Kamuda Kampung Tok Ku

Kamuda Kampung Tok Ku Ditubuhkan untuk membina sahsiah diri belia ke arah yang lebih kondusif dan penuh semangat setiakawan

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA MADANI 2026TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PLAYER, TEAM & URUSETIA SERTA PIHAK PENAJ...
21/07/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA MADANI 2026

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PLAYER, TEAM & URUSETIA SERTA PIHAK PENAJA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN INI☺️

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA MADANI 2026
21/07/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA MADANI 2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA MADANI 2026 ANJURAN KAMUDA KAMPUNG TOK KU DIKUASAKAN OLEH KEMENTERIAAN BELIA & SUKA...
18/07/2026

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH PIALA MADANI 2026 ANJURAN KAMUDA KAMPUNG TOK KU DIKUASAKAN OLEH KEMENTERIAAN BELIA & SUKAN

8 PASUKAN BAKAL BERENTAP PADA SABTU 18 JULAI 2026 DI DUYUNG MARINA ARENA.

SIAPAKAH BAKAL JUARA?
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN MALAM INI🔥

Alhamdulillah, selesai dah majlis Solat Hajat & Makan Malam Komuniti bersama warga kampung &  jemaah masjid.Majlis solat...
11/07/2026

Alhamdulillah, selesai dah majlis Solat Hajat & Makan Malam Komuniti bersama warga kampung & jemaah masjid.

Majlis solat hajat & Makan Malam Komuniti ini diadakan dengan tujuan untuk meminta keselamatan & kesejahteraan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga penduduk. Majlis sangat meriah dengan kehadiran warga penduduk terdiri dari semua lapisan masyarakat.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para penyumbang, para petugas & ahli khidmat serta semua yang hadir & membantu menjayakan majlis ini. Semoga majlis seperti ini memberikan manfaat kepada semua.

📢 JEMPUTAN SOLAT HAJAT & MAJLIS MAKAN MALAM KOMUNITIAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan segala hormatnya, ...
08/07/2026

📢 JEMPUTAN SOLAT HAJAT & MAJLIS MAKAN MALAM KOMUNITI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya, seluruh warga kampung dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Solat Hajat & Makan Malam Komuniti yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)

🕌 Solat Hajat
⏰ Selepas Solat Isyak
📍 Masjid MTTB

🍽️ Makan Malam Komuniti
⏰ 9.30 malam
📍 Galeri Ilmu MTTB

Kehadiran tuan-tuan, puan-puan serta seisi keluarga amatlah dialu-alukan bagi sama-sama mengimarahkan majlis ini, mengeratkan silaturahim dan memohon keberkatan serta kesejahteraan buat seluruh komuniti.

Jumpa anda semua pada malam tersebut.
Terima kasih.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kamuda Kampung Tok Ku yang berjaya mendapat tempat Ketiga Anugerah Perdana Belia Neg...
20/06/2026

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kamuda Kampung Tok Ku yang berjaya mendapat tempat Ketiga Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2026.

Majlis ini dirasmikan oleh DATO' HAJI ABDUL KAHAR BIN ABDUL LATIF, PENGARAH PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN/ NEGERI TERENGGANU.

Semoga dengan kejayaan bermakna ini menjadi satu penanda aras untuk kelab ini bergerak maju kehadapan dimasa akan datang. Juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu kelab kami dari dulu sehingga sekarang.




Alhamdulillah, selesai sudah Hari Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Kampung Tok Ku bertempat di Galeri Ilmu M...
16/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Hari Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara 2026 Kampung Tok Ku bertempat di Galeri Ilmu Masjid Tok Ku Tuan Besar.

Majlis Hari Penilaian ini dihadiri oleh JBSNT, Tuan Haji Ngah Bin Bidin selaku Ketua panel, Pn Rohana Binti Abdullah wakil dari Pejabat Pendaftaran Pertubuhan ROS, En Anas Hazizul bin Muhamad selaku mantan Presiden Belia dan juga dihadiri oleh warga penduduk kampung.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua AJK Kamuda yang bertungkus lumus menyediakan semua dokumen yang diperlukan sempena Hari Penilaian. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Dato Syed Anuar selaku Penasihat Kamuda Kampung Tok Ku & Encik Azwan Nazzul Pengerusi Belia Daerah Kuala Terengganu yang banyak membantu sepanjang persiapan majlis Hari Penilaian

Semoga Kamuda Kampung Tok Ku sentiasa komited menjadi platform anak muda bersilaturahim.



Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Extreme Paintball Kamuda 3.0 2026 dah selesai.Program ini anjuran Kamuda dengan kerjasama...
07/04/2026

Alhamdulillah, Kejohanan Sukan Extreme Paintball Kamuda 3.0 2026 dah selesai.

Program ini anjuran Kamuda dengan kerjasama KRT Kampung Masjid Tok Ku - Rasmi, disokong oleh KBSMalaysia & Rakan Muda. Ribuan terima kasih diucapkan kepada penaja utama program iaitu Klinik Pergigian Ku, para penaja AAT805, Man TAP Q, Man Saudara Store serta lain-lain.

Seramai 35 orang pemain terbahagi kepada 5 squad telah berjuang dalam tournament kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program kali ini. Semoga program sebegini diteruskan lagi dimasa akan datang.




Address

Kuala
21000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kamuda Kampung Tok Ku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share