Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang

Call Directions Website

Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang PPT Pahang was setup during the Pahang EO's convention in Langkawi on 2013.

01/05/2026
Warga Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang atau Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) Pahang mengucapkan Selamat...
30/04/2026

Warga Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang atau Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) Pahang mengucapkan Selamat Hari Pekerja khasnya buat rakan seperjuangan yang mana lebih mesra digelar sebagai Executive Officer (EO) sejak puluhan tahun yang lepas.

Semoga dengan hadirnya Hari Pekerja pada setiap 01 Mei ini memberi lebih semangat yang positif terhadap lanskap perkhidmatan awam secara keseluruhan.

Tahniah kepada yang sedang berkhidmat dan terima kasih kepada kekanda dan adinda yang telah bersara yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan tanpa jemu.

Terus berikan sokongan untuk skim yang kita cintai ini.

"PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA"

13/04/2026

reels for Majlis Sambuta Hari Raya di Kompleks Asnaf MUIP Sungai Soi

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA ASNAF MUIP12 April 2026 (Ahad)09.30 Pagi โ€“ 01.00 Tengah HariKompleks Asnaf MUIP, K...
13/04/2026

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA ASNAF MUIP

12 April 2026 (Ahad)
09.30 Pagi โ€“ 01.00 Tengah Hari
Kompleks Asnaf MUIP, Kampung Sungai Soi, Kuantan

Persatuan Penolong Pegawai Tadbir (PPPT) / Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK) Negeri Pahang terus mengekalkan tradisi tahunan dalam menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama golongan yang memerlukan.

Alhamdulillah, pada tahun ini sambutan tersebut telah berlangsung dengan jayanya bersama warga asnaf di Kompleks Asnaf MUIP, Kampung Soi, Kuantan.

Program ini digerakkan sepenuhnya hasil komitmen dan usaha bersepadu barisan Ahli Jawatankuasa KEPAK Pahang / PPPT Negeri Pahang yang bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran penganjuran.

Sokongan padu turut dizahirkan oleh Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang yang telah menyumbang dari segi kewangan serta menaja juadah makanan, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan yang tinggi dalam kalangan warga perkhidmatan awam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada Encik Mohd Fadhilah bin Abdul Manaf, Pengurus Pusat Asnaf MUIP, atas kesudian menerima kehadiran kami serta memberikan kemudahan fasiliti bagi menjayakan program ini.

Selain itu, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Negeri Pahang di bawah kepimpinan YBhg. Datin Sri Noorhayati binti Ismail turut menjadi rakan strategik dalam penganjuran program ini. Kerjasama yang terjalin ini, yang kini memasuki kali kedua pelaksanaannya, telah menyumbang kepada kelancaran majlis melalui sumbangan barangan keperluan seperti tuala mandi, sejadah mini, hamper kuih raya dan lain-lain sebagai tanda sokongan dan keprihatinan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran wakil-wakil PUSPANITA Negeri Pahang serta barisan Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA yang bersama-sama memeriahkan sambutan dan menyantuni warga asnaf.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk nilai keprihatinan, mengeratkan hubungan silaturahim serta berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan. KEPAK Pahang / PPPT Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr Vidyamala binti Mohamad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.

Penghargaan turut dizahirkan kepada YAB Menteri Besar Pahang atas keprihatinan memperuntukkan sumbangan duit raya kepada seramai 31 orang asnaf MUIP.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, sama ada melalui sumbangan tenaga, masa, wang ringgit mahupun doa.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform memperkukuh semangat kebersamaan, memperluas jaringan kolaborasi strategik, serta menyemai budaya penyayang dalam masyarakat.

Wan Rosdy bin Wan Ismail fans Kesatuan Pegawai Eksekutif - KEPAK Vidya Mohamad

Pagi ini, ramai yang bangun dengan debaran.Ada yang senyum lebar. Ada yang diam, cuba kuatkan hati.Sebagai ayah dan ibu ...
31/03/2026

Pagi ini, ramai yang bangun dengan debaran.
Ada yang senyum lebar. Ada yang diam, cuba kuatkan hati.

Sebagai ayah dan ibu kepada pelajar,
SPM 2025 bukan sekadar keputusan di atas kertas.
Ia adalah cerita tentang anak kita bersengkang mata,
tentang bermunajatnya kita kepada Allah,
tentang rasa penat yang dipendam,
tentang air mata yang mungkin tak pernah orang nampak.

