Du'at Millennial Kuantan

Du'at Millennial Kuantan Medium untuk Generasi Millennial / Generasi Y berkumpul bagi bertukar-tukar pandangan dan mendapatkan informasi terkini.

Membentuk Generasi Millennial yang memunyai pelbagai kemahiran dan mampu berdaya saing dan juga mempunyai cara hidup terbaik.

12/01/2026

Selamat Kembali ke Sekolah Sesi Akademik 2026

PAS Kawasan Kuantan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada seluruh pelajar, guru-guru dan warga pendidik.

Semoga sesi persekolahan tahun ini berjalan dengan lancar, dipermudahkan urusan, diberkati ilmu dan dibentuk generasi yang berakhlak, berilmu serta berani menghadapi cabaran masa depan.

Belajar elok-elok, jaga adab, hormati guru, dan jangan lupa doa ibu ayah. 💚

11/11/2025

PEMAKLUAN AWAL MENGHADAPI MUSIM MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YB Parlimen Kuantan bersama Khidmat Malaysia menyeru seluruh rakyat agar mulakan langkah awal menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 yang dijangka bermula Jumaat ini, 14 November hingga Mac tahun hadapan.

Beberapa langkah persediaan awal yang disarankan:

1. Pantau ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia dari semasa ke semasa.

2. Periksa sistem saliran dan longkang di kawasan rumah, pastikan tidak tersumbat.

3. Sediakan kit kecemasan awal seperti lampu suluh, ubat-ubatan, dan bekalan makanan kering.

4. Kenal pasti lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) yang terdekat dengan kawasan anda.

5. Elakkan aktiviti di kawasan berisiko tinggi seperti tebing sungai dan pantai sewaktu hujan lebat.

Khidmat Malaysia bersama agensi-agensi berkaitan kini berada dalam fasa kesiapsiagaan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang musim tengkujuh.

Marilah kita mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang, agar dapat melindungi diri, keluarga, dan harta benda sebelum berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Sedia Berkhidmat, Bersama Rakyat."

YB Wan Razali Wan Nor
TYDP PAS Kawasan Kuantan
Ahli Parlimen Kuantan

04/11/2025

Keterlibatan dalam politik menjadi ibadah apabila diniatkan untuk perjuangan agama, bukan untuk kepentingan diri atau pangkat.

30/10/2025

PAS Kawasan Kuantan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Dato’ Sri Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man atas pelantikan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Pahang hasil Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional malam tadi.

Sesungguhnya pelantikan ini mencerminkan keyakinan kepimpinan terhadap ketokohan, kewibawaan dan pengalaman panjang Dato’ Seri dalam menerajui gerakan Islam dan politik tanah air, khususnya di negeri Pahang.

Moga dengan amanah baharu ini, Dato’ Seri terus memimpin dengan penuh hikmah dan istiqamah dalam memperkukuh dukungan rakyat serta memperkasa jentera Perikatan Nasional menuju pentadbiran yang bersih, stabil dan berprinsip.

Siiru ‘ala barakatillah.
Semoga Allah SWT sentiasa memandu dan memberkati setiap langkah perjuangan.

Ikhlas daripada:
PAS Kawasan Kuantan

20/10/2025

💚 Sanah Helwah Tuan Guru Presiden PAS 💚

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Usiamu adalah anugerah perjuangan.
Semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin ummah menuju redha-Nya.

Doa kami agar perjuangan Tuan Guru sentiasa diberkati dan langkahnya diteguhkan dalam membawa panji Islam menuju kemenangan.

07/10/2025

KENYATAAN MEDIA
LAJNAH DAKWAH PAS KAWASAN KUANTAN

BOIKOT PRODUK ISRAEL – TANDA CINTA DAN TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM TERHADAP PALESTIN

Lajnah Dakwah PAS Kawasan Kuantan menyeru seluruh umat Islam untuk menjadikan boikot produk yang berkaitan dengan rejim Zionis Israel sebagai satu bentuk ibadah dan tanggungjawab keimanan, bukan sekadar tindakan ekonomi.

Tindakan ini adalah simbol keprihatinan dan kasih sayang kita terhadap saudara seagama di bumi Palestin yang terus dizalimi serta terhadap para sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang berdepan ancaman dan sekatan ketika menjalankan misi kemanusiaan ke Gaza.

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan zalim Israel yang menahan para sukarelawan daripada 46 buah negara termasuk rakyat Malaysia, walhal mereka hanya membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kesihatan untuk rakyat Gaza yang menderita.

Umat Islam perlu menyedari bahawa setiap sen yang dibelanjakan kepada produk yang menyokong Israel memberi kesan kepada kekuatan ekonomi mereka, dan secara tidak langsung menyumbang kepada kezaliman terhadap rakyat Palestin.
Sebaliknya, boikot adalah jihad ekonomi — usaha damai yang mencerminkan keimanan dan keinsafan terhadap penderitaan saudara seagama.

Lajnah Dakwah PAS Kawasan Kuantan menyeru seluruh masyarakat untuk:

1. Memperbaharui kesedaran iman dan kasih sayang terhadap ummah Palestin.

2. Menjadikan amalan boikot sebagai dakwah bil hal – dakwah melalui tindakan nyata.

3. Bersatu dalam doa dan Solat Hajat agar para sukarelawan GSF serta rakyat Palestin dikurniakan keselamatan, kekuatan dan kemenangan.

Semoga usaha kecil ini diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT dan menjadi bukti kecintaan kita kepada perjuangan suci umat Islam di Palestin.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.” – (Surah Al-Hujurat: 10)

Tok Hafizal Md Shah
NYDP / Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Kawasan Kuantan
5 Oktober 2025

Boilot produk Z1_NIS
05/10/2025

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Du'at Millennial Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share