27/04/2026
*LENSA KAMERA : UJIAN SRP & KJSCH PERINGKAT ZON PANTAI TIMUR*
Assalamualaikum wbt.
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UniSZA telah selesai melaksanakan Ujian Sijil Rendah Persilatan (SRP) dan Kursus Jurulatih Seni Cekak Hanafi (KJSCH) Peringkat Zon Pantai Timur.
Program ini melibatkan para peserta yang telah menamatkan pengajian dalam Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Ujian dan kursus tersebut telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari : Jumaat & Sabtu
Tarikh : 24 & 25 April 2026
Tempat : UMTCC, UMT
Alhamdulillah, kesemua peserta yang terlibat telah berjaya lulus dengan cemerlang, sekali gus melayakkan diri untuk bergelar Jurulatih Tahap 1.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin dalam melahirkan lebih ramai pesilat yang tulen, bukan sahaja mantap dari sudut fizikal, malah unggul dari aspek rohani dan sahsiah diri.
Sekian, terima kasih.
“Silat Cekak Hanafi, Peneraju Warisan Mutlak”
Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi UniSZA
Sesi 2025/2026
👉🏻 Ikuti perkembangan kami melalui:
📍Instagram;
https://www.instagram.com/silatcekakhanafi_unisza?igsh=MXBhNmFzeHp0ZTA2cA%3D%3D&utm_source=qr
📍Facebook;
https://www.facebook.com/share/18Wj4tjn4G/
📍TikTok;
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-92QLgzeBfzM