Kelab Aktivis Media Inspirasi

Kelab Aktivis Media Inspirasi Kumpulan Aktivis Media indipenden (KAMI) merupakan pertubuhan yang mengenengahkan isu-isu media. KAMI management sebuah rangkaian daripada K.A.M.I yang

Jemput Belaka Ke Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri PAS Terengganu!PAS Negeri Terengganu menyeru daan menjemput orang rama...
11/04/2026

Jemput Belaka Ke Rumah Terbuka Sempena Aidilfitri PAS Terengganu!

PAS Negeri Terengganu menyeru daan menjemput orang ramai hadir beramai-ramai memeriahkan Rumah Terbuka sempena Aidilfitri pada 16 April di Dataran Shahbandar.

Pengarah program, Dato Ustaz Mohd Nor Hamzah, berkata kehadiran rakyat bukan sekadar untuk menikmati juadah, tetapi sebagai tanda kesyukuran selepas Ramadan, mengeratkan ukhuwah, dan memperkukuh perpaduan.

“Persiapan sedang giat dilaksanakan dan hebahan akan diperluaskan melalui pelbagai medium termasuk media sosial.

“Walaupun negara sedang berhadapan dengan cabaran ekonomi dan peningkatan kos sara hidup,Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT) tetap meneruskan tradisi program ini sebagai tanda kesyukuran menyambut Aidilfitri setelah berjaya menunaikan ibadah Ramadan,” jelasnya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, program ini terbuka kepada seluruh rakyat, pimpinan politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pegawai kerajaan, tokoh agama dan masyarakat pelbagai lapisan, dengan pimpinan BPPNT bertindak sebagai tuan rumah.

“Semua dijemput hadir termasuk orang Umno dan kepimpinan Umno pun dijemput.

“Jemputan ini terbuka kepada semua parti tanpa mengira latar belakang.

“Semangat Aidilfitri adalah untuk menyatukan hati, mengeratkan silaturahim dan membina keharmonian,” katanya.

Selain itu, sambutan pada tahun ini diadakan secara sederhana seperti biasa, dengan penjimatan kos dilaksanakan, tiada persembahan khas, pengurangan penggunaan banner dan billboard dan tumpuan promosi melalui media sosial.

“Jangan segan dan jangan malu untuk datang.

“Kehadiran anda bukan sekadar untuk menikmati jamuan, tetapi sebagai tanda kebersamaan dalam meraikan kebaikan dan ukhuwah,” tambah beliau.

https://buletinonlines.net/v7/index.php/jemput-belaka-ke-rumah-terbuka-sempena-aidilfitri-pas-terengganu/

@

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyatuan tersebut mesti berpaksi kepada wahyu Allah SWT dengan be...
01/04/2026

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyatuan tersebut mesti berpaksi kepada wahyu Allah SWT dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan hadis sebagai asas yang kukuh.

Menurut beliau, pendekatan itu berbeza dengan pihak lain yang dilihat tidak mempunyai hala tuju jelas dalam menyatukan umat, sebaliknya lebih cenderung kepada kepentingan politik semasa.

“Kita ada foundation dan asas yang kita nak buat penyatuan iaitu berpegang teguh dengan apa yang Allah turun.

“Jadi berdasarkan asas itu, kita cuba menyatukan semua orang Melayu Islam dalam konteks negara kita untuk hadir, tengok, dan fikir masa depan ummat melayu dalam konteks negara ini.

BeritaBerita Nasional Penyatuan Berteraskan Islam, Perpecahan Umat Undang Bahaya Oleh Wartawan BO - 02/04/2026 68 Facebook Twitter Pinterest WhatsApp KUALA NERUS – Penyatuan ummah berasaskan ajaran Islam menjadi teras utama gagasan yang dibawa PAS dalam usaha memperkukuh kedudukan Melayu Islam di ...

PIDIE JAYA, ACEH — Misi kemanusiaan yang digerakkan oleh Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) di Pidie Jaya, Aceh telah ...
10/01/2026

PIDIE JAYA, ACEH — Misi kemanusiaan yang digerakkan oleh Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) di Pidie Jaya, Aceh telah pun selesai. Namun, kesan bencana banjir besar yang melanda kawasan ini masih jelas kelihatan dan terus meninggalkan luka di hati penduduk setempat.