Dan hari iniโ€ฆ semuanya terjawab.

Tahniah kepada semua pelajar terutamanya anak-anak kita yang memperolehi keputusan SPM 2025 hari ini.

Walau apa pun keputusan yang diterima, satu perkara ini jangan pernah lupa:
โ€œTeruskan berusaha, kerana masa depan tidak ditentukan oleh keputusan, tetapi oleh tindakan selepasnya.โ€

Kalau hari ini anda berjaya, teruskan melangkah dengan rendah hati.

Kalau hari ini belum seperti yang diharapkan, jangan berhenti di sini.

Hidup ini bukan perlumbaan siapa yang paling cerdik dan paling laju,
tetapi tentang siapa yang berani teruskan perjuangan demi mencapai impian.
Langkah seterusnyaโ€ฆ

itulah yang akan menentukan siapa anda nanti.

28/03/2026

Assalamualaikum kepada Ahli-ahli KEPAK yang dihormati dan dikasihi,

๐’๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ง, ๐›๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฎ๐ง๐๐ข ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฐ๐š๐ค๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐„๐๐€๐Š ๐ค๐ž ๐Š๐จ๐ง๐ฏ๐ž๐ง๐ฌ๐ฒ๐ž๐ง ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ซ๐ž๐ฌ ๐“๐ซ๐ข๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐ž๐ฉ๐š๐œ๐ฌ ๐ค๐ž ๐Ÿ‘๐ŸŽ & ๐”๐ง๐๐ข ๐’๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ ๐›๐š๐ ๐ข ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ-๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ฌ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š ๐€๐†๐Œ ๐Š๐„๐๐€๐Š ๐ค๐ž ๐Ÿ’๐Ÿ” ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ข๐ž๐๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐๐ข๐ฉ๐จ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ÿ๐Ÿ– ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Untuk makluman selanjutnya, ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐ž๐ฌ ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ข๐š๐ง ๐š๐ก๐ฅ๐ข-๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐Š๐„๐๐€๐Š ๐๐ข ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š/๐‚๐ฒ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š ๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ข๐ฅ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐๐ข ๐๐ž๐ฃ๐š๐›๐š๐ญ ๐Š๐„๐๐€๐Š seperti maklumat di bawah;

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ (๐Ÿ‘.๐ŸŽ๐ŸŽ - ๐Ÿ”.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ )
๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐Ÿ– - ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Œ๐š๐œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ - ๐€๐ก๐š๐ (๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข - ๐Ÿ’.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ )
๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Œ๐š๐œ - ๐Ÿ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐ˆ๐ฌ๐ง๐ข๐ง - ๐‘๐š๐›๐ฎ (๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ - ๐Ÿ”.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐ž๐ญ๐š๐ง๐ )

Dalam hubungan ini, ahli-ahli luar Putrajaya juga boleh memasukkan/membuang undi sulit yang diterima secara pos dengan cara memasukkan sendiri di peti undi yang disediakan di pejabat KEPAK pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas.

Saya mewakili MJKKP ingin memaklumkan bahawa, segala proses berkaitan pengundian (undi sulit) ini adalah berlandaskan Para 12 perlembagaan KEPAK dan telah dirujuk dengan pihak JHEKS.

Saya mendoakan segala urusan pengundian bagi kedua - dua perkara ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Adalah dimohon agar semua ahli dapat hadir dan mengambil bahagian dalam sesi pengundian usul-usul KEPAK. ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐ฎ๐ง๐๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐๐ข๐›๐ž๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ซ๐ฆ๐ข๐ง๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐š๐ซ๐š, ๐ฉ๐š๐ง๐๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ก๐š๐ซ๐š๐ฉ๐š๐ง ๐š๐ก๐ฅ๐ข ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐ก๐š๐ฅ๐š ๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง.

Segala kerjasama dan perhatian adalah amat dihargai.

Allahumma Yassir Wala Tuโ€™assir Wa Tammim Bil Khoir. Salam Aidilfitiri, Maaf Zahir Batin

โ€œUnited We Standโ€

Yang menjalankan amanah,

MOHD FAIZAL BIN ZAINAL ABIDIN
Presiden
Kesatuan Pegawai Eksekutif Semenanjung Malaysia (KEPAK)
Sesi 2025/2027

Selamat Bersara buat Eo Sabri. Semoga Allah mempermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan menjalani kehidup...
24/03/2026

Selamat Bersara buat Eo Sabri.

