Yayasan Kebajikan Mahfatim Terengganu

Yayasan Kebajikan Mahfatim Terengganu Bertempat di Wakaf Tapai, Terengganu.

الحمد لله رب العالمينSegala puji bagi Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya. Majlis Iftar Ramadhan bersama Dato’ Wira Dr. M...
07/03/2026

الحمد لله رب العالمين
Segala puji bagi Allah SWT atas limpahan rahmat-Nya. Majlis Iftar Ramadhan bersama Dato’ Wira Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali telah berlangsung dengan penuh kesyukuran, ukhuwah dan keberkatan.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil khatam al-Quran kepada para peserta, sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan mereka mendekatkan diri kepada Kalamullah.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini, khususnya YADIM Negeri Terengganu, Yayasan Kebajikan Mahtatim Terengganu, serta Madrasah Pondok Tahfiz Al-Huda Wakaf Tapai, Marang. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

✨ “Sesungguhnya al-Quran itu adalah petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah An-Naml: 77) ✨

Gambar-gambar sekitar majlis dikongsikan untuk momen kenangan. Jazakallahukhaira..

📖 Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian SijilTarikh: 13 Disember 2025 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1447HTempat: Madrasah Po...
14/12/2025

📖 Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sijil

Tarikh: 13 Disember 2025 bersamaan 22 Jamadil Akhir 1447H

Tempat: Madrasah Pondok Al-Huda, Wakaf Tapai.

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran serta Penyampaian Sijil kepada Warga Emas dan para pelajar tahfiz Madrasah Pondok Al-Huda.

Majlis ini telah diserikan dengan:

• Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para pelajar tahfiz 🎶
• Penyampaian sijil kepada warga emas dan pelajar tahfiz 🎓
• Gotong-royong membersihkan kawasan dan surau 🕌
• Aktiviti memasak serta jamuan makanan dan kuih-muih 🍲🍰

Program ini bukan sahaja memberi penghargaan kepada para pelajar dan tenaga pengajar, tetapi turut mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim sesama warga Madrasah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah SWT mengurniakan pahala atas segala usaha, mempermudahkan urusan kita serta mengurniakan kesihatan yang baik.

🎉 Tahniah kepada semua warga emas dan pelajar tahfiz!

Address

Lorong Beringin, Jalan Panji Alam
Kuala
21100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Kebajikan Mahfatim Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share