Persatuan Kebajikan Staf Akademik UMT- PASAK

Persatuan Kebajikan Staf Akademik UMT- PASAK PERSATUAN KEBAJIKAN STAF AKADEMIK UMT (PASAK-UMT)
(2242-09-TRG)

10/03/2026

🔬 NAMA SAINTIS UMT DIABADIKAN PADA SPESIES BAHARU PARASIT IKAN 🐟

Nama saintis UMT, Profesor Madya Dr. Hafiz Borkhanuddin diabadikan sebagai nama spesies baharu parasit ikan, Thelohanellus Borkhanuddini, bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang parasitologi ikan dan ekologi invertebrata.

Spesies dalam genus Thelohanellus itu ditemui oleh penyelidik Hungary dan diterbitkan dalam jurnal Aquaculture Reports, malah turut mendapat liputan media sains antarabangsa seperti National Geographic. 🌍📚

Penemuan ini memberi kepentingan kepada kesihatan ikan ternakan, produktiviti industri akuakultur serta kelestarian sumber protein akuatik global. 🌊🐠

Penamaan spesies baharu ini juga merupakan penghormatan akademik yang tinggi dan kekal dalam literatur saintifik dunia, sekali gus membanggakan seluruh warga UMT. 🎓✨

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
UMT - Universiti Malaysia Terengganu



Kunjungan hormat Jawatankuasa Tertinggi dan ahli PASAK UMT kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pr...
06/10/2025

Kunjungan hormat Jawatankuasa Tertinggi dan ahli PASAK UMT kepada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad bagi memperkukuh jalinan kerjasama demi kebajikan ahli akademik UMT.

Sambutan Hari Akademia 2025 peringkat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dianjurkan oleh PASAK telah berlangsung ...
05/10/2025

Sambutan Hari Akademia 2025 peringkat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dianjurkan oleh PASAK telah berlangsung di Farley, berhadapan Pantai UMT. Majlis ini membawa mesej istimewa iaitu , simbolik kepada penghargaan dan keseimbangan antara kerja serta rehat bagi warga akademia.

5 Oktober 2025 Selamat Menyambut Hari Akademia 2025! Tema Hari Akademia pada tahun ini ialah Integrasi Kecerdasan Buatan...
05/10/2025

5 Oktober 2025

Selamat Menyambut Hari Akademia 2025!

Tema Hari Akademia pada tahun ini ialah Integrasi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pendidikan Tinggi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera Dengan penuh rasa hormat, bagi pihak ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Staf Akad...
23/02/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dengan penuh rasa hormat, bagi pihak ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Staf Akademik UMT (PASAK-UMT) ingin menjemput semua ahli PASAK ke Program Jaringan ahli PASAK, satu program istimewa untuk mengeratkan silaturahim sambil berkongsi ilmu dan pengalaman mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh: 24 Februari 2025 (Isnin)
Masa: 2-4 petang

Kepada yang belum mendaftar ahli PASAK-UMT, jangan segan-segan turun sekali 😉

Persatuan Kebajikan Staf Akademik (PASAK) UMT ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBrs. Prof. Ts. ...
26/07/2024

Persatuan Kebajikan Staf Akademik (PASAK) UMT ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim sebagai Naib Canselor ke-6 Universiti Malaysia Terengganu.

Selamat menjalankan tugas dan semoga UMT terus cemerlang di bawah kepimpinan YBrs. Prof.

Setinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rusli atas pelantikan sebagai Presiden Persatuan Kebajikan ...
03/07/2024

Setinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Uzair Rusli atas pelantikan sebagai Presiden Persatuan Kebajikan Staf Akademik UMT (PASAK) dan Prof. Dr. Wan Iryani Wan Ismail atas pelantikan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Staf Akademik UMT (PASAK).

Address

Universiti Malaysia
Kuala
21030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Staf Akademik UMT- PASAK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Staf Akademik UMT- PASAK:

Share