HALUAN Terengganu

HALUAN Terengganu Berakhlak, Mendidik & Berbakti

HALUAN adalah singkatan kepada Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip dan nilai Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik mahupun geografi. HALUAN memberi tumpuan kepada

kegiatan kebajikan untuk ahlinya dalam meningkatkan profesionalisme dan kerjasama dalam kepentingan sosial dan pembangunan manusia.

﴿ لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ ﴾“Daging dan darah korban itu t...
28/05/2026

﴿ لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ ﴾

“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program Ibadah Korban anjuran HALUAN Terengganu tahun ini telah berlangsung dengan penuh keberkatan, dalam suasana ukhuwwah, gotong-royong dan kasih sayang sesama masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi kepercayaan kepada HALUAN Terengganu untuk menguruskan ibadah korban pada tahun ini. Alhamdulillah, sebanyak 84 bahagian korban berjaya dilaksanakan melibatkan 12 ekor lembu.

Program tahunan ini bukan sekadar urusan penyembelihan dan pengagihan daging korban, tetapi ia menjadi medan dakwah, tarbiah dan penyatuan hati masyarakat. Di sinilah lahirnya semangat kebersamaan, pengorbanan dan khidmat untuk ummah.

Program dimulakan dengan taklimat pada jam 8.00 pagi dan lembu pertama disempurnakan korbannya pada jam 8.30 pagi. Agihan daging korban kepada masyarakat sekitar bermula seawal jam 10.00 pagi, manakala urusan pembersihan tapak selesai sekitar jam 12.00 tengah hari.

Terima kasih kepada seluruh peserta, sukarelawan dan para petugas yang bertungkus-lumus dari awal hingga akhir. Ada yang hadir seawal pagi, mengangkat, melapah, membungkus, mengagih dan membersihkan kawasan — semuanya dilakukan dengan penuh keikhlasan demi menjayakan ibadah ini.

Semoga setiap titisan keringat, setiap pengorbanan dan setiap amal kebajikan yang dilakukan diterima Allah SWT sebagai amal soleh yang memberatkan timbangan kebaikan di akhirat kelak.

Mudah-mudahan program ini terus menjadi jambatan yang mendekatkan HALUAN dengan masyarakat serta menyemarakkan semangat pengorbanan dan kepedulian dalam kehidupan kita.

Jumpa lagi, insya-Allah, pada Ibadah Korban tahun hadapan.



🌙 *SEJUTA BARAKAH RAMADAN BUAT SI CILIK* 🌙Ramadan Muslim Cilik (RMC) 2026 kembali lagi untuk tahun ke-7! Program ini dia...
26/02/2026

🌙 *SEJUTA BARAKAH RAMADAN BUAT SI CILIK* 🌙

Ramadan Muslim Cilik (RMC) 2026 kembali lagi untuk tahun ke-7!
Program ini dianjurkan bagi mengisi bulan Ramadan dengan aktiviti yang seronok, mendidik dan bermanfaat untuk kanak-kanak, selari dengan usaha membentuk sahsiah serta akhlak mulia sejak usia kecil.

🎯 _*Tema: Akhlak Mulia, Keluarga Sejahtera*_

🎉 APA YANG MENARIK?
📖 Aktiviti interaktif untuk memupuk penghayatan akhlak terpuji dalam diri anak-anak
🏆 Pertandingan menarik dengan hadiah wang tunai!
🆓 Yuran penyertaan PERCUMA!

🌟 3 JENIS PERTANDINGAN MENARIK 🌟
🖌️ 1. Pertandingan Mewarna
🎨 Terbuka untuk kanak-kanak 5–6 tahun (Kategori A)
📖 2. Pertandingan Komik
✍️ Terbuka untuk kanak-kanak 7–12 tahun (Kategori B & C)
📝 3. Pertandingan Video Islami
📜 Terbuka untuk semua kategori 5–12 tahun

📌 MAKLUMAT & GARIS PANDUAN PENYERTAAN
Bagi memastikan penyertaan yang teratur dan menepati syarat pertandingan, ibu bapa / penjaga diminta untuk merujuk garis panduan pertandingan melalui pautan berikut:
🔗 Garis Panduan Pertandingan: https://drive.google.com/drive/folders/1Q1ugyWsDN9_qNRyI75shYQ276nXi7tE3
🖌️ Template Rasmi Pertandingan Mewarna: Peserta bagi Pertandingan Mewarna WAJIB menggunakan template rasmi yang boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
🔗 https://drive.google.com/drive/folders/1MaR19GV1WQClH3m1L-F3rS5MlLihhNyY

💰 HADIAH WANG TUNAI MENANTI ANAK-ANAK ANDA!
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyemarakkan Ramadan si cilik dengan aktiviti penuh ilmu dan keseronokan!
📅 Tarikh tutup penyertaan: 7 Mac 2026 (Sabtu), 5 petang

📞 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
AJK Penyertaan
Pn Najiha: https://wa.me/60193915015
Pn Farhana: https://wa.me/601131509388

🔔 IKUTI INFO PERTANDINGAN DI PLATFFORM BERIKUT:
FB: https://www.facebook.com/Haluanita
IG: https://www.instagram.com/haluanita


,KeluargaSejahtera

Address

LOT 1644 Jalan PANJI ALAM
Kuala
21100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALUAN Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to HALUAN Terengganu:

Shortcuts

Share