29/08/2026
𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 FELDA CHINI 01 2026
KEMAS...DISINI BERMULA...
Pada hari Khamis yang lalu (27 Ogos 2026), Tabika KEMAS FELDA CHINI 01 telah mengadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan 𝗸𝗲-𝟲𝟵 Peringkat TABIKA KEMAS FELDA CHINI 01 dengan penuh gilang-gemilang dan meriah. Program ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme serta rasa cinta kepada tanah air dalam diri anak-anak sejak dari usia kecil lagi.
Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program termasuklah:
• Perarakan Merdeka
• Aktiviti BENTO Tema Merdeka
• Hiasan Mercu Tanda Tema Merdeka ,Cabutan bertuah & Penyampaian hadiah yang disampaikan Oleh Pengurus FELDA CHINI 01 :
En. Muhammad Muzzammil Bin Nordin
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan guru, ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu, serta anak-anak comel Tabika KEMAS Kenari atas kerjasama yang diberikan sehingga program ini berjalan dengan jayanya!
"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
Sayangi Malaysiaku.