Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu

Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ο·Ί dan berterusan secara ...
06/03/2026

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ο·Ί dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Oleh itu, marilah kita jadikan Nuzul Al-Quran sebagai inspirasi untuk kita bersatu hati serta bertoleransi antara satu sama lain dan sentiasa membasahkan lidah dengan bacaan Al-Quran agar kita semua mencapai redha Ilahi.

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ikhlas daripada
Pengerusi dan Jawatankuasa Serta Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Pemukiman Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu (MBDKT) &...
06/03/2026

Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Pemukiman Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu (MBDKT) & Majlis Berbuka Puasa Tahun 1447H / 2026M dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Puan Afifa Sofina, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Mukri Mukhri Mamat , Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu serta para mantan Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu.

Program ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama, merapatkan silaturrahim serta membincangkan hala tuju pembangunan belia khususnya di daerah Kuala Terengganu.

Semoga segala usaha dan perancangan yang dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada pembangunan belia dan masyarakat.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.




Khamis, 5 Mac 2026Pemukiman & Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu Bil.4 Sesi 2025-2027
05/03/2026

Khamis, 5 Mac 2026

Pemukiman & Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu Bil.4 Sesi 2025-2027

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganuπ—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π— π—œπ—­π—”π—‘ π—­π—”π—œπ—‘π—”π—Ÿ π—”π—•π—œπ——π—œπ—‘ π—œπ—•π—‘π—œ π—”π—Ÿπ— π—”π—₯𝗛𝗨𝗠 π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ 𝗠𝗔𝗛𝗠𝗨𝗗 π—”π—Ÿ-π— π—¨π—ž...
03/03/2026

π——π—”π—¨π—Ÿπ—”π—§ π—§π—¨π—”π—‘π—žπ—¨

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ π— π—œπ—­π—”π—‘ π—­π—”π—œπ—‘π—”π—Ÿ π—”π—•π—œπ——π—œπ—‘ π—œπ—•π—‘π—œ π—”π—Ÿπ— π—”π—₯𝗛𝗨𝗠 π—¦π—¨π—Ÿπ—§π—”π—‘ 𝗠𝗔𝗛𝗠𝗨𝗗 π—”π—Ÿ-π— π—¨π—žπ—§π—”π—™π—œ π—•π—œπ—Ÿπ—Ÿπ—”π—› 𝗦𝗛𝗔𝗛
Sempena Ulang Tahun Hari Pertabalan Sultan Terengganu pada 4 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447 H
Ya Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lanjutkanlah usia, limpahkanlah berkat rahmat serta kemakmuran ke atas pemerintahan Tuanku Sultan Terengganu serta seluruh jajahan takluknya.
Aamiin Ya Rabbal Alamin

Sembah takzim daripada:

Pengerusi dan Jawatankuasa Serta Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak1447H/2026MπŸŒ™Semoga Ramadan kali ini membawa dan mengukuhkan lagi keimanan, perpaduan...
18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
1447H/2026MπŸŒ™

Semoga Ramadan kali ini membawa dan mengukuhkan lagi keimanan, perpaduan dan semangat kebersamaan buat seluruh masyarakat terutamanya belia dalam Daerah Kuala Terengganu.

Selamat berpuasa

Ikhlas daripada
Pengerusi & Ahli Jawatankuasa
Serta Badan Gabungan
MAJLIS BELIA DAERAH KUALA TERENGGANU

Salam Nisfu Syaaban 1447H/2026M✨Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa dan amal soleh pada malam yang penuh keberkat...
02/02/2026

Salam Nisfu Syaaban 1447H/2026M✨

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa dan amal soleh pada malam yang penuh keberkatan ini. Semoga Allah SWT menerima segala ibadah, mengampuni dosa-dosa, serta mengurniakan rahmat dan keberkatan dalam kehidupan.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang
sentiasa memperbaiki diri.

Khamis | 29 Januari 2026Dataran Shahbandar, Kuala TerengganuSantai-santai malam minggu sambil menikmati jamuan durian se...
30/01/2026

Khamis | 29 Januari 2026
Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu

Santai-santai malam minggu sambil menikmati jamuan durian serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu menganjurkan Program tersebut bagi mengisi masa lapang malam minggu sambil bincang apa yang patut untuk belia2 Kuala Terengganu.

Terima kasih Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu atas kesudian meluangkan masa hadir meraikan program tersebut.

