Penyelaras DUN Tanjung Lumpur

Directions

Penyelaras DUN Tanjung Lumpur
Official page of Penyelaras DUN Tanjung Lumpur

LANGKAH ANAK-ANAK KE MENARA GADING, DOA IBU BAPA SENTIASA MENGIRINGI.Di sebalik setiap anak yang berjaya melangkah ke un...
09/10/2026

LANGKAH ANAK-ANAK KE MENARA GADING, DOA IBU BAPA SENTIASA MENGIRINGI.

Di sebalik setiap anak yang berjaya melangkah ke universiti, ada doa ibu bapa yang tidak pernah putus, pengorbanan yang tidak terhitung dan harapan yang sentiasa disematkan.

Hari ini, melalui Sumbangan Bantuan Pembelajaran, Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN Tanjung Lumpur mewakili Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar menyampaikan sumbangan kepada para mahasiswa.

Menariknya, sumbangan ini dihadiri ibu bapa yang hadir mewakili anak-anak mereka yang kini sedang menuntut ilmu di universiti masing-masing.

Ada yang di UTM, UniKL, UiTM, UniSZA, MSU dan UM. Berbeza tempat pengajian, tetapi membawa impian yang sama membina masa depan yang lebih baik buat diri dan keluarga.

Bantuan ini mungkin tidak mampu menampung segala keperluan pengajian, namun diharapkan dapat meringankan beban dan menjadi penyuntik semangat untuk anak-anak terus melangkah jauh.

Kita mungkin tidak mampu memudahkan seluruh perjalanan mereka, tetapi biarlah ada usaha untuk meringankan langkah mereka.

Buat semua mahasiswa, teruskan perjuangan. Belajar bersungguh-sungguh, jaga akhlak dan ingatlah pengorbanan ibu bapa yang sentiasa mengharapkan kejayaan kalian.

Semoga ilmu yang ditimba menjadi manfaat, kejayaan yang dikecapi menjadi kebanggaan keluarga dan segala usaha diberkati Allah SWT.

Prihatin itu tanggungjawab. Menyantuni itu amanah.

Usaha sudah dimulakan, doa p**a dipanjatkanMajlis Solat Hajat Perdana SPM 2026 SMK Sungai Soi menjadi ruang untuk kita b...
08/10/2026

Usaha sudah dimulakan, doa p**a dipanjatkan

Majlis Solat Hajat Perdana SPM 2026 SMK Sungai Soi menjadi ruang untuk kita bersama-sama menitipkan doa buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari diberkati, setiap usaha dipermudahkan dan setiap jawapan yang ditulis nanti menjadi asbab kejayaan.
Bersama dalam Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN Tanjung Lumpur mewakili Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar.
Bila usaha bertemu doa, insya-Allah ada jalan menuju kejayaan.

Selamat berjuang anak-anak SPM 2026!
Tenang menjawab, yakin melangkah.

Semoga berjaya!

Santai-santai, tapi ukhwah tetap tersemat!Bersama kump**an Kelas Bina Insan Kampung Peramu dalam program Jom Santai Ceri...
08/10/2026

Santai-santai, tapi ukhwah tetap tersemat!

Bersama kump**an Kelas Bina Insan Kampung Peramu dalam program Jom Santai Ceria Bersama di Pantai Anak Air.
Bukan sekadar bersantai, tapi masa untuk beriadah, bergelak tawa dan mengeratkan silaturahim.

Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN Tanjung Lumpur mewakili Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar. Bila bersama, yang biasa jadi luar biasa.

Sihat bersama, ceria selalu, ukhwah terus terjalin!

07/10/2026

Pantai Kempadang —antara lokasi yang menjadi tumpuan untuk berjoging dan aktiviti santai. Bila timbul isu berkaitan penyelenggaraan, kita turun bersama pihak berkaitan untuk lihat keadaan sebenar dan kenal pasti apa yang perlu diperbaiki.

Bukan sekadar cari salah. Kita cari jalan penyelesaian. Moga kawasan ini kembali kemas, selesa dan hidup semula sebagai ruang riadah yang sihat.

InshaAllah, nanti sama-sama kita briskwalk sini...

07/10/2026

Dulu aktif menyumbang kepada masyarakat, hari ini diuji dengan sakit.
Jasa tak dilupakan. Pengorbanan tetap dikenang.

Atas usaha DS Ab Hamid Mohd Nazahar, bantuan sakit kronik daripada YAB Menteri Besar Pahang disampaikan oleh Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN Tanjung Lumpur.

Semoga Kak Asiah dan Abang Zul terus diberi kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.

Prihatin itu tanggungjawab.
Menyantuni itu amanah.

