PSKD Kuantan

PSKD Kuantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PSKD Kuantan, Non-Governmental Organization (NGO), Kuantan.

13 Januari 2026 - Menyantuni Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bersama Coway Misi Bantuan Banjir di Dewan Sekola...
13/01/2026

13 Januari 2026 - Menyantuni Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) bersama Coway Misi Bantuan Banjir di Dewan Sekolah Agama Rakyat KAFA Ubudiah Taman Guru pada pagi ini. Program ini tidak lain bertujuan untuk menyalurkan bantuan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas perkongsian rezeki ini. Penghargaan TERIMA KASIH juga diucapkan wakil pasukan yang turut bekerjasama dalam menjayakan program pada hari ini. Semoga jasa dan bakti semua diberkati dan sentiasa mendapat rahmat Allah SWT jua.

🌊 **Penghargaan Buat Wira Sukarelawan Daerah Kuantan** 🌊Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan ke...
20/12/2025

🌊 **Penghargaan Buat Wira Sukarelawan Daerah Kuantan** 🌊

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sukarelawan yang telah turun padang sepanjang bencana banjir melanda Daerah Kuantan. Tanpa mengira masa, cuaca, keletihan dan tenaga, para sukarelawan semua terus tampil menghulurkan bantuan demi memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir terpelihara.

Keikhlasan, semangat kebersamaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para sukarelawan menjadi bukti bahawa nilai kemanusiaan dan keprihatinan masih utuh dalam masyarakat kita. Setiap sumbangan tenaga, setiap bantuan yang dihulurkan amat bermakna dan memberi sinar harapan kepada mereka yang terjejas.

Terima kasih kerana menjadi tulang belakang operasi bantuan bencana. Jasa dan pengorbanan semua amat dihargai dan tidak akan dilupakan. πŸ’™

SYABAS untuk pasukan PSKD Kuantan yang pantas memberi bantuan di PPS yang dibuka di sekitar daerah Kuantan.PSKD Kuantan ...
29/11/2025

SYABAS untuk pasukan PSKD Kuantan yang pantas memberi bantuan di PPS yang dibuka di sekitar daerah Kuantan.

PSKD Kuantan dengan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua sukarelawan yang bertugas di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) sekitar daerah ini.
Di saat masyarakat memerlukan, sukarelawan hadir dengan tenaga, senyuman dan semangat tanpa mengira masa.
Setiap bantuan yang dihulurkan β€” daripada mengurus kebajikan mangsa hingga memastikan operasi berjalan lancar β€” telah membawa harapan dan kekuatan kepada mangsa banjir.
Terima kasih kerana menjadi wira di balik tabir dan mencerminkan semangat

14 November 2025 - Misi Penghantaran Bekalan Makanan Kering Ke 20 Pangkalan Hadapan Daerah Kuantan Tahun 2025/2026 di Ba...
14/11/2025

14 November 2025 - Misi Penghantaran Bekalan Makanan Kering Ke 20 Pangkalan Hadapan Daerah Kuantan Tahun 2025/2026 di Balai Raya Bukit Kuin 1 dirasmikan YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah. Moga program lancar dan dipermudahkan bagi segala urusan. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

KLTM, 08 Oktober 2025 - Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Peringkat Daerah Kua...
09/10/2025

KLTM, 08 Oktober 2025 - Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Peringkat Daerah Kuantan dirasmikan Pegawai Daerah Kuantan, YH Dato’ Sharuddin bin Jali berlangsung dengan jayanya. Melibatkan barisan kepimpinan setempat yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana. Program simulasi juga melibatkan ramai sukarelawan yang bakal berganding bahu menghulurkan bantuan tanpa jemu. Kehadiran YM Raja Muhd Uliyamin, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan membuktikan program ini mendapat perhatian dan sokongan yang jitu dan keprihatinan yang tinggi. Penglibatan agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam turut memberi impak yang sangat besar dalam persediaan menghadapi bencana.

Semoga amalan kita tahun ini sebanyak butiran pasir di Padang Arafah, tapi dosa berkurang seperti air zamzam di tengah p...
27/06/2025

Semoga amalan kita tahun ini sebanyak butiran pasir di Padang Arafah, tapi dosa berkurang seperti air zamzam di tengah padang pasir

Salam Maal Hijrah 1447Semoga amalan kita tahun ini sebanyak butiran pasir di Padang Arafah, tapi dosa berkurang seperti ...
26/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447

Semoga amalan kita tahun ini sebanyak butiran pasir di Padang Arafah, tapi dosa berkurang seperti air zamzam di tengah padang pasir

Program gotong royong membersih dan memasang tikar getah baharu di Perumahan Flat Pak Mahat, Kuantan.Tarikh: 21hb Jun 20...
21/06/2025

Program gotong royong membersih dan memasang tikar getah baharu di Perumahan Flat Pak Mahat, Kuantan.

Tarikh: 21hb Jun 2025
Masa: 9:00 pagi
Tempat: B-7-49 Flat Pak Mahat

Perwakilan ahli gabungan pertubuhan yang bergabung dengan GPSK. Gambar perwakilan PSKD Kuantan kena tunggu sahabat lain ...
24/05/2025

Perwakilan ahli gabungan pertubuhan yang bergabung dengan GPSK. Gambar perwakilan PSKD Kuantan kena tunggu sahabat lain share yerk… πŸ«’πŸ˜¬πŸ˜€πŸ˜πŸ‘πŸ»

Sesi AGM Kali Ke - 6 GPSK di Restoran Anjung Seri, Bandar Bera. 24 Mei 2025. 1030 pagi.
24/05/2025

Sesi AGM Kali Ke - 6 GPSK di Restoran Anjung Seri, Bandar Bera. 24 Mei 2025. 1030 pagi.

Sesi cabutan bertuah siri pertama dalam Mesyuarat Agung GPSK Kali Ke-6 2025 @ Dewan Restoran Anjung Seri, 1030 pagi pada...
24/05/2025

Sesi cabutan bertuah siri pertama dalam Mesyuarat Agung GPSK Kali Ke-6 2025 @ Dewan Restoran Anjung Seri, 1030 pagi pada 24 Mei 2025.

ANJUNG SERI, 24 Mei 2025 - Mewakili PSKD Kuantan ke Mesyuarat Agung  GPSK  Kali Ke-6 Tahun 2025 di sini pada pagi ini. B...
24/05/2025

ANJUNG SERI, 24 Mei 2025 - Mewakili PSKD Kuantan ke Mesyuarat Agung GPSK Kali Ke-6 Tahun 2025 di sini pada pagi ini. Bertempat di Dewan Restoran Anjung Seri, Bandar Bera, mesyuarat dirasmikan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Tuan Khairul Amri bin Ahmad. Kehadiran mesyuarat dihadiri perwakilan dari 11 ahli pertubuhan gabungan dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Hamazah bin Mohamad, Pengerusi GPSK Negeri Pahang.

Address

Kuantan

Telephone

+60169247470

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSKD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PSKD Kuantan:

Share