Islam. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan perundangan. Oleh itu, sistem wakaf ini perlulah dirancang dan dilaksanakan oleh Pemegang Amanah secara sistematik agar ia dapat menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial umat Islam. Sehubungan dengan ayat Allah bahawa umat Islam itu adalah bersaudara. atas kesedaran terhadap umat islam yang dilanda musibah banjir yang memusnahkan harta benda termasuk naskah Al-Quran, maka WSZ IHSAN telah menganjurkan PROGRAM AMAL JARIAH WAKAF AL-QUR’AN UNTUK MANGSA BANJIR. Naskah al-Quran tersebut akan diagihkan kePusat-pusat pengajian al-Quran, masjid dan lain-lain tempat termasuk orang perseorangan. Wakaf adalah satu amalan yang mulia dan amat digalakkan oleh Islam. Ia bukan sahaja merupakan suatu amalan yang diberi ganjaran yang berterusan sekalipun orang yang berwakaf itu telah meninggal dunia, bahkan dapat mendidik jiwa manusia untuk melakukan pengorbanan dan bersikap prihatin terhadap kepentingan, kebajikan dan kesejahteraan orang lain. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan bahawa wakaf itu adalah suatu amalan yang dianjurkan dan disuruh oleh Islam, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
(Sahih Muslim, 3/1255, Kitab Al-Wasiah): Maksudnya:
“APABILA MATI SESEORANG ISLAM ITU, MAKA TERPUTUSLAH SEGALA PAHALA AMALNYA KECUALI DARI TIGA SUMBER IAITU SEDEKAH JARIAH , ILMU YANG DAPAT MEMBERI FAEDAH DAN ANAK SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKANNYA.”
Imam al-Rafi’i menjelaskan perkataan bersedekah jariah dalam hadith tersebut ialah Wakaf kerana pahala sedekah jariah wakaf terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain pahala tidak berpanjangan mengalir seperti Wakaf. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wataala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Bahawa sesungguhnya hidup kita di dalam dunia ini penuh dengan perjuangan, pengorbanan dan mencurahkan bakti yang bukan saja untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk kebaikan dan kemaslahatan umum atau dengan kata lain berbakti atau berbuat jasa kepada orang lain. Bagi sesiapa yang berhajat untuk berwakaf , Kami ada menyediakan beberapa produk seperti :
1. Al-Quran Tajwid - RM25 senaskah (5 Penama)
2. Al-Quiran Tajwid (saiz besar) RM40 senaskah (8 Penama)
3. Al-Quran Tajwid Terjemahan RM50 senaskah (5 Penama)
4. Jubah Tahfiz RM60 sepasang (6 Penama)
5. Rehal RM40 seunit (4 Penama)
6. Telekung RM50 sepasang (5 Penama)
* Harga termasuk khidmat pengurusan penghantaran dan lain-lain kos berkaitan. Untuk maklumat lanjut berkenaan Wakaf , Sedekah dan lain-lain urusan berkaitan ,
sila hubungi WAKAF IHSAN 0192010666 (WhatsApp). atau 09 5730 8 36 (Pejabat)
Sumbangan Wakaf anda boleh di depositkan ke Akaun Berikut :
Maybank Islamic 5560 1106 7355
Bank Islam Malaysia Berhad 0608 2010 01 1775
WSZ IHSAN CONSULTANCY SERVICES
Memandangkan membelanjakan harta di jalan Allah itu sesuatu yang dituntut oleh agama kita dan sangat besar faedah kepada umat manusia dan ganjarannya juga besar di sisi Allah S.W.T. Maka sangat rugilah bagi mereka yang mempunyai kemampuan dan kelebihan jika kita tidak merebut peluang berbuat demikian, kerana masa di dunia inilah sahaja tempat kita melabur untuk akhirat. Dan ingatlah bahawa orang yang bersedekah, membelanjakan hartanya untuk orang lain akan dapat menyelamatkan dirinya daripada kebakhilan. DAN MEREKA ITULAH ORANG YANG BERBAHAGIA. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah al-Layl, ayat 18-21 maksudnya :
"YANG MENDERMAKAN HARTANYA DENGAN TUJUAN MEMBERSIHKAN DIRINYA DAN HARTA BENDANYA. SEDANG IA TIDAK MENANGGUNG BUDI SESIAPA PUN YANG PATUT DIBALAS HANYALAH MENGHARAPKAN KEREDAAN TUHAN-NYA YANG MAHA TINGGI DAN DEMI SESUNGGUHNYA IA TETAP AKAN BERPUAS HATI PADA HARI AKHIRAT DENGAN MENDAPAT SEGALA YANG DIHARAPKANNYA". Sekian, saya sudahi dengan WA BILLAHIT TAUFIQ WAL HIDAYAH, WAS SALAMU ALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH dan TERIMA KASIH. Ketua Pegawai Operasi,
WSZ IHSAN CONSULTANCY SERVICES