HELWA CARE

Directions Contact the organization

HELWA CARE Bank Kerjasama Rakyat
No. Akaun :
11-0156657-3
Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita Kuantan (HELWA Care)
Email : [email protected]

Munajat Hour: Menyuburkan Hati, Menguatkan UkhuwahAlhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Munajat Hour ...
01/08/2026

Munajat Hour: Menyuburkan Hati, Menguatkan Ukhuwah

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Munajat Hour di Masjid Al Ikhwan, Taman LKNP Kuantan.

Program dimulakan dengan Solat Hajat, diikuti bacaan Surah Yasin, munajat memohon pertolongan Allah SWT serta tazkirah yang mengingatkan kita agar sentiasa memperkukuhkan hubungan dengan Allah, memperbaiki diri dan istiqamah dalam melakukan kebaikan.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT, segala hajat para peserta diperkenankan, hati-hati yang hadir terus ditautkan dengan iman dan takwa, serta ukhuwah sesama muslimat semakin erat. Mudah-mudahan program seperti ini menjadi asbab turunnya rahmat, ketenangan dan keberkatan buat diri, keluarga, masyarakat serta negara.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas segala usaha dan pengorbanan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

RAYUAN SUMBANGAN KOS RAWATAN -  SAIFUL ANUAR BIN MAT HUSINSaudara Saiful Anuar bin Mat Husin kini sedang menerima rawata...
17/04/2026

RAYUAN SUMBANGAN KOS RAWATAN - SAIFUL ANUAR BIN MAT HUSIN

Saudara Saiful Anuar bin Mat Husin kini sedang menerima rawatan di Hospital UIA akibat jangkitan kuman serius (Melioidosis) yang telah menjejaskan organ dalaman termasuk paru-paru dan buah pinggang.

Beliau sebelum ini berada dalam keadaan sangat kritikal dan telah beberapa kali menerima rawatan di ICU. Alhamdulillah kini stabil, namun masih terlantar dan memerlukan rawatan antibiotik berterusan serta penjagaan rapi sehingga benar-benar pulih.

Akibat keadaan kesihatan yang merosot, beliau telah berhenti kerja dan kini tiada sumber pendapatan tetap. Kos rawatan hospital, ubat-ubatan serta keperluan selepas discaj seperti katil hospital dan kerusi roda memerlukan perbelanjaan yang besar.

Sehubungan itu, kami dengan penuh rasa rendah hati merayu sumbangan daripada orang ramai bagi membantu meringankan beban kos rawatan beliau.

๐Ÿคฒ Setiap sumbangan, walau sekecil mana, amat bermakna dalam membantu meringankan beban yang ditanggung.

๐ŸŒ™ Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, setiap amalan kebajikan dijanjikan ganjaran pahala yang berlipat ganda.

๐Ÿค Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan mengurniakan kesembuhan buat beliau.

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…ุดูŽููŽุงูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุดูููŽุงุกู‹ ุนูŽุงุฌูู„ุงู‹ุŒ ุดูููŽุงุกู‹ ู„ุงูŽ ูŠูุบูŽุงุฏูุฑู ุจูŽุนู’iุฏูŽู‡ู ุณูŽู‚ูŽู…ู‹ุง_"Semoga Allah menyembuhkan...
17/04/2026

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุดูŽููŽุงูƒูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุดูููŽุงุกู‹ ุนูŽุงุฌูู„ุงู‹ุŒ ุดูููŽุงุกู‹ ู„ุงูŽ ูŠูุบูŽุงุฏูุฑู ุจูŽุนู’iุฏูŽู‡ู ุณูŽู‚ูŽู…ู‹ุง

_"Semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya."_

Di saat kita lena dibuai nikmat kesihatan, Alif Haiqal terbaring menahan sakit kanser usus sejak Januari 2023 โ€” tubuhnya lemah, bergantung pada stoma bag kali kedua setelah tebukan pertama rosak, saban hari berjuang tanpa gaji untuk menampung kos rawatan, ubat-ubatan, susu khas dan keperluan harian, hulurkanlah sedikit daripada rezeki kita, agar penderitaannya tidak ditanggung sendirian dan setiap sen yang kita beri menjadi saksi kasih sayang serta saham akhirat yang mengalir tanpa henti.

Salurkan sumbangan anda ke:
Bank Kerjasama Rakyat
11-0156657-3
Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita Kuantan (HELWA Care)
Ruj : Alif
Hantarkan slip kepada
www.wasap.my/60179408807

HARAPAN BESAR UNTUK SEBUAH KELUARGAKami mempelawa sahabat untuk bersama membantu sebuah keluarga yang sedang diuji denga...
07/04/2026

HARAPAN BESAR UNTUK SEBUAH KELUARGA

Kami mempelawa sahabat untuk bersama membantu sebuah keluarga yang sedang diuji dengan kesulitan yang berat.

Seorang suami telah lebih 4 tahun tidak bekerja demi menjaga isteri dan anak yang sakit sepenuh masa.

Isterinya menghidap ekzema kronik hingga sukar bergerak, manakala anak perempuan mereka p**a perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu.

Lebih menyentuh hati, beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri dan terpaksa meminjam motosikal untuk membawa anaknya ke hospital.

Justeru, kami berusaha mengumpul dana bagi menyediakan sebuah motosikal terpakai untuk memudahkan urusan harian keluarga ini. Sasaran: RM2,500 sahaja.

Setiap sumbangan, walau sedikit, amat besar maknanya buat mereka.

๐Ÿ“Œ Salurkan sumbangan anda:
Bank Rakyat: 11-0156657-3
Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita Kuantan
Rujukan: Motosikal

Semoga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi asbab kebaikan dan ganjaran berterusan di sisi Allah SWT.

18/03/2026
18/03/2026

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HELWA CARE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HELWA CARE:

Shortcuts

Share