Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu

Directions

Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu, Youth Organization, Tingkat 6, Wisma Seri Amar, Kuala.

SELESAI BERLANGSUNG | 3 OGOS 2026Alhamdulillah, Saringan Awal Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI 2026 bagi Kat...
03/08/2026

SELESAI BERLANGSUNG | 3 OGOS 2026

Alhamdulillah, Saringan Awal Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi MADANI 2026 bagi Kategori Sekolah Menengah telah berjaya dilaksanakan pada 3 Ogos 2026 dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, guru pengiring, pihak sekolah, urus setia serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga pertandingan ini menjadi medan terbaik dalam melahirkan generasi muda yang berani berucap, berfikiran kritis, berkeyakinan tinggi dan menghayati aspirasi Malaysia MADANI.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang cemerlang sepanjang pertandingan berlangsung.




TERIMA KASIH SEMUA YANG MENJAYAKAN✊daripada Gerakan Belia 4B Negeri TerengganuSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ter...
02/08/2026

TERIMA KASIH SEMUA YANG MENJAYAKAN✊
daripada Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program Sukarelawan Muda Terengganu & Karnival Sukan Rakyat Gerakan Belia 4B Terengganu 2026.

Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan khususnya kepada Sekolah Kebangsaan Undang SK Undang ,pihak komuniti setempat, pelajar-pelajar Pra Universiti, serta seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus-lumus menyumbang tenaga, masa dan komitmen sepanjang program berlangsung.

Terima kasih juga kepada semua peserta, sukarelawan, agensi, rakan strategik dan individu yang turut sama memberikan sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga semangat kesukarelawanan, perpaduan dan kerjasama yang dipupuk melalui program ini terus mekar demi melahirkan masyarakat dan belia yang aktif, prihatin serta berbakti kepada komuniti.

Terima kasih. Jumpa lagi di program akan datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dengan sukacitanya dijemput seluruh warga komuniti untuk hadir ke Karnival Sukan Rak...
31/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan sukacitanya dijemput seluruh warga komuniti untuk hadir ke Karnival Sukan Rakyat & Program Sukarelawan Muda Terengganu 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“ Tempat: SK Undang
πŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)

Program ini dianjurkan oleh Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu dengan kerjasama SK Undang dan PIBG SK Undang.

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai bagi memeriahkan program ini serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Sekian, terima kasih.

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 πƒπšπ­πšπ§π  𝐑𝐗𝐙 πŒπžπ¦π›πžπ« πŸ–.𝟎! 🏍️Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu mengalu-alukan kehadiran seluruh warga RXZ Membe...
29/07/2026

π’πžπ₯𝐚𝐦𝐚𝐭 πƒπšπ­πšπ§π  𝐑𝐗𝐙 πŒπžπ¦π›πžπ« πŸ–.𝟎! 🏍️

Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu mengalu-alukan kehadiran seluruh warga RXZ Member 8.0 ke Negeri Terengganu Darul Iman.

Semoga program ini menjadi platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah, menyatukan komuniti pencinta Yamaha RXZ dari seluruh negara serta memupuk semangat persaudaraan dan budaya menunggang secara berhemah.

Selamat datang dan selamat menikmati keindahan bumi Terengganu. Semoga perjalanan anda sentiasa dipermudahkan dan pulang dengan membawa kenangan yang indah.

β€œYang Santai Pasti Sampai.” ❀️🏍️

Ikhlas daripada:
Muhammad Shohaimil Haffiz bin Salleh
Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu

πŸ“Œ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π & ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“ π†π„π‘π€πŠπ€π ππ„π‹πˆπ€ πŸ’π (𝐌) 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”Alhamdulillah malam ini, ...
28/07/2026

πŸ“Œ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ ππ„ππ˜π„π‹π€π‘π€π’π€π & ππ„π‘π’πˆπ€ππ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“ π†π„π‘π€πŠπ€π ππ„π‹πˆπ€ πŸ’π (𝐌) 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”

Alhamdulillah malam ini, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan dan Persiapan bersama Guru Besar SK Undang, barisan Pengurusan Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu serta wakil komuniti setempat bagi memastikan segala persiapan untuk Karnival Sukan Rakyat Gerakan Belia 4B (M) Terengganu 2026 berjalan dengan lancar.

Pelbagai perkara penting telah dibincangkan, termasuk penyelarasan perjalanan program, pembahagian tugasan, aspek keselamatan, logistik serta penglibatan komuniti bagi memastikan karnival ini dapat dilaksanakan dengan tersusun dan memberi pengalaman terbaik kepada semua pengunjung serta peserta.

Karnival ini bukan sekadar medan pertandingan, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, menyemai semangat kesukarelawanan, menggalakkan gaya hidup sihat dan menghimpunkan masyarakat dalam suasana yang penuh kemeriahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar SK Undang, seluruh warga sekolah, barisan kepimpinan Gerakan Belia 4B (M) Negeri Terengganu, serta semua wakil komuniti yang sentiasa memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan penganjuran program ini.

✨ Jangan lupa hadir dan meriahkan Karnival Sukan Rakyat Gerakan Belia 4B (M) Terengganu 2026! Pelbagai aktiviti menarik, pertandingan dan pengisian untuk seisi keluarga menanti anda. Ayuh kita bersama-sama memeriahkan program ini dan mengukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

πŸ“… 1 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Padang Sekolah Kebangsaan Undang
⏰ Bermula jam 8 pagi!

Jumpa anda di sana! πŸ’š

π‰πŽπŒ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“ π†π„π‘π€πŠπ€π ππ„π‹πˆπ€ πŸ’π (𝐌) ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”! πŸ†πŸƒβ€β™€οΈAyuh seluruh masyarakat hadir meme...
25/07/2026

π‰πŽπŒ πŒπ„π‘πˆπ€π‡πŠπ€π πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π’π”πŠπ€π π‘π€πŠπ˜π€π“ π†π„π‘π€πŠπ€π ππ„π‹πˆπ€ πŸ’π (𝐌) ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ”! πŸ†πŸƒβ€β™€οΈ

Ayuh seluruh masyarakat hadir memeriahkan Karnival Sukan Rakyat π†π„π‘π€πŠπ€π ππ„π‹πˆπ€ πŸ’π (𝐌) ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 2026 yang bakal berlangsung dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat.

πŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 6.00 petang
πŸ“ Tempat: Sekolah Kebangsaan Undang

Pelbagai acara menarik menanti anda, antaranya:
🎨 Pertandingan Mewarna
πŸƒ Acara Sukan Rakyat
πŸŽͺ Gerai Jualan & Pameran
🎁 Cabutan Bertuah dan pelbagai lagi aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga.

Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran Tuan Kamsah @ Kamal bin Mohamed, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat perpaduan, gaya hidup sihat dan penglibatan belia dalam komuniti melalui program yang penuh manfaat ini.

Jumpa anda di SK Undang pada 1 Ogos 2026!

Address

Tingkat 6, Wisma Seri Amar
Kuala
20000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Belia 4B Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share