13/09/2026
๐ฒ๐พ *PROGRAM SAMBUTAN HARI MALAYSIA DAN PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT FELDA BUKIT GOH TAHUN 2026* ๐ฒ๐พ
13 September 2026 (Ahad)
7.30 pagi โ 1.30 petang
Dewan Semai Bakti FELDA Bukit Goh
Telah berlangsung dengan penuh meriah Program Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat FELDA Bukit Goh Tahun 2026
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuhkan semangat perpaduan serta menyatukan seluruh warga FELDA Bukit Goh dalam menghayati erti kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.
Program dimulakan aktiviti Briswalk dengan slogan โSetiap langkah membakar kalori,, setiap kutipan membersihkan bumi. sambil briswalk, sambil kutip sampah sebagai usaha memupuk kesedaran terhadap kebersihan dan keceriaan persekitaran. Suasana kemudiannya diteruskan dengan pelbagai sukaneka, jualan rahmah, dan pertandingan patriotik.
Kemuncak program menyaksikan Majlis Perasmian dan gimik perasmian Sambutan Hari Malaysia dan Penutupan Bulan Kebangsaan.
๐บ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada:-
* Pengurus selaku perasmi program serta seluruh kakitangan FELDA Bukit Goh
* Kakitangan Akademi Latihan FGV (ALAF)
* Kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Kuantan
* Ketua Peneroka FELDA Bukit Goh
* Pengerusi GPW FELDA Bukit Goh
* Pengerusi KAF
* Pengerusi PAKBG
* Pengerusi Masjid
* Pengerusi KRT
* Ketua Pondok Polis
* Pengurusan NADI
* Ketua Platun RELA
* Serta semua urus setia, jawatankuasa, peserta, sukarelawan, komuniti dan individu yang telah memberikan tenaga, masa, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Sesungguhnya, kejayaan program ini adalah hasil kerjasama erat, semangat gotong-royong dan kesatuan hati seluruh warga FELDA Bukit Goh. Setiap sumbangan, sama ada secara langsung mahupun di sebalik tabir, amatlah dihargai.
๐ฒ๐พ Bersama Menyemarakkan Semangat Kebangsaan
๐ฒ๐พ Jiwa Merdeka, Jiwa Malaysia
๐ฒ๐พ Malaysia MADANI, FELDA Bukit Goh Sejahtera!
Selamat Hari Malaysia 2026!
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. โค๏ธ๐ฒ๐พ