Terima kasih TokWan.

Satu keluarga, satu bumbung, satu perjuangan.Pagi ini, Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN ...
07/10/2026

Satu keluarga, satu bumbung, satu perjuangan.

Pagi ini, Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN Tanjung Lumpur, mewakili Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar, menziarahi keluarga Pn. Nurul Aziyatul.
Di sebalik sebuah rumah, tersimpan kisah sebuah keluarga yang sedang melalui kehidupan yang tidak mudah. Pn. Nurul Aziyatul menguruskan lima orang anak, dalam masa yang sama turut menjaga abang yang menghidap sakit saraf bersama dua orang anaknya serta kesemuanya masih bersekolah.

Satu keluarga di bawah satu bumbung.
Berkongsi ruang, berkongsi rezeki dan berkongsi tanggungjawab.
Kadang-kadang kepayahan tidak diceritakan. Cukup kita datang, mendengar dan memahami apa yang mereka lalui.

Kita mungkin tidak mampu menyelesaikan semuanya, tetapi sedikit perhatian dan sokongan mudah-mudahan dapat meringankan beban yang dipikul.

Terima kasih juga kepada MUIP dan JPKK Sg Isap Tradisi Jaya.

Sewaktu gotong-royong di Perkuburan Kempadang Perdana hari tu, geng anak muda sempat berbisik…“Boleh tak nak bola untuk ...
06/10/2026

Sewaktu gotong-royong di Perkuburan Kempadang Perdana hari tu, geng anak muda sempat berbisik…

“Boleh tak nak bola untuk riadah petang?”

Petang tadi, kita singgah penuhi hasrat anak-anak muda. Bukan sekadar dengar, tapi kita cuba tunaikan.
Bila mereka mahu beriadah, kita usahakan... InshaAllah.

Yang penting, aktiviti sihat, masa terisi dan semangat anak muda terus menyala!

DARI FLAT PAK MAHAT, UNTUK SATU KESATUAN!Petang ini, Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN Ta...
06/10/2026

DARI FLAT PAK MAHAT, UNTUK SATU KESATUAN!

Petang ini, Tn. Hj. Cikgu Fadzilah Mohamed Tahir Pegawai Khas Penyelaras DUN Tanjung Lumpur mewakili Dato’ Sri Ab Hamid Mohd Nazahar menyantuni anak-anak muda Team E-Sport Flat Pak Mahat, di samping menyerahkan jersi pasukan sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat.

Bukan sekadar jersi, tetapi membawa bersama harapan, semangat dan keyakinan untuk anak-anak muda mencipta kejayaan di pentas Pertandingan Mobile Legends.

Pesanan buat pasukan bermain dengan tenang, berjuang sebagai satu pasukan dan jangan mudah mengalah.
Sarung jersi. Angkat nama Flat Pak Mahat. Beraksi habis-habisan!

Aduan di Facebook, tindakan di lapangan.Nampak aduan orang awam tentang trek jogging Pantai Kempadang yang mula dipenuhi...
06/10/2026

Aduan di Facebook, tindakan di lapangan.

Nampak aduan orang awam tentang trek jogging Pantai Kempadang yang mula dipenuhi rumput dan semak.
Petang ni kita turun bersama Alam Flora. Tengok keadaan, kenal pasti apa yang perlu dibuat dan cuba cari jalan penyelesaian.

Sebab bagi yang menggunakan trek ini, keselesaan bukan perkara kecil.
Tak mahu sekadar baca.
Tak mahu sekadar komen.

Kita turun, kita tengok, kita usahakan.
Aduan diterima. Lokasi ditinjau. Penyelesaian kita cuba.

Ahad lalu kita terima aduan dan tinjauan ke lokasi. Hari ini kita turun bersama.Susulan aduan penduduk berhubung masalah...
06/10/2026

Ahad lalu kita terima aduan dan tinjauan ke lokasi. Hari ini kita turun bersama.

Susulan aduan penduduk berhubung masalah longkang tersumbat di Lorong Pinggiran Putra 3, Pak Mahat, hari ini kita turun ke lokasi bersama JKR, JPS, MBK, YPM dan Alam Flora.

Kita lihat sendiri keadaan di lapangan, dengar penjelasan penduduk dan bincang bersama agensi yang terlibat untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Bukan semua masalah boleh selesai dalam sekelip mata, tetapi yang penting, aduan didengar, tindakan susulan diambil dan semua pihak duduk bersama mencari penyelesaian.

Dengar. Turun. Bincang. Usahakan bersama.

Pautan link : https://www.facebook.com/share/p/1Dz68eeQ1f/

Address

Jalan Haji Abdul Aziz
Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penyelaras DUN Tanjung Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share