Sepanjang misi ini, KAMI telah menyantuni empat buah kampung yang terjejas teruk. Bantuan keperluan asas seperti beras, telur, peralatan pembersihan rumah, tikar, baldi, dapur gas serta kelengkapan wanita berjaya disampaikan. Bantuan ini menjadi sedikit penguat semangat buat mangsa untuk terus bertahan dan bangkit semula.

Di Kampung Lhok Sandeng, sebuah kampung pedalaman, jambatan utama runtuh akibat arus deras. Penduduk terpaksa membina jambatan sementara dengan kudrat sendiri demi kegunaan harian. Sebanyak 17 buah rumah hanyut dibawa air, manakala sungai yang asalnya kecil kini melebar, menghakis tanah dan meranapkan kehidupan penduduk.

Suasana pilu turut dirasai di Kampung Giunteng. Ratusan rumah dimasuki lumpur tebal, ada setinggi lima kaki dan ada yang sampai ke bumbung. Ramai penduduk masih belum sanggup pulang ke rumah kerana tidak kuat untuk melihat keadaan sebenar, apatah lagi membersihkannya sendirian.

KAMI turut singgah di Kampung Meureudu, di sebuah Maahad Tahfiz yang menempatkan lebih 50 orang pelajar. Hampir semua peralatan kelas rosak sepenuhnya, dokumen penting tenggelam, dan kemudahan asrama tidak dapat digunakan lagi. Tempat menimba ilmu ini kini sunyi, hanya tinggal kesan lumpur dan kerosakan.

Keadaan paling menyentuh perasaan ditemui di Kampung Manasah Lhok apabila arus deras telah membelah kampung dan membentuk sungai baharu. Kawasan yang asalnya padang sekolah dan jalan kampung kini hilang, sebahagian bangunan sekolah runtuh, dan puluhan rumah musnah akibat hakisan tanah.

Ribuan batang balak dihanyutkan arus, ada yang menghentam rumah sehingga hancur. Ramai penduduk masih trauma dan belum berani pulang ke rumah kerana bimbang kejadian berulang, lebih-lebih lagi hujan masih turun dan arus sungai masih laju. Ketika banjir tempohari, penduduk terpaksa berlindung di atas bumbung rumah hampir tiga hari tanpa makanan dan minuman.

Selain turun ke lapangan, KAMI juga mengunjungi Pejabat PKS Pidie Jaya dan bertemu dengan Encik Anuar bin Wahab, Pengurus MPD PKS Kabupaten Pidie Jaya. Dalam pertemuan tersebut, KAMI menyampaikan sedikit sumbangan bagi menyokong program pasca banjir seperti dapur rakyat dan operasi pembersihan, selain turut menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di lokasi berkenaan.

Misi KAMI mungkin telah berakhir, namun keperluan mangsa masih berpanjangan. Mereka bukan sahaja kehilangan rumah dan harta benda, tetapi juga rasa selamat dan ketenangan hidup. Diharapkan sokongan, bantuan dan doa orang ramai terus mengalir agar Pidie Jaya dapat bangkit semula, perlahan-lahan, dengan penuh harapan.

09/01/2026

Sudah lebih sebulan bencana banjir melanda Pidie Jaya, Aceh.
Lumpur banjir masih memenuhi bahagian dalam dan luar rumah penduduk, kini mula mengeras dan sukar dibersihkan.

Beratus-ratus buah rumah terjejas dalam satu perkampungan.
Penduduk hanya mampu membersihkan kediaman masing-masing dengan kudrat dan kemampuan yang sangat terhad.

Ramai yang tidak dapat kembali bekerja kerana kerosakan rumah yang teruk akibat banjir. Proses pemulihan dijangka mengambil masa sehingga enam bulan untuk kembali kepada kehidupan yang normal.

Dengan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba, penduduk hanya mampu bersabar sambil mengharapkan doa dan keprihatinan daripada semua.

