Elephant Army

Elephant Army ULTRAS PAHANG
(639)

04/06/2026

"Something that is already over should be left as history. Let it go.” says Hamidin on NST regarding the seven players issue.

Begitu mudah Tan Sri Hamidin menyuruh penyokong bola sepak Malaysia melepaskan isu tujuh pemain ini.

Mentang-mentanglah jawatan dia selamat.

Dia lupa agaknya, semua yang berlaku sekarang ni berpunca daripada pemalsuan dokumen tu.

Skandal ini yang membuka kelemahan besar dalam tadbir urus FAM apabila di-audit AFC.

Perkara paling bertanggungjawab yang FAM boleh lakukan sekarang ialah menyokong semakan rasmi terhadap status kerakyatan yang diperoleh melalui proses tercemar ini, menyerahkan semua dapatan kepada pihak berkaitan, dan memastikan kerakyatan mereka 7 pemain ni ditarik balik.

Reformasi tidak boleh bermula dengan melupakan. Reformasi mesti bermula dengan kebenaran dan pertanggungjawaban.

Dengan kenyataan seperti ini, Hamidin bukan sekadar mahu isu ini ditinggalkan sebagai sejarah.

Beliau juga sedang memainkan peranan sebagai “enabler” kepada budaya lama bola sepak Malaysia, iaitu *budaya yang mahu skandal besar ditutup dengan ayat “move forward”.*

Masa depan bola sepak Malaysia tidak boleh dibina atas pemalsuan yang disorokkan.

Jangan suruh penyokong “let it go”, FAM yang kena let go tujuh pemain palsu itu.

Shame on you enabler!

Salam maju jaya kepada Sri Pahang FC  sebagai wakil dalam menentukan hala tuju perjalanan Kongres Luar Biasa (EGM) FAM h...
04/06/2026

Salam maju jaya kepada Sri Pahang FC sebagai wakil dalam menentukan hala tuju perjalanan Kongres Luar Biasa (EGM) FAM hari ini.

Ini adalah langkah pertama ke arah tuntutan ketiga KEMBALIKAN BOLA SEPAK KEPADA RAKYAT iaitu Revolusi Bola Sepak Malaysia. Segala keputusan yang akan dicapai hari ini akan menentukan nasib bola sepak tempatan tahun mendatang.

KAMI SENTIASA MEMERHATI!

Teliti setiap cadangan, bahaskan setiap pindaan, dan nilai setiap keputusan. Apa perbincangan yang dibuat hari ini akan memberi kesan kepada bola sepak negara untuk tahun-tahun yang akan datang.

Sudah-sudahlah perjudikan nasib bola sepak tempatan sebagai platform untuk mendapat laba dan kepentingan diri sendiri. Mula bekerja sebagai RAKYAT.



11/05/2026

Hari Ini, Menuntut Akauntabiliti Dianggap Liabiliti

Dalam bola sepak Malaysia hari ini, ada satu perkara yang semakin pelik.

Masalah sebenar seolah-olah bukan lagi pada sistem yang gagal. Bukan pada keputusan yang tidak dijelaskan. Bukan pada amanah yang tidak dipertanggungjawabkan.

Sebaliknya, masalahnya kononnya ialah penyokong yang berani menuntut. Penyokong bertanya, dikatakan bising. Penyokong menuntut jawapan, dikatakan menyerang. Penyokong bercakap tentang reformasi, dikatakan mahu merosakkan bola sepak. Hari ini, menuntut akauntabiliti p**a dianggap liabiliti.

Sedangkan KBSKR tidak menuntut perkara pelik. KBSKR tidak menuntut jawatan. KBSKR tidak menuntut kerusi kuasa. KBSKR menuntut akauntabiliti.

Tuntutan pertama jelas: tarik balik kerakyatan tujuh pemain jika ia diperoleh melalui proses yang tercemar. Sebelum ini, alasan yang diberikan ialah penggunaan budi bicara menteri untuk memberi kerakyatan kepada mereka. Kerakyatan itu diberi supaya mereka boleh mewakili pasukan Malaysia.

Tetapi apabila proses itu tercemar dengan skandal pemalsuan dokumen, persoalannya mudah: Untuk apa kerakyatan itu terus dipertahankan? Untuk dijadikan kenangan kepada kegagalan di peringkat antarabangsa? Ini bukan soal membenci pemain. Ini soal proses. Ini soal integriti negara. Ini soal maruah bola sepak Malaysia. Jika asas pemberian kerakyatan itu tercemar, maka keputusan itu wajib disemak semula.

