20/08/2026
✨ PROGRAM I.N.S.A.N. 2026 ✨
📅 18 Ogos 2026 | 📍 Kampus Utama, UCYP University
Program I.N.S.A.N. 2026 anjuran Yayasan Tuanku Canselor (YTC UCYP) dengan kerjasama UCYP University melalui Jabatan Waqaf & Endowmen telah berjaya menghimpunkan seramai 300 mahasiswa daripada golongan B40 dan asnaf yang melibatkan 9 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di daerah Kuantan.
🤝 9 IPT yang turut serta:
• TVET MARA
• UCYP University
• UNIQSAAS University
• Kolej Yayasan Pahang
• Kolej Komuniti
• KPTM Kuantan
• YPASS
• Kolej Profesional MARA Indera Mahkota
• WIDAD University College
🎯 Program ini dianjurkan sebagai platform untuk memberikan pendedahan dan pengalaman bermakna kepada para mahasiswa melalui pengisian yang menekankan aspek keusahawanan, kepimpinan, kerjasama serta nilai-nilai kemanusiaan.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang menyertai BizVenture : Mission , sebuah aktiviti Treasure Hunt berkonsepkan keusahawanan yang menguji semangat berpasukan, kreativiti, keberanian dan kebolehan peserta dalam menyelesaikan pelbagai cabaran menarik.
🏆 PEMENANG BIZVENTURE : MISSION
🥇 Tempat Pertama : YPASS
🥈 Tempat Kedua : UNIQSAAS
🥉 Tempat Ketiga : KPTM Kuantan
🎁 Penaja Hadiah :100 PLUS & MAKERZ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan Program I.N.S.A.N. 2026.
Semoga segala pengalaman, ilmu dan nilai yang diperoleh sepanjang program ini menjadi bekalan kepada para mahasiswa untuk terus berani mencipta peluang, membina masa depan yang lebih baik serta menjadi insan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.*🌱✨
I.N.S.A.N. 2026 — INSPIRASI. SISWA. AMAL. NILAI. 💙