Haluan Pahang

Call Directions Website Contact the organization
MINI KEM ANAK SOLEH (KASEH) 2026: MEMBENTUK SAHSIAH & JATI DIRI GENERASI MUDA โ€‹Alhamdulillah, telah berlangsung dengan j...
20/09/2026

MINI KEM ANAK SOLEH (KASEH) 2026: MEMBENTUK SAHSIAH & JATI DIRI GENERASI MUDA

โ€‹Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mini Kem Anak Soleh 2026 yang dianjurkan oleh Biro Haluanita (Unit Pemudi dan Rekreasi) dengan kerjasama Kelab Belia HALUAN Kuantan!

โ€‹Program sehari ini telah menghimpunkan seramai 30 orang peserta berusia 9 hingga 12 tahun bagi memupuk nilai-nilai murni dan pembentukan karakter anak soleh menerusi aktiviti luar yang interaktif dan menyeronokkan.

โ€‹๐Ÿ“Œ Ringkasan Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 7 Februari 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Lokasi: Agro Camp Park, Bukit Goh, Kuantan
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 6.30 petang

โ€‹๐ŸŽฏ Antara pengisian & aktiviti menarik sepanjang hari:
๐Ÿ”น Fun Kickstart โ€“ Sesi suai kenal & bina semangat kerja berpasukan
๐Ÿ”น Moment of Wisdom & Kalimah Akhirah โ€“ Pengisian rohani & nilai asas karakter anak soleh
๐Ÿ”น The Soleh Quest & Team Challenge โ€“ Uji minda, kerjasama, dan ketahanan fizikal
๐Ÿ”น Adventure Skills 101 โ€“ Kemahiran asas aktiviti luar
๐Ÿ”น Pengukuhan asas Fardhu Ain & solat berjemaah (Zohor & Asar) bersama
๐Ÿ”น Sesi refleksi Journey Recap & sesi bergambar kenangan

โ€‹Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan, serta kepada semua urusetia dan fasilitator yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

โ€‹Semoga segala ilmu, pengalaman, dan ikrar yang dibina sepanjang kem ini menjadi bekalan terbaik buat adik-adik dalam kehidupan seharian. Semoga lahir lebih ramai generasi anak yang soleh dan solehah! ๐Ÿคฒ๐Ÿปโœจ

โ€‹

25/08/2026
25/08/2026
Panggilan Akhir ! Kemasukan pelajar baharu Sesi 1 26/27Tak dapat UPU? Tak perlu risau, LULUS SPM dengan 3 kepujian mana-...
17/07/2026

Panggilan Akhir ! Kemasukan pelajar baharu Sesi 1 26/27

Tak dapat UPU? Tak perlu risau, LULUS SPM dengan 3 kepujian mana-mana subjek sahaja anda layak mohon!

Kami di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) Kota Bharu, Kelantan menawarkan pelbagai program pengajian DIPLOMA termasuk:

๐ŸŽ“ Program Diploma KTD
2. Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3. Diploma Reka Bentuk Multimedia
4. Diploma Pengurusan Perniagaan
5. Diploma Syariah
6. Diploma Pengajian Al-Quran & As-Sunnah

Peluang masih terbuka! Jangan lepaskan masa depan anda begitu sahaja.

Tarikh Kemasukan : 26 Julai 2026 (Ahad)

Klik sini untuk mohon secara atas talian sekarang : e-sas.ktd.edu.my

ATAU Layari website rasmi KTD : www.ktd.edu.my
ATAU terus WhatsApp pegawai kami untuk pertanyaan lanjut :-

โ˜Ž๏ธ En.Naeim 011-58911069
โ˜Ž๏ธ En.Izzuddin 010-79328900
โ˜Ž๏ธ Puan Syazwani 014-9462088
โ˜Ž๏ธ Cik Fiesha 010-8109077
โ˜Ž๏ธ Cik Husna 010-9285216

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KHAS: LINDUNGI ANAK-ANAK KITA! ๐Ÿ“ขโ€‹Assalamualaikum & Salam Sejahtera,โ€‹Isu keselamatan anak-anak di TASKA bukan ...
22/04/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KHAS: LINDUNGI ANAK-ANAK KITA! ๐Ÿ“ข

โ€‹Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

โ€‹Isu keselamatan anak-anak di TASKA bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Sebagai pengusaha, guru, atau ibu bapa, adakah kita benar-benar peka dengan tanda-tanda awal penderaan?

โ€‹Kami menjemput anda untuk sertai ilmu penuh manfaat ini:

โ€‹๐Ÿ“š SEMINAR ASAS PENGENALAN PENDERAAN KANAK-KANAK DI TASKA

โ€‹๐Ÿ•’ BUTIRAN PROGRAM

โ€‹๐Ÿ—“ Tarikh: 25 April 2026 (Sabtu)

โ€‹โฐ Masa: 8.30 Pagi โ€“ 1.30 Petang

โ€‹๐Ÿ“ Tempat: Dewan Seminar Masjid Al-Makmur, Batu 10, Jalan Gambang, Kuantan

โ€‹๐ŸŽฏ APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

โ€‹โœ… Pendedahan awal isu penderaan kanak-kanak terkini.

โ€‹โœ… Cara mengenal pasti tanda-tanda penderaan (fizikal & emosi).

โ€‹โœ… Langkah pencegahan & tindakan undang-undang yang betul.

โ€‹โœ… Meningkatkan kesedaran tanggungjawab bersama.

