Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu - PPNT

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu - PPNT Menyampaikan maklumat berkaitan Pembangunan dan Program Sukan Ping Pong Negeri Terengganu

πŸ“πŸ† KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN πŸ†πŸ“Tahniah diucapkan kepada semua pasukan dan pemain yang telah mempamerkan aksi terbaik sep...
08/05/2026

πŸ“πŸ† KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN πŸ†πŸ“

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan dan pemain yang telah mempamerkan aksi terbaik sepanjang Kejohanan Ping Pong Piala Presiden Malaysia Badan Beruniform Tertutup Terengganu 2026. πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi acara yang dipertandingkan:

Acara Berpasukan

πŸ† Johan β€” Bomba
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” PUGK (Pangkalan Udara Gong Kedak)
πŸ₯‰ Ketiga Bersama β€” PDRM / FRU

Acara Bergu Terbuka

πŸ† Johan β€” SATU
πŸ₯ˆ Naib Johan β€” Bomba
πŸ₯‰ Ketiga Bersama β€” FRU / PDRM

PPNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan, pegawai, pengadil, urusetia serta penyokong yang telah bersama-sama memeriahkan kejohanan ini dengan semangat kesukanan dan persahabatan. πŸ“πŸ’ͺ

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform memperkukuh hubungan serta memartabatkan sukan ping pong di Malaysia. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯






πŸ“πŸ“Έ POTRAIT URUSETIA DAN PENGADIL KEJOHANAN πŸ“ΈπŸ“Hari kedua Kejohanan Ping Pong Piala Presiden Malaysia Badan Beruniform Ter...
08/05/2026

πŸ“πŸ“Έ POTRAIT URUSETIA DAN PENGADIL KEJOHANAN πŸ“ΈπŸ“

Hari kedua Kejohanan Ping Pong Piala Presiden Malaysia Badan Beruniform Tertutup Terengganu 2026 berlangsung dengan lancar dan penuh semangat kesukanan hasil kerjasama erat semua pihak yang terlibat.

Sepanjang kejohanan berlangsung, urusetia bertugas memastikan pengurusan pertandingan, pendaftaran pemain, penyelarasan jadual perlawanan serta kebajikan peserta berada dalam keadaan teratur dan sistematik.

Dalam masa yang sama, para pengadil telah menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme, adil dan berintegriti bagi memastikan setiap perlawanan berlangsung mengikut peraturan yang ditetapkan. πŸ“πŸ”₯

Komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh seluruh pasukan urusetia dan pengadil amat dihargai dalam memastikan kelancaran perjalanan kejohanan pada hari kedua ini.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ







πŸ“βœ¨ UCAPAN PENGHARGAAN βœ¨πŸ“Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan t...
08/05/2026

πŸ“βœ¨ UCAPAN PENGHARGAAN βœ¨πŸ“

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penaja Utama kejohanan iaitu Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia (Table Tennis Association of Malaysia - TTAM Table Tennis Association Of Malaysia ) Dato' Sri Tee Lip Sin serta Penganjur Bersama, Unit 6 PSP Marang, Terengganu atas kerjasama, komitmen dan kepercayaan yang diberikan kepada PPNT dalam menjayakan Kejohanan Ping Pong Piala Presiden Malaysia Badan Beruniform Tertutup Terengganu 2026. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Penghargaan turut diberikan kepada seluruh Jawatankuasa Teknikal serta para pengadil yang telah bertugas dengan penuh dedikasi dan profesionalisme sepanjang kejohanan berlangsung.

Komitmen dan kerjasama semua pihak dalam memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar, teratur dan penuh semangat kesukanan amatlah dihargai.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi pembangunan dan kecemerlangan sukan ping pong di Malaysia. πŸ“πŸ”₯






πŸ“Έ Sekitar hari pertama Kejohanan Ping Pong Badan Beruniform Tertutup Terengganu 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan ...
07/05/2026

πŸ“Έ Sekitar hari pertama Kejohanan Ping Pong Badan Beruniform Tertutup Terengganu 2026 yang berlangsung di Kompleks Sukan Unit 6 PSP Terengganu.

Perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan saingan kompetitif melibatkan pelbagai agensi badan beruniform seluruh Terengganu. πŸ“πŸ”₯

Persatuan Pingpong Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan selamat datang kepada Coach ...
01/05/2026

Persatuan Pingpong Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan selamat datang kepada Coach Jopie Warsono serta rakan-rakan atlet dari Indonesia ke Terengganu.

Kehadiran pihak tuan/puan amat bermakna dalam usaha memperkukuh persiapan skuad negeri ke arah temasya SUKMA 2026.

Inisiatif kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam mempertingkatkan tahap profesionalisme, kemahiran serta daya saing atlet negeri.

Dengan sokongan padu daripada pihak berkepentingan, khususnya Majlis Sukan Negeri Terengganu, Persatuan Pingpong Negeri Terengganu kekal optimis dalam usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dan memberikan impak positif yang signifikan terhadap pembangunan sukan pingpong di Negeri Terengganu.

TAHNIAH DAN SYABAS πŸŽ‰Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurul Nasuha ...
30/04/2026

TAHNIAH DAN SYABAS πŸŽ‰

Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nurul Nasuha binti Mohd Anuar atas kejayaan cemerlang menerima Anugerah Olahragawati Para Negeri Terengganu. πŸ†

Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan yang amat membanggakan serta mencerminkan dedikasi, disiplin dan komitmen tinggi dalam mengharumkan nama Negeri Terengganu di persada Kebangsaan dan Antarabangsa. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan, di samping menjadi inspirasi kepada seluruh atlet para khususnya dalam sukan ping pong. ✨

Ikhlas daripada:
Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT)

Sekitar Gambar sepanjang Kejohanan Ping Pong Veteren 2026
24/04/2026

Sekitar Gambar sepanjang Kejohanan Ping Pong Veteren 2026

πŸ“ KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PING PONG DOUBLE V50 SIRI 1Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Ping Po...
24/04/2026

πŸ“ KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN PING PONG DOUBLE V50 SIRI 1

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Ping Pong Double V50 Siri 1 (Tertutup Terengganu & Jemputan) pada 24 April 2026 bertempat di MSNT Training Centre.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, komitmen serta aksi permainan yang mengagumkan sepanjang kejohanan berlangsung.

πŸ† SENARAI PEMENANG:

πŸ₯‡ Johan
Ust Rahim & Lan Sato

πŸ₯ˆ Naib Johan
Rambo & Amir Pai

πŸ₯‰ Ketiga Bersama
Dr. Hisham & Hj. Suhairi
Cg Ariff & Fauzi

πŸŽ–οΈ Tempat Ke-5 Bersama (Suku Akhir)

Lan Chabang & Wan Johariman
Pok Wan & Abu
Pok Wahid & Abg Yunus
Makuki & Cg. Yoe

Pihak Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu (PPNT) selaku Pengelola mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

✨ β€œDi meja kecil ini, lahir semangat besar – bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membina persaudaraan dan legasi sukan.”

Semoga kejohanan ini terus menjadi platform melahirkan pemain berpengalaman serta mengeratkan ukhuwah dalam komuniti ping pong negeri.

19/04/2026
TAHNIAH BUAT KONTINJEN MALAYSIA7πŸ₯‡ 3πŸ₯ˆ 2πŸ₯‰
19/04/2026

TAHNIAH BUAT KONTINJEN MALAYSIA

7πŸ₯‡ 3πŸ₯ˆ 2πŸ₯‰

TAHNIAH KONTINJEN MALAYSIA
17/04/2026

TAHNIAH KONTINJEN MALAYSIA

Address

LOT PT 1103K (KEDAI) Jalan TELOK PASU KPG SEKATI MANIR K TERENGGANU
Kuala
21200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Ping Pong Negeri Terengganu - PPNT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share