Pahang Facts

Directions

Pahang Facts Mempromosi segala Inisiatif, Dasar, Penjelasan Isu, Program & Aktiviti di kawasan Daerah.

𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 π“π„π‘ππ”πŠπ“πˆ πŒπ„ππƒπ€π‡π”π‹π”πˆ ππ€πƒπˆ π„πŠπŽππŽπŒπˆ 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 ππ€ππ“π€πˆ π“πˆπŒπ”π‘Ketika negeri-negeri lain di Pantai Timur masih bergelut men...
03/12/2025

𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 π“π„π‘ππ”πŠπ“πˆ πŒπ„ππƒπ€π‡π”π‹π”πˆ ππ€πƒπˆ π„πŠπŽππŽπŒπˆ 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 ππ€ππ“π€πˆ π“πˆπŒπ”π‘

Ketika negeri-negeri lain di Pantai Timur masih bergelut mengejar rentak pembangunan, Pahang sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi serantau. Dengan nilai ekonomi mencecah RM38.1 bilion, Pahang berdiri jauh meninggalkan Terengganu (RM25.3B) dan Kelantan (RM10.6B). Jurang besar ini bukan sekadar angka tetapi ia menggambarkan keupayaan, kestabilan pentadbiran dan hala tuju pembangunan yang jauh lebih terancang.

Kuantan sahaja menjana RM20.1 bilion, hampir menyamai keseluruhan ekonomi sesetengah negeri lain. Ini bukti kukuh bahawa pusat ekonomi Pahang bukan saja berkembang, tetapi menjadi nadi pertumbuhan Pantai Timur secara keseluruhan.

Tidak cukup dengan itu, daerah-daerah lain seperti Bentong (RM4.7B) dan Temerloh (RM2.3B) terus mengukuhkan struktur ekonomi negeri, menunjukkan pembangunan yang seimbang dan tidak tertumpu di satu kawasan sahaja. Jauh berbeza dengan negeri lain yang ekonominya hanyut di satu dua daerah sahaja.

Sementara itu, Terengganu dan Kelantan kekal bergantung kepada beberapa daerah yang ekonominya jauh lebih kecil. Pahang p**a bergerak dengan asas ekonomi yang pelbagai, stabil dan berdaya saing, menjadikannya satu-satunya negeri Pantai Timur yang benar-benar mampu mengangkat rantau ini ke tahap lebih tinggi.

Hakikatnya, jika Pantai Timur mahu maju, ia harus bermula dengan Pahang. Negeri lain mungkin membina impian, tetapi Pahang sudah membuktikan hasilnya. Mana mungkin negeri bertuah yang sudah membuktikan pelbagai kejayaan mahu diserahkan kepada tangan yang tidak bertanggungjawab. Rakyat Pahang semestinya lebih bijak memilih yang mana mampu berkhidmat, yang mana terus kekal berdrama.

γ‚šviralγ‚·fypγ‚·γ‚š

Address

Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pahang Facts posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share