Masjid Kampung Tanjung Bunut - MKTB

Call Directions Contact the organization

Masjid Kampung Tanjung Bunut - MKTB Masjid Kampung Tanjung Bunut, Jalan Teluk Pasu, Kuala Terengganu, Terengganu.

Alhamdulillah, Masjid Kampung Tanjung Bunut (MKTB) turut mengambil bahagian dalam Kursus Taklimat Penubuhan Koperasi Kar...
01/10/2026

Alhamdulillah, Masjid Kampung Tanjung Bunut (MKTB) turut mengambil bahagian dalam Kursus Taklimat Penubuhan Koperasi Kariah Masjid Daerah Kuala Terengganu Tahun 2026.

MKTB diwakili oleh Tuan Pengerusi dan Bendahari bagi mendapatkan penerangan serta memahami hala tuju penubuhan koperasi kariah masjid.

Semoga usaha ini menjadi satu langkah yang baik dalam memperkukuh ekonomi, kebajikan dan kemakmuran kariah, seterusnya memberi manfaat kepada masjid dan seluruh ahli kariah. ๐Ÿคฒ๐Ÿป
Insya-Allah, daripada masjid untuk manfaat ummah.

Jemput seluruh ahli qaryah bersamaยฒ hadir ke Kuliah Dhuha berkitab bersama Ustaz Yusof Belara UYB .๐Ÿ—“๏ธ Setiap Hari Khamis...
01/10/2026

Jemput seluruh ahli qaryah bersamaยฒ hadir ke Kuliah Dhuha berkitab bersama Ustaz Yusof Belara UYB .

๐Ÿ—“๏ธ Setiap Hari Khamis โ€” Minggu 1 & 3

โฐ 9.30 pagi

๐Ÿ“– Kitab: Risalah Al-Misbah Al-Munir

Luangkan sedikit masa untuk menuntut ilmu, menyuburkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Jom hadir beramaiยฒ ke rumah Allah.

Semoga setiap langkah kita menuju majlis ilmu menjadi asbab turunnya rahmat dan keberkatan-Nya. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

๐ŸŒ™ INFAQ JUMAAT MUBAROKAH ๐Ÿคฒ๐ŸปJangan tunggu kaya untuk berinfaq.Kerana kadangkala, sedikit yang kita hulurkan dengan ikhlas...
25/09/2026

๐ŸŒ™ INFAQ JUMAAT MUBAROKAH ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Jangan tunggu kaya untuk berinfaq.
Kerana kadangkala, sedikit yang kita hulurkan dengan ikhlas menjadi sebab turunnya keberkatan yang besar dalam kehidupan.

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi asbab kesembuhan, ketenangan jiwa, keluasan rezeki, perlindungan daripada kesusahan serta pahala yang terus mengalir. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

โ€œApa sahaja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya.โ€
โ€” Surah Sabaโ€™: 39

โœจ Jom hidupkan Jumaat dengan infaq.
Mudah-mudahan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya hingga ke akhir hayat.

๐Ÿ“ Masjid Kampung Tanjung Bunut, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Tetuan Masjid Kampung Tanjung Bunut

๐Ÿ’ณ Bank Islam
13062010035641

23/09/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—–๐—จ๐— ๐—”
๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—•๐—จ๐—”๐—ง ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ

Ada masalah yang dipendam? Perlukan ruang untuk berkongsi dan mendapatkan pandangan yang tepat?

InsyaAllah, Sesi Kaunseling Percuma akan diadakan khusus untuk rakyat Kuala Nerus, dikendalikan oleh kaunselor bertauliah daripada PERKAMA International.

๐Ÿ“… Sabtu, 26 September 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari

Kepada yang sedang berdepan dengan masalah peribadi, keluarga, emosi atau cabaran kehidupan yang berpanjangan, amat dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan secara profesional.

Percuma dan terbuka kepada rakyat Kuala Nerus. ๐Ÿ“ฒ Pendaftaran / Temujanji:
0111140 0816

Selesaikan dengan hikmah, hadapi dengan tenang. InsyaAllah, setiap masalah ada jalan keluarnya.

TAWARAN BIASISWA YT-TI 2026Young Talent Scholarship ProgrammeYayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Terengganu Inc kin...
23/09/2026

TAWARAN BIASISWA YT-TI 2026
Young Talent Scholarship Programme

Yayasan Terengganu (YT) dengan kerjasama Terengganu Inc kini membuka permohonan Biasiswa YT-TI 2026 untuk peringkat Ijazah Pertama, terbuka kepada lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi, Diploma atau yang setaraf.

