PSSCM Cawangan Pahang

Directions

PSSCM Cawangan Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PSSCM Cawangan Pahang, Non-Governmental Organization (NGO), Kuantan.

Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan kali ke-11 melabuhkan tirai dengan jayanya.Sekalung tahniah kepada semua pasuka...
17/08/2026

Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan kali ke-11 melabuhkan tirai dengan jayanya.
Sekalung tahniah kepada semua pasukan dari seluruh negera yang bersama-sama menjayakan kejohanan dan mempertontonkan persembahan yang bertenaga dan segar.

Tahniah juga kepada barisan peserta daripada PSSCM Cawangan Pahang yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan komited demi memastikan pingat dibawa pulang bagi edisi kali ini.

Jumpa lagi di edisi seterusnya.
Terima kasih semua.








09/08/2026
Majlis Serah Bendera KWD11 Kontinjen PSSCM Cawangan Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Ogos 2026 di rumah  P...
04/08/2026

Majlis Serah Bendera KWD11 Kontinjen PSSCM Cawangan Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Ogos 2026 di rumah PSSCM Cawangan Pahang.

Majlis telah disempurnakan oleh Orang Kaya Indera Pahlawan Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan.

Pihak PSSCM Cawangan Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja, barisan kepimpinan, pengurus dan ahli pasukan serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

Semoga segala usaha dan sokongan yang diberikan menjadi pemangkin kejayaan kontinjen dalam Kejohanan Waja Diri PSSCM IPT & Jemputan Kali Ke-11.





Dirgahayu Tuanku.Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sulta...
31/07/2026

Dirgahayu Tuanku.

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pada 31 Julai 2026 bersamaan 16 Safar 1448H.

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia dan pemerintahan kebawah Duli Paduka Baginda Sultan dan Raja Pemerintah Bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya.

Sembah Takzim Daripada:
Guru Utama & Presiden bersama Barisan Kepimpinan dan seluruh warga Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

π—›π—œπ——π—¨π—£ π—–π—˜π—žπ—”π—ž!!!
"SILAT DIRAJA BANGSA BERDAULAT”
ππ„π‘π€ππˆ || π€πŒπ€ππ€π‡ || πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.

Silat Cekak Malaysia,
Bukan sekadar Silat.







Ini bukan sekadar sebuah pertandingan.Ini adalah kisah tentang keberanian,Tentang persaudaraan,Tentang disiplin, Tentang...
30/07/2026

Ini bukan sekadar sebuah pertandingan.

Ini adalah kisah tentang keberanian,
Tentang persaudaraan,
Tentang disiplin,
Tentang perjuangan yang dibina melalui latihan tanpa mengenal penat.

Kini, tiba masanya.

Pasukan KWD PSSCM Cawangan Pahang bersedia mengegarkan Kejohanan Waja Diri PSSCM iPT & Jemputan kali ke-11 di USM Kampus Induk, Pulau Pinang pada 7 & 8 Ogos 2026.

Jumpa aokme kat sana yek rodong!

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
PSSCM Cawangan Pulau Pinang



29/07/2026
POSTER PASUKAN KWD 11 - PSSCM CAWANGAN PAHANGPasukan kuda hitam dari Timur tiba dengan sopan santun, ceria dan menggemas...
21/07/2026

POSTER PASUKAN KWD 11 - PSSCM CAWANGAN PAHANG

Pasukan kuda hitam dari Timur tiba dengan sopan santun, ceria dan menggemaskan.

Kami tidak sekadar mengisi kalendar perjalanan tetapi menulis sebuah kisah perjuangan. Biar peluh menjadi saksi, biar doa menjadi pengiring, biar restu menjadi pelindung.

Dari Pahang ke Pulau Pinang, setiap langkah memohon keberkatan, setiap adegan menguji ketabahan, dan setiap detik menjadi momen indah dalam lipatan sejarah.

Bukan pingat emas menjadi impian, cukup sekadar nasi kandar sebelanga menjadi pujaan.

17 HARI LAGI !





Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangkatan DYTM Tu...
18/07/2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga & KDPB Pemangku Raja Pahang ke Program Kunjungan Muhibbah DiRaja.

Silat Cekak:
Dari Istana ke Jiwa Bangsa.

Silat Cekak:
Adat dijunjung, Daulat disanjung.

Silat Cekak:
Silat DiRaja, Bangsa Berdaulat.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

Perjumpaan Tenaga Pengajar PSSCM Cawangan Pahang 2026Tarikh : 4 Julai 2026Masa : 9 malamTempat : Rumah PSSCM Pahang, Tan...
05/07/2026

Perjumpaan Tenaga Pengajar PSSCM Cawangan Pahang 2026

Tarikh : 4 Julai 2026
Masa : 9 malam
Tempat : Rumah PSSCM Pahang, Tanjung Api

Tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menerima watikah menyambung tugas.

Semoga Allah SWT berkati usaha dan merahmati kita semua 🀲

'SILAT DIRAJA, BANGSA BERDAULAT'

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan TahniahKebawah Duli Yang Maha MuliaAl-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Alm...
04/07/2026

Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sultan Negeri Kedah Darul Aman

dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff
Sultanah Negeri Kedah Darul Aman

Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-84 pada 5 Julai 2026 bersamaan 19 Muharam 1448H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, kebijaksanaan dalam memayungi negeri serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT.

Address

Kuantan
25050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM Cawangan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share