21/09/2026
MESYUARAT AGUNG KELAB KEBAJIKAN, REKREASI DAN SUKAN PERTAHANAN AWAM NEGERI PAHANG (KESPA) TAHUN 2026
Tarikh: 21 September 2026 (Isnin)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Auditorium, PNPA Pahang
MESYUARAT AGUNG KESPA TAHUN 2026
Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan, Rekreasi dan Sukan Pertahanan Awam Negeri Pahang (KESPA) Tahun 2026 telah diadakan pada 21 September 2026 bertempat di Auditorium, PNPA Pahang dan dihadiri oleh ahli-ahli KESPA.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Mej. (PA) Zahidi bin Zainudin, selaku Pengerusi KESPA. Turut hadir ialah YS Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah APM Negeri Pahang merangkap Penasihat KESPA.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KESPA, diikuti dengan pembentangan aktiviti-aktiviti KESPA yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dan 2026.
Seterusnya, Bendahari KESPA membentangkan laporan kewangan semasa untuk makluman ahli-ahli kelab.
Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian sumbangan daripada KESPA & PDPA kepada Pn. Mastura binti Mahmud sebagai tanda penghargaan dan penghormatan atas khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan sebelum memilih untuk bersara secara pilihan.
Semoga Mesyuarat Agung KESPA Tahun 2026 ini dapat terus memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan ahli serta meningkatkan komitmen bersama dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga KESPA Negeri Pahang.