Zon Hijau SU3

Directions

Zon Hijau SU3 Laman media sosial aktiviti komuniti Zon Hijau, Saujana Utama 3

Mutakhir ini, peningkatan kes Denggi di kalangan komuniti Zon Hijau agak meresahkan semua pihak.Justeru, AJK Zon Hijau t...
03/10/2026

Mutakhir ini, peningkatan kes Denggi di kalangan komuniti Zon Hijau agak meresahkan semua pihak.

Justeru, AJK Zon Hijau telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi program gotong-royong bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam skala yang lebih besar.

Program gotong-royong kali ini mendapat kerjasama erat daripada pihak Persatuan Penduduk Saujana Utama 3 (PPSU3), Majlis Permuafakatan Penduduk Saujana Utama (MPPSU) dan Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama (PBSSU) serta daripada komuniti Zon Hijau itu sendiri.

29/09/2026
Siri ke-3 kempen minyak masak terpakai Zon Hijau dapat dilaksanakan dengan jayanya dan ini merupakan siri terakhir bagi ...
26/09/2026

Siri ke-3 kempen minyak masak terpakai Zon Hijau dapat dilaksanakan dengan jayanya dan ini merupakan siri terakhir bagi tahun 2026.

Objektif utama kempen ini adalah untuk menambah dana kebajikan Zon Hijau, di samping menggalakkan permuafakatan sesama komuniti Zon Hijau.

Pihak AJK Zon Hijau mengucapkan ribuan terima kasih buat semua penyumbang yang menjayakan kempen kali ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan di Zon Hijau.Misi sambutan kali ini adalah 1 rumah, 1 Jalur Gemilang. Bagi menjaya...
16/08/2026

Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan di Zon Hijau.

Misi sambutan kali ini adalah 1 rumah, 1 Jalur Gemilang. Bagi menjayakan misi ini, Ajk Zon Hijau menyediakan perkhidmatan membeli serta memasang bendera Malaysia di setiap kediaman dengan bantuan beberapa belia Zon Hijau.

Semoga semangat kemerdekaan ini menyatukan kita semua tidak mengira bangsa, agama dan kefahaman, khususnya di kalangan komuniti Zon Hijau.

Gotong-royong: Hapuskan Denggi di Zon Hijau, SU3Seperti sedia maklum, terdapat peningkatan kes denggi di SU3, amnya dan ...
25/07/2026

Gotong-royong: Hapuskan Denggi di Zon Hijau, SU3

Seperti sedia maklum, terdapat peningkatan kes denggi di SU3, amnya dan Zon Hijau, khususnya.

Justeru, satu gotong-royong kendiri telah diadakan oleh komuniti Zon Hijau dengan kerjasama PPSU3, MPKS dan KDEB bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menjaga kebersihan & persekitaran Zon Hijau.

Fokus utama gotong-royong adalah di sekitar laman hadapan dan belakang kediaman setiap penghuni Zon Hijau. Tumpuan pembersihan juga diberikan kepada longkang dan saliran dalam radius kediaman setiap penghuni.

Semoga usaha ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi kesejahteraan komuniti Zon Hijau dan Saujana Utama 3.

Address

Saujana Utama 3
Kuala
47000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zon Hijau SU3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share