Tuntutan kedua p**a ialah p**angkan semula Skuad Harimau Malaya kepada FAM. Ini bukan kerana penyokong tiba-tiba percaya semua masalah akan selesai hanya dengan nama FAM. Ini bukan soal “kalau FAM bermasalah, kenapa mahu p**angkan kepada FAM?”

Isunya ialah akauntabiliti. Pasukan kebangsaan mesti berada di bawah struktur rasmi yang jelas. Bila berlaku kegagalan, mesti jelas siapa bertanggungjawab. Bila berlaku skandal, mesti jelas siapa menjawab. Bila berlaku pemalsuan dokumen, tidak boleh ada budaya tolak-menolak.

Yang satu tolak kepada FAM, yang satu tolak kepada NT, kemudian dikatakan p**a kerajaan sudah beri kewarganegaraan, maka semuanya dianggap selesai. Tidak. Itu bukan akauntabiliti.

Kalau semua pihak boleh menolak tanggungjawab, bermakna struktur itu memang bermasalah. Dan kalau struktur itu bermasalah, ia mesti dip**angkan kepada sistem rasmi yang boleh disemak, dipersoal, dan dipertanggungjawabkan.

Tuntutan ketiga ialah reformasi bola sepak Malaysia secara menyeluruh. Ini tuntutan paling besar, kerana masalah bola sepak Malaysia bukan bermula dengan satu skandal sahaja.

Masalahnya sudah lama berulang. Daripada FAM sehingga ke kelab-kelab yang bertanding, bola sepak terlalu kerap dijadikan alat kepentingan peribadi, medan permainan kuasa, dan tempat pihak tertentu membina nama.

Bila ada kepentingan, pasukan diambil. Duit dicampak. Belanja dibuat seolah-olah tiada had. Bila kepentingan tidak tercapai, bila modal sudah habis, bila perhatian sudah hilang, pasukan ditinggalkan terkontang-kanting.

Pemain tidak terbela, gaji tertunggak, fasiliti asas lemah, akar umbi terabai, kelab hilang arah, penyokong hanya dianggap wujud bila diperlukan untuk kepentingan peribadi.

Jadi masalah bola sepak Malaysia bukan hanya soal pemalsuan dokumen. Bukan hanya soal gaji tidak dibayar. Bukan hanya soal kelab bermasalah. Itu semua hanyalah simptom.

Punca besarnya ialah budaya menjadikan bola sepak sebagai alat kepentingan peribadi. Selagi bola sepak diurus sebagai projek kuasa, bukan amanah rakyat, masalah ini akan terus berulang.

Sebab itu pengkritik KBSKR perlu menjawab satu soalan mudah: Apa sebenarnya yang kamu pertahankan?

Adakah kamu mempertahankan bola sepak Malaysia, atau kamu sedang mempertahankan budaya tidak perlu menjawab? Adakah kamu menolak tuntutan ini kerana tuntutan ini salah, atau kerana tuntutan ini mengganggu keselesaan pihak tertentu?

Adakah kamu marah kerana penyokong menuntut akauntabiliti, atau kerana selama ini kamu sudah terbiasa melihat bola sepak diurus tanpa semakan?

Kalau benar sayangkan bola sepak Malaysia, kamu tidak sepatutnya takut kepada akauntabiliti. Kamu sepatutnya mahu proses yang bersih, kamu sepatutnya mahu struktur yang jelas, kamu sepatutnya mahu pihak yang membuat keputusan berani menjawab keputusan mereka.

Kamu sepatutnya mahu reformasi supaya masalah sama tidak diwariskan kepada generasi seterusnya.

Siapa pun kita, sama ada pengurusan, badan pentadbir, pemain, kelab, kerajaan, penyokong biasa, atau ultras, kita semua ada tanggungjawab terhadap masa depan bola sepak Malaysia.

Tetapi tanggungjawab paling besar tetap berada pada mereka yang memegang kuasa dan amanah.

Menuntut akauntabiliti bukan liabiliti, yang menjadi liabiliti ialah sistem yang takut disemak. Yang menjadi liabiliti ialah pemegang amanah yang tidak mahu menjawab dan bertanggungjawab.

