ILMAM Negeri Terengganu

ILMAM Negeri Terengganu Fanpage Rasmi
Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir - ILMAM Cawangan Terengganu
~ Seliaan : Unit Perkaderan & Media Baru ~

ILMAM TERENGGANU BANTAH PENYAJIAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI KERAJAANPertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu ...
07/10/2025

ILMAM TERENGGANU BANTAH PENYAJIAN ARAK DALAM MAJLIS RASMI KERAJAAN

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu menzahirkan bantahan keras terhadap tindakan mana-mana pihak yang menyediakan atau menghidangkan arak dalam majlis rasmi kerajaan. Tindakan ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, di samping mencemarkan imej serta maruah pentadbiran yang seharusnya menjadi contoh kepada rakyat.

Sebagai sebuah kerajaan dalam negara majoriti umat Islam, sebarang majlis rasmi yang melibatkan penyajian arak adalah tidak wajar sama sekali. Ia menunjukkan kealpaan terhadap sensitiviti agama serta boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam menegakkan nilai Islam dan moral dalam pentadbiran.

Islam secara tegas mengharamkan arak kerana ia memudaratkan akal, jiwa dan masyarakat. Firman Allah SWT:

> “Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, berhala dan undi nasib itu adalah kekejian daripada perbuatan syaitan. Maka jauhilah ia agar kamu beroleh kejayaan.”
(Surah al-Mā’idah, ayat 90)

Larangan ini bukan hanya terhadap minuman itu sendiri, tetapi turut meliputi sebarang bentuk pengurusan, jual beli, hidangan atau majlis yang berkaitan dengannya. Oleh itu, penyajian arak dalam majlis rasmi kerajaan merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan syariat.

Majlis rasmi kerajaan sepatutnya mencerminkan identiti Islam yang menjadi asas kepada peradaban dan pemerintahan negara. Ia mesti menggambarkan adab, kesopanan dan nilai moral yang tinggi, bukan membuka ruang kepada perkara yang diharamkan agama. Menghormati umat Islam bukan sekadar tuntutan agama, tetapi juga kewajipan moral serta tanggungjawab perlembagaan bagi memastikan keharmonian antara agama terus terpelihara.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu menyeru agar kerajaan meneliti semula tatacara dan garis panduan majlis rasmi supaya penyajian arak tidak berlaku pada masa hadapan. ILMAM juga menasihati semua pihak agar lebih berhati-hati dalam penganjuran majlis supaya tidak mencetuskan keresahan masyarakat Islam dan tidak menjejaskan imej pentadbiran yang berteraskan nilai Islam.

ILMAM Terengganu berdiri teguh menegaskan bahawa kemuliaan Islam wajib dipertahankan dalam setiap urusan rasmi dan awam. Normalisasi arak dalam majlis kerajaan bukan sahaja bercanggah dengan hukum, malah boleh menggugat kehormatan agama dan bangsa.

Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Terengganu akan terus berperanan sebagai suara dakwah dan kebajikan dalam mempertahankan kesucian Islam serta membina masyarakat berakhlak, berilmu dan bermaruah.


حسبنا الله ونعم الوكيل, نعم المولى ونعم النصير Tiada ungkapan untuk dizahirkan. Setiap kali menyaksikan siaran langsung ...
02/10/2025

حسبنا الله ونعم الوكيل, نعم المولى ونعم النصير

Tiada ungkapan untuk dizahirkan. Setiap kali menyaksikan siaran langsung mereka, rasa bangga dengan kegigihan mereka semua berlayar di tengah lautan demi kemanusiaan dan akidah.

Doa selamat buat semua pejuang GSF. Mereka pejuang yang cekal hati dan berani demi misi kemanusiaan ummat Islam tertindas. Demi memastikan penduduk G4z4. menerima sesuap makanan buat mengalas perut.


KENYATAAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR TERENGGANU (ILMAM TERENGGANU)SOKONGAN PENUH TERHADAP USAHA MELARANG BUDAYA HOMO...
19/05/2025

KENYATAAN IKATAN LEPASAN MAHASISWA MESIR TERENGGANU (ILMAM TERENGGANU)

SOKONGAN PENUH TERHADAP USAHA MELARANG BUDAYA HOMOSEKSUAL DI NEGERI TERENGGANU

Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Terengganu (ILMAM Terengganu) ingin menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan tegas yang dikeluarkan oleh YB Exco Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, berkenaan usaha melarang dan menolak budaya homoseksual dalam masyarakat Negeri Terengganu.

Kami melihat langkah ini sebagai suatu tindakan yang sejajar dengan prinsip Maqasid Syariah, terutamanya dalam memelihara maruah dan akhlak masyarakat. Islam dengan jelas melarang hubungan sejenis sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran, dan larangan ini bukan sahaja bersifat agama, malah menjamin kesejahteraan sosial dan moral umat.

Sebagai sebuah pertubuhan yang terdiri daripada para ilmuwan dan lepasan pengajian Islam dari Mesir, kami menegaskan bahawa budaya homoseksual bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah merupakan ancaman terhadap struktur institusi kekeluargaan dan keseimbangan sosial negara.

Kami juga menyeru seluruh masyarakat agar tidak terpengaruh dengan agenda liberalisasi nilai yang cuba menormalisasikan perkara yang diharamkan Allah SWT. Dalam masa yang sama, pendekatan pencegahan, pendidikan, dan dakwah mesti terus diperkasa agar kesedaran masyarakat dapat ditingkatkan.

ILMAM Terengganu menyokong sebarang usaha yang dilakukan secara berhikmah, tegas dan berlandaskan syarak dalam menangani isu ini. Kami juga menyeru semua pihak; kerajaan negeri, NGO, institusi pendidikan, serta para asatizah untuk bersama dalam membendung gejala songsang ini demi memastikan negeri dan negara kita terus diberkati dan dirahmati Allah SWT.



Sekitar majlis berbuka puasa bersama alumni ilmam Negeri Terengganu.Terima kasih YB Ustaz Shafizi (Adun Batu Rakit) yang...
28/03/2025

Sekitar majlis berbuka puasa bersama alumni ilmam Negeri Terengganu.

Terima kasih YB Ustaz Shafizi (Adun Batu Rakit) yang sudi hadir menyempurnakan majlis kali ini. Ustaz Mohd Shafizi Ismail

Terima kasih kepada semua penyumbang majlis ini.Semoga ukhuwwah ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang daripada illahi.

Assalamualaikum...*Terbuka kepada semua /Lepasan Mahasiswa/wi Mesir*‼️🤩🤩*Iftar Mahabbah ILMAM Terengganu*🗓️ Tarikh: 28 M...
26/03/2025

Assalamualaikum...

*Terbuka kepada semua /Lepasan Mahasiswa/wi Mesir*‼️
🤩🤩

*Iftar Mahabbah ILMAM Terengganu*
🗓️ Tarikh: 28 Mac 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 6.15 petang
📍 Tempat: Taman Tamadun Islam. TTI

*SET TARIKH DALAM KALENDAR DEH*😍😍

sila isi google form kehadiran.

Tarikh tutup penyertaan:
*26 Mac 2025 | Rabu | 12 Tengah hari*

https://forms.gle/z8DuM2Q2PEQBmZkd6

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ILMAM Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share