โ€‹๐Ÿ“ PENDAFTARAN SEKARANG

โ€‹Klik pautan di bawah untuk tempah tempat anda:

๐Ÿ”— https://forms.gle/9wEuppTrmtYP4bAL9

โ€‹Program ini dianjurkan oleh:

Kluster Wanita dan Pembangunan Keluarga HALUAN Cawangan Pahang dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Pahang.

โ€‹๐Ÿ“Œ Kehadiran anda adalah simbol keprihatinan kita terhadap masa depan dan kesejahteraan anak-anak. Jumpa di sana!

โ€‹

11/4/2026 - Detik bersejarah berlangsung di mana Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (MATC) Haluan Pahang ke-32 telah berja...
13/04/2026

11/4/2026 - Detik bersejarah berlangsung di mana Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (MATC) Haluan Pahang ke-32 telah berjaya diadakan. MATC ke-32 bergabung dengan sambutan Majlis Jamuan Raya (MJR) diadakan di Sek Sekolah Rendah Islam Ibnu Abbas (SeRIA) dengan perasmi Ust Mohd Fadilah Abdul Manaf (Pengurus Kompleks Asnaf, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang-MUIP) merasmikan majlis penutupan MATC ke-32. Beliau mewakili Dr Hj Asmadi Abdul Rahman (Timbalan Ketua Eksekutif (Baitumal dan Operasi, MUIP). MATC ke-32 juga diserikan dengan penyampaian oleh wakil Haluan Malaysia - Tuan Hj Mohd Ghani Salleh yang antara lain memberikan pesanan/perkongsian agar ahli Haluan sentiasa muhasabah dan menjaga hati dalam gerak kerja di lapangan. Sejarah penubuhan Haluan juga dikongsikan bagi mengimbau dan mengenang perjuangan generasi awal Haluan. Turut hadir dalam program MJR ialah beberapa wakil dari NGO (IKRAM, ISMA), agensi kerajaan - Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, kakitangan Koperasi Coopmart Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad, guru-guru dari SeRIA, Taska Ibnu Abbas, Tadika Cahaya Taqwa, Kelab Belia Haluan Kuantan (KBHK) serta ahli keluarga Haluan Pahang. Anggaran kehadiran sekitar 200 orang. Dalam ucapan majlis penutupan, Ust Mohd Fadilah menzahirkan rasa kesyukuran kerana memenuhi undangan dan berharap kolibrasi lebih luas dapat disinergikan antara MUIP dan Haluan Pahang. Alhamdulilah & Ameen.

HALUAN Johor HALUAN Pulau Pinang HALUAN Sabah HALUAN Putrajaya HALUAN Perlis HALUAN Cawangan Selangor
Haluanita

๐Ÿ›ต PERHATIAN ABANG & AKAK RIDER KUANTAN! ๐Ÿ”ˆHujan ke, panas ke... Rider tetap jalan! ๐ŸŒฆ๏ธ Sebagai tanda penghargaan buat wira...
14/03/2026

๐Ÿ›ต PERHATIAN ABANG & AKAK RIDER KUANTAN! ๐Ÿ”ˆ
Hujan ke, panas ke... Rider tetap jalan! ๐ŸŒฆ๏ธ

Sebagai tanda penghargaan buat wira-wira jalanan kita, Sejuta Barakah Ramadan 7.0 kembali lagi dengan misi PETROL PERCUMA!
Kali ini bukan setakat minyak je kita bagi, ada bonus Akie Burger lagi untuk yang paling awal! ๐Ÿ”๐Ÿ”ฅ

Catat tarikh anda:
๐Ÿ—“๏ธ TARIKH: 17 Mac 2026 (Selasa)
โฐ MASA: Bermula 11.00 Pagi (Siapa cepat dia dapat!)
๐Ÿ“ TEMPAT: Petron Jalan Tanah Putih, Kuantan (Sebelah LHDN)

๐Ÿ“Œ Syarat Mudah:
Hanya perlu datang dengan BERUNIFORM rider anda sahaja.
Terhad untuk 100 Rider Terawal sahaja ya!

๐Ÿค JOM MENYUMBANG!
Besarnya pahala memberi makan dan membantu urusan orang yang berpuasa. Anda ingin menyumbang?
Silakan scan DuitNow QR di poster untuk terus menyokong tabung SEJUTA BARAKAH RAMADAN.

Mari kita mudahkan urusan mereka, moga Allah mudahkan urusan kita semua. ๐Ÿคฒโœจ

03/03/2026

Ya Allah, jadikanlah kami daripada orang-orang yang mendapat pengampunan-Mu dalam bulan Ramadan.๐Ÿคฒ๐Ÿป

https://youtu.be/YeJsvP4cB7A?si=JovLjhhIweeaGyCKRakaman perkongsian Ihya' Ramadan 1447/2026 oleh Sheikh Mohamed Ahmed pa...
16/02/2026

https://youtu.be/YeJsvP4cB7A?si=JovLjhhIweeaGyCK

Rakaman perkongsian Ihya' Ramadan 1447/2026 oleh Sheikh Mohamed Ahmed pada 15 Februari 2026 di Dewan SeRIA.

Video pertama di channel YouTube HALUAN Pahang! Jemput sahabat like dan subscribe juga untuk pengisian ilmu menarik akan datang.๐Ÿ˜„

Program Ihyaโ€™ Ramadan 1447/2026 pada 15 Februari 2026 di Dewan Sekolah Rendah Ibnu Abbas (SeRIA), Kuantan.

Address

Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haluan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Haluan Pahang:

Shortcuts

Share