05/11/2024
Jom Masuk MTT? Kenapa masuk MTT?
Institusi pendidikan ini telah lama bertapak di bumi Terengganu sejak tahun 1977 dengan nama Institut Berakan (IB). Dari situ, IB terus mengalami naik turun dengan pelbagai cabaran dalam usaha melahirkan generasi para ulama' dan pemimpin pada hari ini.
Memasuki tahun 1997, nama Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) mula digunakan. Masa silih berganti, MTT yang mengunapakai aliran Tahfiz dan Akademik terus berkembang. Penawaran pengajian bermula usia 12 tahun (Tahfiz Sepenuh Masa) sehingga peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Pada tahun 2012, aliran Tahfiz Sains Tulen p**a diperkenalkan sebagai usaha menambahbaik graduan yang dilahirkan. Dua tahun kemudian, aliran Tahfiz Perakaunan juga turut dimasukkan kedalam silibus pembelajaran pelajar yang menjurus kepada aliran tersebut.
Bermula 2021, MTT telah berdaftar sebagai sebuah Pusat Peperiksaan SPM dan STAM.
Usaha melahirkan Huffaz Profesional dalam kerjaya terus dikembangkan dengan jalinan kerjasama dengan Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan pengenalan kursus Elektrik & Elektronik dan Kursus Fesyen dan Jahitan selama 13 minggu bagi pelajar Tingkatan 4. IPada Tahun Tersebut)
Selaras dengan garapan visi MTT untuk menjadi Pusat Pengajian Menengah Bersepadu Pilihan Asia Menjelang Tahun 2029, ribuan pelajar MTT telah berjaya melanjutkan pengajian ke dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Mesir, Jordan, Maghribi dan Mauritius. Ada kalangan mereka juga telah kembali ke tanah air dan berkhidmat dalam pelbagai sektor pekerjaan yang ditawarkan.
Disamping itu, MTT juga pernah menarik minat pelajar dari luar negara untuk menuntut ilmu di sini antaranya Palestin, Pakistan, Australia, Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Qatar dan beberapa lagi. Walaupun jumlahnya sedikit, namun ia merupakan suatu impak positif dalam memperkenalkan MTT di luar negara.
InsyaAllah, 1 Keluarga 1 Hafiz mampu dilahirkan.
.