27/09/2026
π²πΎπ¬ πππππππ πππππ πππππππ β ππππππππππ ππππππππππ, ππππππππ ππππππππ ππππππππ! π²πΎ
Alhamdulillah, selesai sudah program Pertandingan Penghasilan Video Animasi Hari Malaysia bertemakan βSejarah Dalam Animasiβ yang berlangsung hari ini. π₯β¨
Program anjuran Pusat Komuniti Pintar MADANI Indera Mahkota dengan kerjasama TAR UMT kampus Kuantan ini cukup menarik kerana bukan sahaja mengetengahkan kreativiti dan bakat anak-anak muda dalam menghasilkan karya animasi, malah memberi ruang kepada mereka untuk mengenali, memahami dan menghayati sejarah serta perjalanan pembentukan Malaysia dalam pendekatan yang lebih segar dan dekat dengan generasi hari ini.
Turut hadir dalam program ini ialah Saudara Amin Rahim, hadir mewakili Datoβ Ahmad Farhan Fauzi, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, bersama Encik Baharin Sharf, Pengarah Pusat Komuniti Pintar MADANI, Puan Farahida Fauzi serta Puan Suzy Amer, Pengurus Pusat Komuniti Pintar MADANI.
Lebih membanggakan, sebanyak 4 buah sekolah telah mengambil bahagian, iaitu:
π« SMK Pelabuhan
π« SMK Cenderawasih
π« SMK IM2
π« Semambu Team 1 & 2
Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta guru pembimbing yang telah memberikan komitmen dan mencurahkan kreativiti masing-masing.
π¨ Daripada sejarah, lahir inspirasi.
π¬ Daripada kreativiti, lahir karya.
π²πΎ Daripada generasi muda, terbina masa depan Malaysia.
Semoga program seperti ini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat, membina keyakinan dan menyemarakkan semangat Malaysia MADANI dalam kalangan generasi muda.
Tahniah semua! Teruskan berkarya, teruskan mencipta dan teruskan membawa nama Malaysia dengan penuh bangga. π²πΎ