Peluang ini menyasarkan bakat muda Terengganu dalam tujuh bidang keutamaan: Pengurusan Kesihatan & Fisioterapi, Pentadbiran Perniagaan, Maritim dan Logistik, Sains Komputer, Kejuruteraan (pelbagai disiplin), Pertanian dan Alam Sekitar, serta Juru Ukur Bahan.

Permohonan dibuka mulai 17 September 2026 (Khamis, jam 12.00 tengah hari) sehingga 1 Oktober 2026. Pemohon yang layak digalakkan membuat permohonan awal memandangkan tempoh permohonan yang terhad.

Layari https://yt.gov.my/penajaan/ untuk membuat permohonan dan menyemak syarat kelayakan penuh.

Tertakluk kepada terma dan syarat kelayakan.

23/09/2026

[HEBAHAN]

Peluang keemasan buat pelajar lepasan STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma!

Yayasan Terengganu dengan kerjasama Terengganu Inc menganjurkan Taklimat Biasiswa YT-TI 2026 (Young Talent Scholarship Programme) bagi peringkat Ijazah Pertama. Ketahui skop biasiswa, syarat kelayakan dan cara memohon terus daripada pihak kami.

๐Ÿ“… 24 September 2026 (Khamis)
๐Ÿ• 2.30 โ€“ 3.30 petang
๐Ÿ’ป Google Meet: SILA TEKAN LINK DI RUANGAN KOMEN

Jangan lepaskan peluang ini. Sertai sesi taklimat secara dalam talian dan dapatkan maklumat terkini mengenai Biasiswa YT-TI 2026.

๐Ÿ“– Kuliah Maghrib Bulanan๐Ÿ—“๏ธ Setiap Rabu minggu ke-4๐ŸŽ™๏ธ Al-Fadhil Ustaz Muhammad BahruddinPenolong Pengarah Pengurusan Peng...
23/09/2026

๐Ÿ“– Kuliah Maghrib Bulanan

๐Ÿ—“๏ธ Setiap Rabu minggu ke-4

๐ŸŽ™๏ธ Al-Fadhil Ustaz Muhammad Bahruddin

Penolong Pengarah Pengurusan Pengajian Tinggi (PPI), JPINT

Semua dijemput hadir!
Bawa bersama keluarga, sahabat dan anak-anak.

Semoga setiap langkah ke masjid menjadi asbab bertambahnya ilmu, iman dan keberkatan hidup.

๐Ÿ“ Masjid Kampung Tanjung Bunut, Manir, Kuala Terengganu

๐Ÿคฒ๐Ÿป ุงู„ู„ู‡ู… ุงู†ูุนู†ุง ุจู…ุง ุนู„ู…ุชู†ุง ูˆุนู„ู…ู†ุง ู…ุง ูŠู†ูุนู†ุง ูˆุฒุฏู†ุง ุนู„ู…ุง

Ya Allah, manfaatkanlah kami dengan ilmu yang Engkau ajarkan, ajarkanlah kami ilmu yang bermanfaat dan tambahkanlah ilmu kepada kami. ุขู…ูŠู†.





๐ŸŒ…๐Ÿ•Œ REZEKI SUBUH MKTB ๐Ÿ•Œ๐ŸŒ…Insyaallah, dengan izin Allah SWT, Masjid Kampung Tanjung Bunut akan memulakan satu usaha kecil u...
16/09/2026

๐ŸŒ…๐Ÿ•Œ REZEKI SUBUH MKTB ๐Ÿ•Œ๐ŸŒ…

Insyaallah, dengan izin Allah SWT, Masjid Kampung Tanjung Bunut akan memulakan satu usaha kecil untuk menyemarakkan lagi suasana Subuh berjemaah serta mengeratkan ukhuwah sesama ahli qaryah melalui program Rezeki Subuh MKTB.

Program ini bukan sekadar menyediakan sarapan, tetapi menjadi ruang untuk kita bertemu, bertegur sapa, berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim sesama jemaah dan ahli qaryah.

๐Ÿ“… Setiap pagi Jumaat

๐Ÿ•Œ Selepas Solat Subuh

๐Ÿฝ๏ธ Sarapan Pagi Percuma

Insya-Allah, sekiranya mendapat sambutan dan sokongan yang baik daripada para jemaah serta ahli qaryah, program ini akan dikembangkan ke Subuh-subuh pada hari yang lain p**a pada masa akan datang.

Ayuh kita semarakkan Subuh berjemaah.
Datanglah awal, tunaikan Solat Subuh bersama-sama dan teruskan pagi kita dengan menikmati sarapan dalam suasana penuh ukhuwah.

