BKM - NAZIM Indera Mahkota

Directions

BKM - NAZIM Indera Mahkota Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BKM - NAZIM Indera Mahkota, Nonprofit Organization, Kuantan.

πŸŒ™πŸ‘ *JOM BERKORBAN 2026* πŸ‘πŸŒ™Alhamdulillah, program *Jom Berkorban* anjuran Laman Nazim telah berlangsung dengan meriah pad...
24/05/2026

πŸŒ™πŸ‘ *JOM BERKORBAN 2026* πŸ‘πŸŒ™

Alhamdulillah, program *Jom Berkorban* anjuran Laman Nazim telah berlangsung dengan meriah pada *23 Mei 2026* di *Masjid Imam Ash-Shafie, Kotasas*.

Seramai *27 orang peserta berumur 6-12 tahun* telah menyertai program ini dengan penuh semangat dan ceria ✨

Pelbagai aktiviti menarik dan kreatif telah dijalankan antaranya:
πŸ•Œ Slot ceramah & inspirasi
🧠 Kuiz interaktif
🎨 Aktiviti *air dry clay* bertemakan korban
πŸ—ΊοΈ *Treasure hunt* islami berkaitan Aidiladha
πŸ‘ Pembuatan kandang haiwan menggunakan straw
πŸ’° Aktiviti membuat *Tabung Korban Cilik*
πŸ₯ͺ Aktiviti membuat sandwich
🍲 Potluck makanan dan makan bersama

Program ini bertujuan memupuk kefahaman tentang erti pengorbanan, kerjasama dan nilai kasih sayang dalam suasana santai serta menyeronokkan ❀️

Photo program boleh di lihat di link ini: https://photos.app.goo.gl/b7LcsTrR2sbSKoNRA

Terima kasih kepada semua ibu bapa, fasilitator dan peserta yang menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini menjadi asbab anak-anak lebih mencintai ilmu dan memahami semangat ibadah korban 🌸





Shared album Β· Tap to view!

πŸ‘JOM BERKORBAN BERSAMA LAMAN NAZIM! πŸŒ™πŸ‘Assalamualaikum ayah & ibu di Indera Mahkota, Kotasas dan kawasan sekitar! 😊Sempen...
10/05/2026

πŸ‘JOM BERKORBAN BERSAMA LAMAN NAZIM! πŸŒ™πŸ‘

Assalamualaikum ayah & ibu di Indera Mahkota, Kotasas dan kawasan sekitar! 😊

Sempena musim Aidiladha yang bakal tiba, jom beri peluang kepada anak-anak mengenali makna pengorbanan dengan cara yang menyeronokkan dan penuh pengisian ❀️

πŸ“ Lokasi: Masjid Imam Ash-Shafie, Kotasas
πŸ“… Tarikh: 23 Mei 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.00 petang – 5.00 petang
πŸ‘¦πŸ»πŸ‘§πŸ» Peserta: Kanak-kanak lelaki & perempuan berumur 6–12 tahun

πŸ’° Yuran Penyertaan:
βœ… RM7 (Ahli Nazim)
βœ… RM10 (Bukan Ahli Nazim)

🌈 Antara aktiviti menarik:
🎀 Ceramah pendek penuh inspirasi
🧠 Kuiz santai & hadiah menarik
🎨 Aktiviti kreatif yang menyeronokkan

Jom penuhkan masa anak-anak dengan aktiviti bermanfaat, ceria dan bermakna bersama rakan-rakan di rumah Allah πŸ€πŸ‘

Sila tekan link πŸ‘‡πŸ» untuk mendaftar ✨
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScA8-DeYwJlhgq7I-JHR-EA_lNkF-0dV_xHazw1M_ur1FFyyw/viewform?usp=publish-editor

Sebarang pertanyaan:
πŸ“ž Dr. Raja Atiqah β€” wasap.my/60132881498/lamanNAZIMkorban

Alhamdulliah, semalam telah berlangsung program Ahlan Ya Ramadhan yang menghimpunkan 40 anak-anak sekitar kawasan KOTASA...
16/02/2026

Alhamdulliah, semalam telah berlangsung program Ahlan Ya Ramadhan yang menghimpunkan 40 anak-anak sekitar kawasan KOTASAS dan Indera Mahkota di Masjid As Shafie, KOTASAS.

Program ini bertujuan meniupkan keterujaan anak-anak untuk menghidupkan bulan Ramadhan yang menjelang tiba tak lama lagi. Aktiviti DIY Ramadhan Gift dan Pengenalan elemen target untuk aktiviti ramadhan mendapat sambutan hangat dari para peserta.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan. Terima kasih juga untuk para fasilitator dari kalangan pelajar IIUM yang menyumbang tenaga.
Insyaallah, jumpa di program akan datangπŸ’
Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan!

Address

Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BKM - NAZIM Indera Mahkota posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share