01/05/2026
Pertemuan strategik secara santai antara DPPMT dan Bank Simpanan Nasional (BSN) Terengganu telah berlangsung pada 30 April 2026.
DPPMT diwakili oleh Yang Dipertua Encik Ahmad Izani, Ab Ghani, Setiausaha Kehormat, Hji Ahmad Azman Mohd Tajuddin serta Ahli Jawatankuasa En Mohd Amran Rabu.
Manakala pihak BSN diwakili oleh Pengarah Negeri, Encik Mohamad Kabir Ali, Ketua Pengurusan Deposit Negeri, Enxik Wan Mohd Fazamy bersama pegawainya.
Sesi perbincangan memberi tumpuan kepada isu-isu semasa yang dihadapi oleh peniaga kecil dan sederhana, di samping meneroka peluang serta kemudahan pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN.
Turut dibincangkan adalah hala tuju dan potensi perkembangan perniagaan di Terengganu.
Diharapkan pertemuan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih kukuh serta memberi impak positif kepada pembangunan komuniti usahawan tempatan.