Yang menjadi liabiliti ialah budaya bola sepak yang mahu penyokong hadir, bersorak, membeli tiket, membeli jersi, memenuhi stadium tetapi diam apabila keputusan besar dipersoalkan.

KBSKR bukan gerakan untuk merampas kuasa, KBSKR adalah tuntutan supaya kuasa tidak terus disalahgunakan.

Tiga tuntutan. Tunaikan.



01/05/2026

Kenyataan rasmi Ultras Malaya
1 Mei 2026

Untuk sebaran segera!



23/04/2026
22/04/2026

MERDEKA PALESTIN!!!

Kita satukan hasrat, berkumpul dan menuju ke Kedutaan US sebagai isyarat:

BEBASKAN GAZA!
BUKA PINTU RAFAH TANPA SEKATAN!

Tempat berkumpul : Urban Skate Park
Masa : 8:30 Malam

9:00 tajam kita gerak!



21/04/2026

Ketika Global Sumud Flotilla (GSF) berlayar dalam usaha menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, akan berlangsung kongres pada 22 April (esok) di Brussels yang menghimpukan pegawai PBB, ahli parlimen dan pemimpin masyarakat untuk membincangkan keadilan buat Palestin, akauntabiliti terhadap rejim Zionis, dan perubahan polisi yang nyata.

Tarikh 22 April dipilih secara strategik untuk bergerak seiring dengan misi GSF, misi flotila terbesar dalam sejarah dunia untuk memecahkan kepungan haram rejim Zionis. Di kala GSF berlayar merentasi lautan Mediterranean, Kongres ini bertindak sebagai strategi penting di darat bagi memastikan suara rakyat Gaza dan Palestin diterjemahkan kepada tekanan diplomatik, politik dan perundangan yang nyata.

Ultras Malaya mendoakan semua jalan dan cara menyampaikan sokongan dan bantuan ke Gaza berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.



Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan Batinتَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ، وَجَعَلَنَا مِنَ العَائِدِينَ وَالفَ...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ، وَجَعَلَنَا مِنَ العَائِدِينَ وَالفَائِزِينَ
كُلُّ عَامٍ وَأَنتُمْ بِخَيْرٍ

“Semoga Allah menerima (amal) kami dan kamu, dan menjadikan kita dalam kalangan yang kembali (kepada fitrah) serta orang-orang yang berjaya.
Setiap tahun, semoga kamu sentiasa dalam kebaikan.”

05/03/2026

Korang mintak tunggu keputusan FIFA? Dah.
Korang mintak tunggu rayuan FIFA? Dah.
Korang mintak tunggu rayuan CAS? Dah.

Sekarang kami p**ak mintak.

MENGAKU BAHAWA PEMALSUAN DOKUMEN BERLAKU!!

TARIK BALIK KERAKYATAN 7 INDIVIDU TERLIBAT!!

Kita setelkan perkara asas ni dulu. Lepas tu baru cerita bab lain.


3/2/2026, 16 tahun pertubuhan sejak 2010. Bukan tahun yang baik untuk kita semua meraikan ulangtahun kali ini. Tanpa ada...
04/02/2026

3/2/2026, 16 tahun pertubuhan sejak 2010.

Bukan tahun yang baik untuk kita semua meraikan ulangtahun kali ini. Tanpa adanya pasukan kebangaan kita, tiada lagi pentas mahupun ruang untuk kita meraikan dan meluahkan rasa sayang kepada pasukan bersama sama seperti tahun tahun sebelum ini.

Cuma disini ingin menyampaikan jutaan terima kasih kepada semua komrad yang sudah bersama sama sejak hari pertama hingga lah hari ini. Pengorbanan, perjuangan, keringat, masa & wang ringgit demi satu asbab yang sama iaitu untuk kelab bolasepak tercinta kita, Pahang FC.

Tidak lupa kepada kelab iaitu , terima kasih untuk kenangan bersama sepanjang 16 tahun ini. Segala pahit manis, jatuh bangun, berjaya mahupun gagal. Kita berjaya harunginya bersama.

Harapan kami jika satu masa akan datang diberi peluang dan semuanya sudah bersedia, kembali lah semula wahai Pahangku ke bolasepak Malaysia pada satu hari nanti. Sokongan kami disini tidak akan hilang dan akan terus bersama selamanya.

Proud . Respect . Humble
Selamanya Elephant Army ⚫️⚪️

Address

Stadium Darul Makmur
Kuantan
25300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Elephant Army posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Elephant Army:

Share