06/06/2026
TAHNIAH ATAS PERJUANGAN HINGGA KE AKHIR ACARA 800M KEJOHANAN VARSITY TRACK & FIELD 2026.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa salah seorang mahasiswa daripada Islamic Finance Student Association (IFSA) telah pun turun beraksi membawa nama UniSZA dalam Kejohanan Varsity Track & Field 2026.
Sama-sama kita titipkan ucapan tahniah dan syabas atas semangat juang yang tinggi kepada atlet sukan olahraga kita iaitu saudara Muhammad Idlan bin Yusoff, ISM Kewangan Islam (Sem 6) yang telah selesai bertanding dalam acara 800 M Lelaki.
Seluruh warga IFSA amat berbangga dengan usaha, komitmen, dan prestasi yang telah dipamerkan. Semoga kejayaan dan kecemerlangan ini terus menjadi inspirasi buat seluruh warga persatuan untuk terus melangkah jauh dalam apa jua bidang yang diceburi!
Sekian, Terima Kasih.
"ISLAMIC, INTEGRITY & PROFESSIONAL"
Exco Media dan Teknikal
Islamic Finance Student Association, Universiti Sultan Zainal Abidin
Sesi 2025/2026
Ikuti kami juga di laman sosial rasmi berikut untuk
perkembangan yang lain.
Instagram:
Facebook: IFSA, UniSZA
WhatsApp: IFSA COMMUNITY
Telegram: IFSA, UniSZA
Tiktok: