10/08/2026
1 cadangan mengundang 1001 keterujaan !
Dalam satu mesyuarat semalam semasa membincangkan status lembu yg masih berbaki tak terjual. Samada nak disembelih jual daging atau nak tolak kepada sesiapa untuk buat kenduri. Malangnya hingga hari ini masih belum laku sedangkan kos pelihara kian meningkat.! Akhirnya ada 1 cadangan yg diajukan membuatkan semua AJK teruja mengaplikasikan. "Apa kata kita buka peluang infaq kepada sesiapa yg sudi beli daging untuk tujuan diagihkan kepada orang ramai!" Kata salah seorang AJK mengajukan pandangan .
"Cadangan yg baik!" Sahut pengerusi dan beberapa ahli mesyuarat yang bersetuju dan teruja dgn cadangan tersebut. Menariknya inilah yg sering berlaku dalam mana2 mesyuarat ahli PAS. Tukang cadang yg kena mulakan dahulu. Lalu beliau memulakan dgn lontaran RM 1K untuk infaq lembu, kemudian di sahut oleh beberapa org AJK 500,kemudian 500 dan beberapa ratus lagi aku janji hingga hampir capai target. Masyallah.. Tabarakallah, kagum ana dengan jati diri yang ditunjukkan. Semoga dimurahkan rezeki kepada semua para penyumbang.