IKRAM Pahang

Directions Website

IKRAM Pahang IKRAM adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan masyarakat.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Hari ini, negara kehilangan seorang insan yang telah sekian lama menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah Malaysia.B...
28/09/2026

Hari ini, negara kehilangan seorang insan yang telah sekian lama menjadi sebahagian daripada lembaran sejarah Malaysia.

Beliau dikenang sebagai seorang wanita yang tenang dalam tutur bicara, lembut dalam keperibadian, serta banyak menabur jasa dan bakti kepada negara.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala kesalahannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan dikasihi.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, ...
28/09/2026

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, pada jam 9.20 pagi tadi.

Allahyarhamah Tun Dr Hasmah yang meninggal dunia pada usia 100 tahun, banyak menyumbang kepada negara dalam pembangunan kesihatan awam, khususnya dalam aspek kesihatan ibu, kanak-kanak dan wanita.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎHari Malaysia mengingatkan kita tentang semangat, pengorbanan dan perpaduan yang membent...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Hari Malaysia 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Malaysia mengingatkan kita tentang semangat, pengorbanan dan perpaduan yang membentuk Malaysia hari ini.

Berbeza budaya, bahasa dan latar belakang, kita tetap berkongsi satu tanah air dan berdiri bersama sebagai rakyat Malaysia.

Jaga perpaduan. Hargai perbezaan. Cintai Malaysia.

Marilah kita bersama membina Malaysia yang lebih harmoni, sejahtera dan penuh rahmah.

Selamat Hari Malaysia 2026!


Save the date!Walk for humanity.
07/09/2026

Save the date!
Walk for humanity.

🌍❀️ MY 8,000 KM TO GAZA

One step may seem small.
But thousands of steps can send a powerful message.
Mark your calendars! πŸ“†

πŸ₯Ύ WALK FOR HUMANITY 2026 is coming!
πŸ“… 24 October 2026
πŸ“ IIUM Campus Kuantan
⏰ 6.30 AM – 12.00 PM

This is not just another running event.
It is a symbolic journey of 8,000 KM towards Gaza, in solidarity with the people πŸ‡΅πŸ‡Έ

🎯 Our Goals:
πŸ‘£ 8,000 KM in collective participation, symbolising the journey from Kuantan to Gaza
πŸ’° RM30,000 donation target

Every kilometre we walk and run carries a message:
We remember
We care
We stand in solidarity

Because even when we are miles away, our hearts can still walk with Gaza. β€οΈπŸ‡΅πŸ‡Έ

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎAyuh kita syukuri nikmat kemerdekaan, semarakkan perpaduan dan bersama memb...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ayuh kita syukuri nikmat kemerdekaan, semarakkan perpaduan dan bersama membina Malaysia yang aman, sejahtera dan diberkati.

Walau berbeza, kita tetap bersama! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang




IKRAM Pahang Barat dengan kerjasama JK Surau Al-Hidayah Sg Lui 2 akan mengadakan program I Love Rasulullah SAW untuk rem...
28/08/2026

IKRAM Pahang Barat dengan kerjasama JK Surau Al-Hidayah Sg Lui 2 akan mengadakan program I Love Rasulullah SAW untuk remaja sekitar Raub (termasuk Bentong & Lipis) insyaAllah.

Dijemput ibu bapa mendaftarkan anak-anak bagi yang berminat di pautan berikut :

https://forms.gle/CMN5Rb8s3Pcvg69N9


Komuniti & Surau Al Hidayah Sg Lui Raub

π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Šπ’π’ˆπ’‚π’•π’Š π‘΄π’‚π’–π’π’Šπ’…π’–π’“ 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍12 Rabiulawal 1448H25 Ogos 2026Mβ€œSesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling...
25/08/2026

π‘Ίπ’†π’π’‚π’Žπ’‚π’• π‘΄π’†π’Žπ’‘π’†π’“π’Šπ’π’ˆπ’‚π’•π’Š π‘΄π’‚π’–π’π’Šπ’…π’–π’“ 𝑹𝒂𝒔𝒖𝒍

12 Rabiulawal 1448H
25 Ogos 2026M

β€œSesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat ialah mereka yang paling baik akhlaknya."
Riwayat Abu Dawud (4682) dan al-Tirmizi (1162)

Kelahiran Rasulullah SAW membawa rahmat yang besar kepada seluruh alam. Namun, memperingati Baginda bukan sekadar mengingati tarikh kelahiran tetapi menghidupkan kembali akhlak, sunnah dan ajaran Baginda dalam kehidupan kita.

Antara perkara yang sahih daripada sirah Baginda, Rasulullah SAW terkenal dengan kejujuran dan amanahnya sehingga sebelum kenabian pun Baginda dikenali oleh masyarakat Makkah sebagai al-Amin.

Baginda juga menunjukkan kasih sayang yang sangat besar kepada umatnya. Allah SWT menggambarkan sifat Baginda:

β€œSesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kalangan kamu sendiri; berat terasa olehnya penderitaan kamu, sangat menginginkan kebaikan bagi kamu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang beriman.”
(Surah al-Taubah: 128)

Maka, antara cara terbaik kita menyambut Maulidur Rasul SAW adalah dengan kembali bermuhasabah:

Sejauh mana akhlak dan sunnah Rasulullah SAW benar-benar tercermin dalam diri kita?

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW bukan sekadar terungkap melalui kata-kata, tetapi turut dizahirkan melalui akhlak yang mulia, pengamalan sunnah dan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΩˆΩŽΨ³ΩŽΩ„ΩΩ‘Ω…Ω’ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ο·Ί

Selamat Memperingati Maulidur Rasul SAW

21/08/2026

Address

A*5 Jalan IM 7/16, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share