KRT Kg Losong Atap Zink

KRT Kg Losong Atap Zink Page rasmi KRT Kg Losong Atap Zin οΏ½

🎣 PROGRAM MEMANCING TASIK KENYIR 202513–15 November 2025 Alhamdulillah, Program Memancing Tasik Kenyir oleh Belia KRT Lo...
18/11/2025

🎣 PROGRAM MEMANCING TASIK KENYIR 2025
13–15 November 2025

Alhamdulillah, Program Memancing Tasik Kenyir oleh Belia KRT Losong Atap Zink telah selesai dengan jayanya! Tiga hari yang penuh gelak tawa, pengalaman baru dan moment indah bersama komuniti belia kita.

Terima kasih banyak-banyak kepada Pengerusi KRT Losong Atap Zink, Encik Awang bin Ludin, atas sokongan dan keprihatinan beliau sampai program ni dapat berjalan dengan lancar πŸ’ͺ tidak lupa juga kepada Setiausaha KRT kita, Encik Nazri yang selalu support program untuk orang muda kampung kita πŸ”₯

Moga lepas ni lebih banyak aktiviti yang boleh kita jalankan untuk rapatkan lagi hubungan kita semua. 🀝✨




🌺 Rombongan Perpaduan KRT Losong Atap Zink ke Johor & Melaka 🌺Alhamdulillah, program Rombongan Perpaduan KRT Losong Atap...
12/10/2025

🌺 Rombongan Perpaduan KRT Losong Atap Zink ke Johor & Melaka 🌺

Alhamdulillah, program Rombongan Perpaduan KRT Losong Atap Zink ke Johor dan Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Oktober hingga 11 Oktober 2025 ⭐

Terima kasih yang tidak terhingga kepada KRT Yong Peng, Johor atas sambutan yang amat mesra, meriah dan penuh ukhwah. Layanan serta keprihatinan anda amat kami hargai πŸ€πŸ’

Ucapan penghargaan juga buat Pengerusi KRT Losong Atap Zink, Encik Awang Ludin dan Setiausaha, Encik Nazri, atas usaha, komitmen dan kepimpinan cemerlang dalam menjayakan program ini πŸ‘

Tidak lupa juga kepada semua peserta rombongan yang turut serta menjayakan aktiviti ini dengan penuh semangat perpaduan dan kerjasama ❀️

Semoga jalinan mesra antara komuniti KRT ini terus kukuh, dan menjadi inspirasi untuk mempererat hubungan silaturrahim di seluruh negara πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk, pihak SRS KRT Losong Atap Zink telah mengadakan rondaan malam di...
28/09/2025

Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk, pihak SRS KRT Losong Atap Zink telah mengadakan rondaan malam di sekitar kampung. Program rondaan ini turut dijalankan serentak baru-baru ini di seluruh daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sebagai usaha bersama memperkukuh kawalan keselamatan komuniti πŸ’ͺ

Turut sama turun padang ialah ahli-ahli KRT lelaki yang berganding bahu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. Semoga usaha ini dapat memberi rasa aman kepada penduduk kampung serta menjadi contoh kepada generasi muda tentang pentingnya menjaga keamanan bersama. 🀝

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan rondaan ini. Semoga usaha murni ini terus mendapat keberkatan dan dipermudahkan urusan pada masa akan datang. πŸŒ™βœ¨

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak KRT Losong Atap Zink berkesempatan menziarahi beberapa orang penduduk kampung yang se...
28/09/2025

Alhamdulillah, baru-baru ini pihak KRT Losong Atap Zink berkesempatan menziarahi beberapa orang penduduk kampung yang sedang diuji dengan pelbagai jenis penyakit.

Ziarah ini diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral daripada komuniti kampung, selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.🀲

Semoga semua yang diziarahi diberikan kekuatan, kesembuhan dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Sama-sama kita doakan agar mereka kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah. 🌸🀲🏼

πŸŒ™ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KG LOSONG ATAP ZINK 2025 πŸŒ™Alhamdulillah, pada 22 September 2025 (Isnin) telah berlangsung Prog...
28/09/2025

πŸŒ™ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KG LOSONG ATAP ZINK 2025 πŸŒ™

Alhamdulillah, pada 22 September 2025 (Isnin) telah berlangsung Program Sambutan Maulidur Rasul KRT Losong Atap Zink dengan kerjasama SK Bukit Losong yang bertempat di Masjid Makmur.

Program ini mendapat penglibatan yang sangat baik daripada para penduduk kampung, murid-murid serta guru-guru SK Bukit Losong. Semoga sambutan ini dapat menyemarakkan lagi kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, serta mengeratkan lagi silaturrahim antara komuniti kampung dengan warga sekolah. πŸ’ͺ

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan hadir memeriahkan majlis ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. 🌸✨

πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ Karnival Ambang Merdeka Komuniti Losong Atap Zink 2025 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰Alhamdulillah, pada 30 Ogos 2025 telah berlangsung aktivit...
31/08/2025

πŸŽ‰πŸ‡²πŸ‡Ύ Karnival Ambang Merdeka Komuniti Losong Atap Zink 2025 πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

Alhamdulillah, pada 30 Ogos 2025 telah berlangsung aktiviti komuniti sempena sambutan kemerdekaan 2025 yang telah dianjurkan oleh KRT Kampung Losong Atap Zink yang bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Losong Atap Zink πŸ’ͺ

Dari Funwalk, Sukaneka, Pakaian Beragam, sampai la ke Cabutan Bertuah dan PotLuck Komuniti, semua aktiviti berlangsung dengan jayanya dengan penuh gelak ketawa dan semangat! πŸ”₯

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak, terutamanya penganjur, ahli jawatankuasa yang terlibat, dan semestinya, penduduk kampung kita yang sporting habis! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€²

Insha Allah, kita jumpa lagi dalam program-program yang akan datang! Salam Kemerdekaan! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka bukan sekadar laungan, tapi amanah untuk kita semua menjaga keamanan, keharmonian, dan perpaduan. Selamat menyam...
31/08/2025

Merdeka bukan sekadar laungan, tapi amanah untuk kita semua menjaga keamanan, keharmonian, dan perpaduan. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke 68 dari KRT Kampung Losong Atap Zink! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Address

Kg Losong Atap Zink
Kuala Terengganu
21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Kg Losong Atap Zink posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share