Pertubuhan Angkatan Rakan Dakwah Insaniah Terengganu - ARDI

Call Directions

Pertubuhan Angkatan Rakan Dakwah Insaniah Terengganu - ARDI Menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan, agama dan s**an dikalangan ahli-ahli dan masyarakat sekitar.

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kasih sayang terus menyatukan kita sebagai ra...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kasih sayang terus menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan.

Bersama kita membina negara dengan nilai persaudaraan, saling menghormati dan semangat kebersamaan.

Selamat Hari Malaysia
Ikhlas daripada,
Angkatan Rakan Dakwah Insaniah Terengganu (ARDI)





🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026 🇲🇾Semoga Malaysia terus aman, bersatu dan diberkati.Marilah kita meng...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2026 🇲🇾

Semoga Malaysia terus aman, bersatu dan diberkati.
Marilah kita menghargai nikmat kemerdekaan dengan menjaga perpaduan, keharmonian dan kasih sayang sesama kita.

1 Malaysia, Jiwa Merdeka! ❤️🇲🇾

Ikhlas daripada
Rakan Dakwah

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448H / 2026Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan mulia pembawa rahmat ke...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ 1448H / 2026

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan mulia pembawa rahmat kepada seluruh alam.

Semoga dengan menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah ﷺ, kita terus istiqamah memperbaiki diri, memperbanyakkan selawat dan menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

Semoga kita semua dikurniakan cinta kepada Rasulullah ﷺ, mendapat syafaat Baginda dan dihimpunkan bersama Baginda di syurga Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026
Ikhlas daripada Rakan Dakwah
“Berselawat, Menghayati Sunnah, Menyuburkan Ukhuwah.”

SALAM MAAL HIJRAH 1448H Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi menyambut tahun baharu Hijrah 1448H.Semoga ked...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan sekali lagi menyambut tahun baharu Hijrah 1448H.

Semoga kedatangan tahun baharu ini menjadi titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperbaiki diri, memperkukuhkan iman serta meningkatkan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan hati, pemikiran dan amalan ke arah yang lebih baik demi meraih keredaan Allah SWT.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada kita semua serta menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

“Hijrah Direnung, Iman Diteguhkan, Ummah Ditegakkan.”

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H

Ikhlas daripada seluruh warga Rakan Dakwah

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨🌙Dalam erti pengorbanan, terselit nilai keikhlasan.Dalam setiap ujian, ada kekuatan ya...
26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha 1447H / 2026M ✨🌙

Dalam erti pengorbanan, terselit nilai keikhlasan.
Dalam setiap ujian, ada kekuatan yang Allah titipkan.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.
Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran, kasih sayang dan semangat berkorban demi reda-Nya.

Taqabbalallahu minna wa minkum
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha
Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Guru 2026 16 Mei 2026“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk akhlak, menyemai ilmu dan mencorakkan m...
16/05/2026

Selamat Hari Guru 2026
16 Mei 2026

“Guru bukan sekadar mengajar, tetapi membentuk akhlak, menyemai ilmu dan mencorakkan masa depan bangsa.”

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang yang dicurahkan demi anak bangsa.
Jasa cikgu akan sentiasa dikenang dan dihargai sampai bila-bila.

Guru Hebat, Malaysia Kuat




Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Hari Raya Rakan Dakwah dengan penuh keberkatan dan kemeriahan.Setinggi-tinggi pengha...
24/04/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Hari Raya Rakan Dakwah dengan penuh keberkatan dan kemeriahan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang tenaga, masa, idea dan rezeki bagi menjayakan majlis ini. Semoga setiap kebaikan dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda.

Terima kasih juga kepada semua yang hadir memeriahkan suasana. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kukuh dan diberkati.

Jumpa lagi di program akan datang, insyaAllah 🤝🌙

Salam Aidilfitri 1447H Maaf Zahir & Batin daripada kamiAngkatan Rakan Dakwah Insaniah (ARDI) TerengganuSemoga Syawal ini...
20/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H

Maaf Zahir & Batin daripada kami
Angkatan Rakan Dakwah Insaniah (ARDI) Terengganu

Semoga Syawal ini membawa keberkatan,
menguatkan ukhuwah, dan terus istiqamah dalam jalan dakwah.

🤍 Taqabbalallahu minna wa minkum 🤍

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISUcapan Apabila Bertemu Di Hari Raya  فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُول...
20/03/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ucapan Apabila Bertemu Di Hari Raya

فعن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قال الحافظ : إسناده حسن .

Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa apabila para sahabat Rasulullah SAW bertemu pada hari raya (Edul Fitri atau Edul Adha), sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain: “Taqobbalallahu minna wa minka (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).” Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.

قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka" (Semoga Allah menerima segala amalan daripada kami dan daripada kamu), baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" (HR Tobrani No: 17589)

Pengajaran:

1. Antara amalan yang dituntut pada hari raya ialah saling doa mendoakan apabila bertemu agar Allah menerima segala ibadah yang dilakukan dengan keikhlasan dan kesungguhan.

2. Ucapan yang disunatkan ketika bertemu sesama muslim pada hari raya agar segala amal diterima Allah ialah

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
(Semoga Allah menerima [amal ibadat di Ramadhan] dari kami dan kamu)

Semoga ucapan ini akan mengeratkan hubungan sesama Muslim dan memberi semangat kepada kita.

3. Hari raya bukan sekadar hari kegembiraan, tetapi hari mengharapkan penerimaan amal oleh Allah setelah beribadah sepanjang Ramadan. Islam menggalakkan saling mendoakan dan mengeratkan ukhuwah dalam masyarakat.

4. Ucapan hari raya seharusnya mengandungi doa dan makna yang baik, bukan sekadar ucapan kosong.

5. Selain daripada itu kita juga digalakkan saling ziarah menziarahi agar dapat merapatkan ukhuwwah. Nabi SAW pernah bersabda :

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Barang siapa yang s**a untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya. (Sahih Bukhari No: 1961) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Moga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadan dan meredai kita sepanjang masa. Moga dipertemukan pada ramadan tahun akan datang.

Rebut Pahala Bersihkan Jiwa






30hb Ramadan 1447H
20hb Mac 2026

Kredit : Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor

Address

Lorong Surau Baru Pasir Panjang
Kuala
21100

Telephone

0136654515

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Angkatan Rakan Dakwah Insaniah Terengganu - ARDI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share