Semoga Allah mempermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan sebagai pesara dengan baik.

Amiinnnn YRA

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!Warga KEPAK Pahang @ Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang mengucapkan Sal...
20/03/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA!

Warga KEPAK Pahang @ Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua sahabat seperjuangan sekalian.

Semoga amalan kita umat islam pada bulan Ramadan tahun ini diberkati dan dirahmati. Ibrah Ramadan membuatkan kita kembali kepada fitrah seorang hamba kepada TuhanNya.

Ayuh kita kekalkan ukhuwah kita, dalam bentuk kesatuan yang memberi manfaat pada semuanya.

Maaf zahir dan batin tulus ikhlas dari seluruh Warga PPT Negeri Pahang.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya ...
19/03/2026

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga KEPAK dan semua rakan seperjuangan, khususnya di Pahang.

Syawal hadir membawa ruang untuk kita kembali kepada nilai-nilai yang menyatukan keikhlasan, kasih sayang, saling menghormati dan semangat untuk terus melangkah bersama. Dalam perjalanan yang tidak selalu mudah, kita belajar bahawa kekuatan sebenar bukan hanya pada suara yang lantang, tetapi pada hati yang cekal, fikiran yang tenang, kejelasan tindakan dan kesediaan untuk terus berdiri bersama ketika diuji.

Saya percaya, setiap cabaran yang kita lalui memberi makna kepada perjuangan, mematangkan langkah dan mengajar kita untuk menjadi lebih kuat, lebih bijaksana dan lebih teguh sebagai satu pasukan.

Semoga Aidilfitri ini membawa ketenangan, membuka ruang kemaafan dan menyuburkan semula semangat kebersamaan dalam diri kita semua.

Andai ada khilaf, tutur kata yang kurang sempurna atau kekurangan sepanjang perjalanan ini, saya dengan tulus ikhlas memohon ampun dan maaf.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Dr Vidyamala binti Mohamad
Timbalan Presiden KEPAK
PKN Pahang
Pengerusi Persatuan PPT Negeri Pahang

๐Ÿ“Œ TAKLIMAT APEL.QPada 11 Mac 2026, warga PPT Pahang telah mengikuti Taklimat APEL.Q @ INTAN yang berlangsung secara dala...
12/03/2026

๐Ÿ“Œ TAKLIMAT APEL.Q

Pada 11 Mac 2026, warga PPT Pahang telah mengikuti Taklimat APEL.Q @ INTAN yang berlangsung secara dalam talian melalui platform Google Meet bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Dr. Ahmad Zafwan bin Sulaiman, Ketua Unit, Unit Latihan Pasca Perkhidmatan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), yang memberi penerangan berkaitan inisiatif APEL.Q (Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualification) kepada penjawat awam.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peluang pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan kelayakan akademik serta pembangunan kerjaya dalam perkhidmatan awam.

Sesi ini turut membuka ruang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah pelaksanaan, syarat permohonan serta manfaat program APEL.Q kepada penjawat awam.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT), Pejabat SUK Pahang atas penganjuran program ini dengan kolaborasi bersama Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka lebih banyak peluang pembangunan diri kepada warga penjawat awam. ๐Ÿค

Hari ini, 8 Mac 2026, kami di Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi pengharg...
08/03/2026

Hari ini, 8 Mac 2026, kami di Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua wanita hebat di luar sana.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kecekalan, dan kasih sayang yang menjadi inspirasi kekuatan negara kita. Anda semua adalah tiang seri yang luar biasa! ๐Ÿ’–

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Berbuka Puasa di Surau Alor Ladang, Beserah pada petang semalam, 7 Mac 2026.Suasana ...
08/03/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Berbuka Puasa di Surau Alor Ladang, Beserah pada petang semalam, 7 Mac 2026.

Suasana yang cukup meriah dan harmoni apabila kita dapat berkumpul, duduk sebaris, dan berkongsi rezeki saat azan Maghrib berkumandang. Inilah indahnya semangat ukhuwah sesama umat Islam.

Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan penderma yang budiman. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Bak kata pepatah, "tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima."

Address

Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang, D/a Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Tingkat 2 Blok B, Wisma Sri
Kuantan
25503

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penolong Pegawai Tadbir Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share