MUKADIMAH Ikatan Mahabbah Mustaffa (IMAM)
Dalam suasana masyarakat yang sudah hancur jiwa mereka dengan pelbagai program hiburan yang merosakkan, maka pihak IMAM merasa tanggungjawab memberi hiburan dan kesenian alternatif kepada masyarakat, dengan tujuan membangunkan jiwa dan fikiran kepada Cinta Allah, Nabi S.A.W. dan agama
PIHAK IMAM memahami bahawa dakwah melalui muzik dan kesenian akan di p
andang prejudis oleh beberapa pihak, walaupun dakwah seperti ini merupakan amalan yang masyhur di kalangan ulama' sufi seperti Wali Songo di indonesia. Namun bagi masyarakat agama di Terengganu khususnya, ianya mungkin mengundang banyak persoalan kerana ianya bukan perkara biasa khususnya di negeri ini. Pihak kami tetap menghormati pendapat mereka yang mungkin bertentangan dengan kami, namun pihak kami juga mohon agar pendapat kami juga di hormati kerana ia termasuk dalam adab berkhilaf. Namun ia harus memerlukan pendekatan yang holistic (bersepadu) untuk membawa masyarakat kembali kepada Allah. PIHAK IMAM kini bergerak kepada masyarakat dengan membawa mesej Cinta Allah, Cinta Rasul dan Cinta sesama insan melalui pelbagai pendekatan ; Antaranya Ceramah, Kuliah, Penulisan, Kursus dan lainnya, juga yang bersandarkan Alunan Lagu-Lagu Ketuhanan, Teater dan lain-lainnya yang bersandarkan hujah para ulama' muktabar yang mengharuskannya.