21/11/2025
MAJLIS BACAAN YASIN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Kelab BTM telah berjaya menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Sempena Kesejahteraan Warga BTM dan Kecemerlangan Peperiksaan Bagi Anak-anak Warga BTM pada pagi ini.
Majlis ini telah berlangsung pada Jumaat, 21 November 2025 jam 9.00 pagi di BIMES BTM, Tingkat 1, Blok C.
Majlis berjalan dengan lancar dan penuh khusyuk. Bacaan doa diketuai oleh Encik Syarifuddin bin Musa yang penuh dengan penghayatan.
Alhamdulillah, majlis ini berjalan lancar dengan kehadiran warga BTM. Suasana penuh keberkatan dan penuh dengan semangat ukhuwah.
Majlis diakhiri dengan jamuan makan pot luck di mana semua berkongsi rezeki yang penuh berkah. Terima kasih kepada semua yang membawa hidangan istimewa! 🍽️
Terima kasih kepada:
✨ Puan Zuraidah binti Mat Harun
✨ Semua warga BTM yang hadir
✨ Encik Syarifuddin bin Musa atas pimpinan doa
✨ Ahli jawatankuasa Kelab BTM
✨ Semua yang berkongsi rezeki
Semoga segala doa kita dimakbulkan Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin. 🤲