22/03/2021
PEMBALAK VS ORANG KAMPUNG
BANTAHAN PEMBALAKAN DI COMPARTMENT 1, HUTAN SIMPAN JERANTUT TAMBAHAN.
Pembalak terus menekan orang kampung untuk meneruskan kegiatan mereka, kali ini prosiding menghina mahkamah telah dikenakan terhadap orang kampung dan peguam yang mewakili mereka gara-gara menghantar surat kepada pegawai Jabatan Perhutanan.
Kami tidak akan mengalah, Perjuangan ini adalah untuk alam sekitar dan masyarakat. Sokongan anda amat diperlukan.
Kami ingin menjemput seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Pahang khasnya untuk sama-sama mengikuti perbicaraan kes dan memberi sokongan kepada defenden.
Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada
Tarikh : 25/03/21
Hari : Khamis
Waktu : 9.00am
Tempat : Mahkamah Tinggi Kuantan
Kehadiran tuan menambah semangat dan solidariti kita bersama menjaga alam sekitar.
Doa juga amat kami perlukan semoga kita memperoleh kemenangan dan kejayaan.
Mereka mendakwa peguam itu melanggar perintah injunksi dengan cuba mendapatkan maklumat daripada seorang pegawai perhutanan.