11/06/2026
PMX di Tokyo: Suara Malaysia di Pentas Dunia
Di Persidangan Nikkei Future of Asia di Tokyo, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dunia kini berdepan pelbagai cabaran besar seperti konflik geopolitik, persaingan kuasa besar dan ketidaktentuan ekonomi global.
Menurut beliau, Asia berjaya membangun melalui perdagangan, pelaburan dan kerjasama, bukannya perpecahan. Justeru, dunia perlu memperkukuh dan mereformasi sistem antarabangsa sedia ada supaya terus relevan, adil dan mampu menghadapi cabaran masa depan.
Malaysia terus membawa mesej perpaduan, kerjasama dan reformasi demi kemakmuran bersama.