06/05/2026
πππππππ πππππππ πππππππ πππππππππππ ππππ ππππππππππππ ππππππ πππππ ππππππ
Pada 5 Mei 2026 (Selasa), jam 10.00 pagi, Maktabah Al-Ghazali, Perpustakaan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu (MAMBS) telah dijemput untuk memberikan khidmat nasihat berkaitan pembangunan Mini Perpustakaan di Masjid Bukit Payong, Marang.
Seramai tiga orang wakil MAMBS telah hadir, iaitu:
β’ Tuan Haji Romeli bin Embong (Ahli Jawatankuasa MAMBS)
β’ Dr. Hajah Fauziah binti Wan Jaafar (Penasihat Maktabah Al-Ghazali)
β’ Ustazah Nurul Fatihah binti Rosely (Ketua Unit Informasi & Komunikasi)
Kehadiran ini bertujuan memberikan panduan, cadangan serta perkongsian pengalaman dalam aspek perancangan dan pembangunan mini perpustakaan masjid.
Komitmen dan sokongan padu turut ditunjukkan oleh pihak pengurusan Masjid Bukit Payong yang diketuai oleh Tuan Haji Ibrahim bin Mamat (Pengerusi), Haji Abd Wahab bin Mat Nor (Setiausaha), Haji Ghazali Mat Hasan (Bendahari), serta barisan Ahli Jawatankuasa iaitu Haji Mohd Saufi bin Mustafa, Encik Jailani bin Mohammad, Puan Azidah binti Mat Nor dan Cik Syahida Akma binti Khauli (Penolong Pegawai Masjid) dalam usaha merealisasikan penubuhan Mini Perpustakaan ini.
Dalam sesi tersebut, Dr. Hajah Fauziah binti Wan Jaafar telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan keperluan asas sebuah ruang bacaan yang kondusif, merangkumi susun atur, pemilihan bahan bacaan serta pengurusan ruang yang efektif.
Sesi diteruskan dengan lawatan ke kawasan cadangan ruang bacaan di masjid bagi menilai kesesuaian lokasi serta memberikan gambaran yang lebih jelas dalam perancangan pembangunan mini perpustakaan yang selesa, teratur dan mesra pengguna.
Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat setempat serta menjadikan masjid sebagai pusat penyebaran ilmu yang lebih aktif dan berdaya manfaat.