Pekida Daerah Kuantan Rasmi

Pekida Daerah Kuantan Rasmi penyatuan ummah dan perpaduan melayu islam

10 MEI 2026 | SELAMAT ULANGTAHUN PEKIDA MALAYSIA YANG KE 43 TAHUNDari PEKIDA DAERAH KUANTAN DAN PEKIDA NEGERI PAHANG.
12/05/2026

10 MEI 2026 | SELAMAT ULANGTAHUN PEKIDA MALAYSIA YANG KE 43 TAHUN
Dari PEKIDA DAERAH KUANTAN DAN PEKIDA NEGERI PAHANG.

Selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia.
01/05/2026

Selamat hari pekerja kepada semua rakyat Malaysia.

Alhamdullillah Selesai majlis JOM RAYE 2026 Ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dari jauh Dan dekat. Maaf...
12/04/2026

Alhamdullillah
Selesai majlis JOM RAYE 2026
Ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dari jauh Dan dekat. Maaf diatas kekurangan. Demi mengeratkan Kasih Syg yg kukuh dibulan syawal. Terima kasih kepada semua jentera urusetia yg bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Sekian dari kami warga PDK.

*MENDESAK KERAJAAN MELETAKAN HUKUMAN PALING MAKSIMUM TERMASUK HUKUMAN MATI BAGI PESALAH MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHO...
31/03/2026

*MENDESAK KERAJAAN MELETAKAN HUKUMAN PALING MAKSIMUM TERMASUK HUKUMAN MATI BAGI PESALAH MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL*

*KENYATAAN RASMI*
*PRESIDEN PEKIDA MALAYSIA*

_30 MAC 2026_

PEKIDA Malaysia menzahirkan rasa dukacita yang amat mendalam terhadap kejadian tragis yang meragut nyawa seorang lagi anak bangsa ekoran perbuatan tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan seorang pemandu mabuk. Setiap kali insiden seperti ini berlaku, masyarakat dipaksa melihat bagaimana sebuah keluarga hilang tempat bergantung, anak-anak kehilangan ayah, dan masa depan sebuah rumahtangga musnah dalam sekelip mata. Sikap cuai dan keangkuhan segelintir individu yang memilih untuk memandu di bawah pengaruh alkohol kini telah menjadi ancaman serius yang tidak lagi boleh dipandang ringan.

PEKIDA Malaysia menegaskan bahawa undang-undang sedia ada ternyata gagal memberikan kesan yang memadai kepada pesalah. Hukuman ringan yang diamalkan selama ini tidak mencerminkan nilai sebenar sebuah nyawa manusia yang diragut secara sia-sia. Justeru, kami mendesak agar kerajaan serta pihak berautoriti segera melakukan pindaan menyeluruh terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan # menetapkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati melalui proses perundangan yang sah terhadap mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian. Sudah tiba masanya negara bersikap tegas dan tidak lagi berlembut terhadap penjenayah jalan raya yang meragut nyawa tanpa belas kasihan.

PEKIDA Malaysia juga menyeru agar penguatkuasaan diperhebat secara besar-besaran, termasuk operasi berterusan, pemeriksaan mengejut dan tindakan serta-merta terhadap premis hiburan yang menjadi punca penyalahgunaan alkohol secara tidak terkawal. Pemandu mabuk bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi turut mengancam keselamatan seluruh masyarakat. Undang-undang mesti diperkasakan agar mereka yang mengambil mudah isu ini sedar bahawa tindakan mereka membawa risiko hukuman paling keras.

Kami turut menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarham. Beliau seorang yang bekerja keras, berjuang mencari rezeki untuk anak-anaknya, namun nyawanya diragut oleh perbuatan tidak bertanggungjawab seorang manusia yang mabuk. Kehilangan ini bukan sekadar statistik, tetapi sebuah tragedi yang menggoncang hati nurani masyarakat.

PEKIDA Malaysia berdiri teguh bersama keluarga mangsa dan seluruh rakyat Malaysia yang menuntut keadilan. Cukuplah nyawa umat Islam dan rakyat Malaysia terus menjadi korban akibat kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku. Sudah tiba masanya negara mengambil pendirian tegas: siapa yang memandu dalam keadaan mabuk dan meragut nyawa, wajib berdepan hukuman paling keras yang dibenarkan oleh undang-undang.

Yang benar,

*DATO' HJ. MOHD F**D BIN HJ MAT ISA,*
*PRESIDEN,
*PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA MALAYSIA)*

Salam syawal Kami dari PEKIDA DAERAH KUANTAN mengucapkan Selamat hari raya aidifitri maaf zahir batin kepada semua . Sem...
31/03/2026

Salam syawal
Kami dari PEKIDA DAERAH KUANTAN mengucapkan Selamat hari raya aidifitri maaf zahir batin kepada semua .
Semua dijemput hadir.

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Ayahanda Tuan Abu Bakar Hamzah, Setiausaha Ag...
30/12/2025

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, sekalung tahniah diucapkan kepada YAB Ayahanda Tuan Abu Bakar Hamzah, Setiausaha Agung PEKIDA Malaysia, atas pelantikan sebagai Menteri Besar Perlis.

Sesungguhnya pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan besar terhadap kepimpinan, kebijaksanaan serta keteguhan prinsip YAB Ayahanda dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Kami yakin dan percaya, di bawah pimpinan YAB Ayahanda, negeri Perlis akan terus dipandu dengan adil, berintegriti serta berpaksikan nilai-nilai Islam yang syumul.

Doa kami, semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, hikmah dan keteguhan iman kepada YAB Ayahanda dalam memikul amanah yang besar ini. Moga setiap langkah dan keputusan dipandu oleh petunjuk Ilahi, dilindungi daripada fitnah dan kezaliman, serta sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Semoga kepimpinan YAB Ayahanda membawa kesejahteraan kepada rakyat Perlis, memperkukuh perpaduan ummah, dan meninggalkan legasi kepimpinan yang dikenang sebagai satu khidmat yang ikhlas dan berkat.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah, YAB Ayahanda Tuan Abu Bakar Hamzah

Ikhlas daripada Presiden, Barisan Ahli Majlis Tertinggi, Barisan Ayahanda dan seluruh Ahli PEKIDA MALAYSIA.

Address

A677
Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pekida Daerah Kuantan Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share