Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Call Directions Website Contact the organization

Yayasan DiRaja Sultan Mizan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) adalah sebuah yayasan amal diraja yang terkemuka dan berjasa kepa

🇲🇾🤝🇮🇩 LAWATAN KERJA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN KE JAKARTA, INDONESIA10–11 Ogos 2026 | Jakarta & Lido, IndonesiaYayasan ...
12/08/2026

🇲🇾🤝🇮🇩 LAWATAN KERJA YAYASAN DIRAJA SULTAN MIZAN KE JAKARTA, INDONESIA

10–11 Ogos 2026 | Jakarta & Lido, Indonesia

Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Universitas Nasional, Jakarta dan Pesantren Tahfizh Al-Quran Daarul ‘Uluum, Lido, Indonesia pada 10 hingga 11 Ogos 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan sistem ekopesantren, khususnya dari aspek pengurusan persekitaran, kelestarian, pendidikan serta penglibatan warga institusi dalam mewujudkan persekitaran pendidikan yang kondusif dan mesra alam.

Selain itu, lawatan turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pelaksanaan program berteraskan kelestarian di institusi pendidikan Islam, khususnya sebagai input kepada pelaksanaan Program Anugerah Ekoceria Institusi Pendidikan Islam Terengganu (ECIPIT).

Melalui perkongsian dan pertukaran pengalaman bersama pihak Universitas Nasional, Jakarta dan Pesantren Tahfizh Al-Quran Daarul ‘Uluum Lido, YDSM berharap dapat memperkukuh pendekatan ECIPIT dalam menggalakkan institusi pendidikan Islam di Terengganu untuk membudayakan aspek keceriaan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan kelestarian alam sekitar secara menyeluruh.

Semoga lawatan ini menjadi satu langkah bermakna dalam memperluas jaringan kerjasama serta memperkaya idea dan pendekatan ke arah pembangunan institusi pendidikan Islam yang ekoceria, lestari dan berkualiti.










Selamat MenyambutHARI PEKERJA1 Mei 2026"Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa"Ikhlas daripadaSeluruh Warga KerjaYayasan DiRaja S...
01/05/2026

Selamat Menyambut

HARI PEKERJA

1 Mei 2026

"Pekerja MADANI, KESUMA Bangsa"

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja
Yayasan DiRaja Sultan Mizan

27 Januari 2026 | Selasa – Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah mengadakan Majlis Pengurniaan Hadiah Anugerah Ekoceria Inst...
28/01/2026

27 Januari 2026 | Selasa – Yayasan DiRaja Sultan Mizan telah mengadakan Majlis Pengurniaan Hadiah Anugerah Ekoceria Institusi Pendidikan Islam Terengganu (ECIPIT) bertempat di Balai Santapan DiRaja, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Bertemakan “Lestarikan Alam, Memupuk Akhlak Mulia”, ECIPIT merupakan program yang julung kali diadakan dan yang pertama seumpamanya di anjurkan di Malaysia khasnya di negeri Terengganu.

Majlis telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu selaku Pengerusi Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Program ini merupakan suatu inisiatif yang bertujuan untuk memastikan Institusi Pendidikan Islam (IPI) yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai IPI yang mampan sehingga dapat mencapai “sustainable Islamic teaching
institutions”.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. YDSM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis.

Address

Istana Badariah
Kuala
20400

Telephone

+6096251131

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan DiRaja Sultan Mizan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan DiRaja Sultan Mizan:

Shortcuts

Share