Sedikit daripada kita, besar maknanya buat jemaah.
Semoga setiap suapan yang dikongsi menjadi sedekah yang mengalir pahalanya serta menjadi asbab keberkatan buat kita semua.

Subuh Berjemaah โ€ข Rezeki Dikongsi โ€ข Ukhuwah Disemai

Jom kita hidupkan masjid, bermula dengan Subuh. ๐ŸŒ…๐Ÿ•Œ





MESYUARAT PENGURUSAN MKTB BIL. 3/2026Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Masjid Kampung Tanjung Bunut (MKTB) Bil. 3/2026 t...
11/09/2026

MESYUARAT PENGURUSAN MKTB BIL. 3/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Masjid Kampung Tanjung Bunut (MKTB) Bil. 3/2026 telah berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah, kebersamaan dan semangat untuk terus memperkemas pengurusan serta memperkasa aktiviti masjid.

ูˆูŽุชูŽุนูŽุงูˆูŽู†ููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุจูุฑูู‘ ูˆูŽุงู„ุชูŽู‘ู‚ู’ูˆูŽู‰ูฐ
โ€œDan hendaklah kamu saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.โ€
(Surah al-Mฤโ€™idah: 2)

Setinggi-tinggi penghargaan dan jazakumullahu khairan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Pengurusan MKTB yang sentiasa memberikan komitmen, masa, tenaga dan buah fikiran dalam menggalas amanah ini.

Sesungguhnya mengurus rumah Allah bukan sekadar tugas, tetapi sebuah amanah dan medan amal jariah.

Semoga setiap langkah, perbincangan dan usaha yang dicurahkan menjadi asbab keberkatan serta manfaat buat seluruh ahli kariah.

ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ููŠ ุฌู‡ูˆุฏูƒู…ุŒ ูˆุชู‚ุจู‘ู„ ุงู„ู„ู‡ ุฃุนู…ุงู„ูƒู…
Semoga Allah memberkati segala usaha kalian dan menerima segala amal kebaikan.

Masjid Kampung Tanjung Bunut
"Memakmurkan Masjid, Menyatukan Ummah, Mengukuhkan Ukhuwah"

03/09/2026

Assalamualaikum WBT.

๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข PENGUMUMAN & HEBAHAN ๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข

๐ŸŽ“ PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU (SMANT) BAGI TAHUN 2027

Permohonan Kemasukan Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) ke Sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu bagi tahun 2027 akan dibuka

๐ŸŸข KEMASUKAN TINGKATAN SATU (1)

๐Ÿซ Sekolah Menengah Agama (Berasrama Penuh)

1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu
2. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
4. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus
(Pengambilan murid lelaki sahaja)
5. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu
(Pengambilan murid perempuan sahaja)

๐Ÿซ Sekolah Menengah Agama Harian

1. Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu
(Pengambilan murid perempuan sahaja)
2. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin Ladang, Kuala Terengganu
(Pengambilan murid lelaki sahaja)
3. Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut
4. Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, Dungun
5. Sekolah Menengah Agama Marang, Marang
6. Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman
7. Sekolah Menengah Agama Ittifakiah, Besut
8. Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Hulu Terengganu
9. Sekolah Menengah Agama Setiu, Setiu

๐Ÿ”ต KEMASUKAN TINGKATAN EMPAT (4)

1. Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu
2. Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT)
3. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Dungun
4. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Besut
5. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Kuala Nerus
(Pengambilan murid lelaki sahaja)
6. Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) Hulu Terengganu
(Pengambilan murid perempuan sahaja)

๐Ÿ“… TARIKH PERMOHONAN

1 September 2026 bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 30 September 2026

๐ŸŽฏ Calon yang layak:

- Murid Tahun Enam (6) 2026 bagi kemasukan Tingkatan Satu (1)
- Murid Tingkatan Tiga (3) 2026 bagi kemasukan Tingkatan Empat (4)

Kepada calon-calon yang berkelayakan dan berminat, sila rujuk kriteria umum dan kriteria khusus yang telah ditetapkan.

๐Ÿ’ป Permohonan adalah secara dalam talian melalui laman sesawang:

๐Ÿ‘‰ https://jpint.awfatech.com/daftar.php

Permohonan boleh dibuat bermula pada tarikh dan masa permohonan dibuka.

๐ŸŒŸ "SMANT PILIHAN UTAMA DAN PERTAMA" ๐ŸŒŸ

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan permohonan, sila e-melkan ke :

๐Ÿ“ž [email protected]




Address

Kampung Tanjung Bunut, Manir
Kuala
21200

Telephone

+601111177749

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Kampung Tanjung Bunut - MKTB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Kampung Tanjung Bunut - MKTB:

Shortcuts

Share