Hadir sama Puan Afifa Sofina, Timbalan Pengarah(Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu; Encik Qayyum Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu bersama pegawai2 Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu; Encik Jamaluddin Abdullah; Penolong Pegawai ROY Zon Timur; Encik Mukhri Mamat, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu & Encik Azwan Nazzul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu.

Pengerusi dan Jawatankuasa serta Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu mengucapkan Salam Israk & Mikraj 20...
16/01/2026

Pengerusi dan Jawatankuasa serta Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu mengucapkan Salam Israk & Mikraj 2026 kepada seluruh umat islam di negara ini.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat Islam semesta alam.

UCAPAN SEMPENA HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2026Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Majlis ...
11/01/2026

UCAPAN SEMPENA HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu, ingin merakamkan ucapan selamat kembali ke sekolah kepada pelajar-pelajar di daerah Kuala Terengganu khususnya sempena pembukaan sesi persekolahan 2026.

Hari pertama persekolahan bukan sekadar permulaan tahun baharu, malah menjadi titik tolak kepada pembentukan azam, disiplin dan semangat untuk terus menimba ilmu. Semoga suasana ceria dan penuh harapan pada hari ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar serta komitmen berterusan warga pendidik dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu sentiasa menyokong usaha pihak sekolah dan institusi pendidikan dalam membentuk jati diri serta kepimpinan generasi muda. Semoga sesi persekolahan 2026 ini dipermudahkan segala urusan, diberkati setiap langkah dan membawa kejayaan yang berpanjangan.

Akhir kata, semoga para pelajar terus bersemangat, berdisiplin dan berjaya dalam pelajaran.

Sekian, terima kasih.

Azwan Nazzul Bin Mohamad
Pengerusi
Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu

Selamat Tahun Baru 2026Sempena tirai tahun 2026 dibuka, marilah kita melangkah dengan semangat baharu dan tekad yang jit...
31/12/2025

Selamat Tahun Baru 2026

Sempena tirai tahun 2026 dibuka, marilah kita melangkah dengan semangat baharu dan tekad yang jitu untuk terus memperbaiki diri serta membina masa depan yang lebih sejahtera.

Tahun baharu ini bukan sekadar perubahan angka, tetapi ruang untuk kita membudayakan nilai MADANI β€” memperkukuh akhlak, memelihara perpaduan, menyemai ihsan, serta memacu kemajuan secara lestari demi kesejahteraan bersama.

Semoga setiap langkah kita lebih dekat kepada-Nya, dan setiap usaha memberi makna kepada agama, bangsa dan negara.

Ayuh, kita jadikan 2026 sebagai titik mula kebangkitan yang berteraskan nilai, kemanusiaan dan kemajuan.

Salam Tahun Baru 2026

Ikhlas daripada Pengerusi dan Jawatankuasa serta Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu

Tahniah dan ucapan setinggi-tinggi syabas diucapkan kepada YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari atas pelantikan sebagai Men...
16/12/2025

Tahniah dan ucapan setinggi-tinggi syabas diucapkan kepada YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan, serta YB Tuan Mordi Bimol atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Semoga amanah dan kepercayaan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya, disertai keikhlasan, kebijaksanaan dan komitmen berterusan dalam usaha memperkukuh pembangunan belia dan sukan negara, demi melahirkan generasi belia yang progresif, berdaya saing serta berakhlak mulia.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah.



Sabtu | 6 Disember 2025Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 bertempat di ...
06/12/2025

Sabtu | 6 Disember 2025

Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Program tersebut anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama MAYC Kawasan Kuala Terengganu dan berjaya menghimpunkan 120 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia seluruh Negeri Terengganu. Penganjuran ini bertujuan meningkatkan semangat sukarelawan dalam kalangan belia, serta memberikan pendedahan berkaitan peranan belia sebagai agen perubahan masyarakat.

Majlis dimulakan dengan Sesi Forum β€œKecil Tangan, Besar Jasanya: Kuasa Sukarelawan” yang menampilkan dua panel iaitu Dr. Normah Awang Noh, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan & Encik Ahmad Kamarulisham Md Kassim, Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Satria Malaysia.

Forum tersebut telah dikendalikan oleh Puan Atie Alwi , Naib Pengerusi II Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu yang berjaya mengupas topik secara menarik dan memberi motivasi kepada para peserta tentang kepentingan budaya kesukarelawanan. Selain itu pengacara majlis sepanjang program terutamanya majlis perasmian dikendalikan sdra Nik Muzaffar , AJK Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program iniβ€”panel jemputan, moderator, urus setia, serta para peserta yang hadir. Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kesukarelawanan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.


Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu:

Share