Menurut Furqan, air mula naik sekitar jam 9.00 malam, namun ketika itu keadaannya masih terkawal dengan paras kira-kira ...
09/01/2026

Menurut Furqan, air mula naik sekitar jam 9.00 malam, namun ketika itu keadaannya masih terkawal dengan paras kira-kira satu meter di atas jalan.

Namun katanya, menjelang jam 12.00 tengah malam, situasi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila air naik mendadak disertai arus deras dan kayu-kayu besar yang dihanyutkan dari kawasan pergunungan.

“Dalam keadaan panik, kami tidak sempat selamatkan apa-apa. Semua orang terus naik ke atas bumbung rumah untuk selamatkan nyawa,

BeritaInternasional Tiga Hari Bertahan di Atas Bumbung, Minum Air Lumpur Demi Hidup Oleh Wartawan BO - 09/01/2026 14 Facebook Twitter Pinterest WhatsApp MEUREUDU, ACEH – Tangisan, ketakutan dan perjuangan untuk terus hidup menjadi kenangan pahit buat Furqan Nurhalim, 25, penduduk Kampung Menasah L...

08/01/2026

PIDIE JAYA – Seterusnya, kami melawat Kampung Menasah Lhok, Meureudu, Pidie Jaya, sebuah kawasan yang mengalami kemusnahan teruk akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini. Lawatan ini bagi meninjau sendiri tahap kerosakan serta keperluan mendesak penduduk setempat yang terkesan.

Hasil tinjauan mendapati, sebuah sungai baharu terbentuk secara tidak semula jadi akibat hakisan kuat aliran air banjir.

Kawasan yang dahulunya merupakan padang permainan serta sebatang jalan utama kampung kini telah hilang, terhakis dan berubah menjadi laluan sungai yang dipenuhi lumpur dan serpihan.

Selain itu, beberapa kemudahan awam turut mengalami kerosakan serius, termasuk sebuah sekolah yang rosak teruk serta berpuluh buah rumah penduduk yang runtuh dan tidak lagi selamat untuk didiami. Keadaan ini memaksa ramai penduduk dipindahkan ke lokasi sementara demi keselamatan mereka.

Menurut penduduk, sewaktu kejadian banjir memuncak, mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan berlindung di atas atap rumah tanpa sebarang bekalan makanan. Bantuan tidak dapat sampai segera akibat arus deras dan keadaan yang terlalu berbahaya kerana air yang mengalir deras membawa sekali batang balak dan kayu-kayu dari bukit.

Lebih meruntun perasaan, bayi dan kanak-kanak terpaksa minum air hujan dan air sungai untuk meneruskan hidup, sungai tersebut juga telah bertukar menjadi sungai lumpur yang tercemar.

Ketua Misi KAMI, Ahmad Faizol Mohd Yusop berkata, misi tersebut bukan sahaja melibatkan liputan media di kawasan terjeja...
08/01/2026

Ketua Misi KAMI, Ahmad Faizol Mohd Yusop berkata, misi tersebut bukan sahaja melibatkan liputan media di kawasan terjejas, malah memberi tumpuan utama kepada penyampaian bantuan makanan, barangan keperluan asas serta sokongan moral kepada mangsa banjir di daerah Pidie Jaya.

Menurutnya, misi itu dilaksanakan susulan banjir besar yang melanda beberapa wilayah di Aceh akibat hujan lebat berterusan sejak awal Disember 2025, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal, sumber pendapatan dan akses kepada keperluan asas.

“Misi ini bertujuan meringankan penderitaan mangsa banjir, khususnya keluarga yang terputus bekalan makanan dan kehilangan tempat tinggal,” katanya

BeritaBerita Dalam Negeri Dari Terengganu ke Aceh: Misi Kemanusiaan Dan Liputan , Santuni Mangsa Banjir Oleh Wartawan BO - 07/01/2026 108 Facebook Twitter Pinterest WhatsApp KUALA TERENGGANU — Seramai lima anggota Kelab Aktivis Media Aspirasi (KAMI) berlepas ke Aceh, Indonesia bagi melaksanakan mi...

Hari kedua misi kemanusiaan kami di Aceh diteruskan dengan aktiviti utama pembelian barangan keperluan asas untuk disalu...
07/01/2026

Hari kedua misi kemanusiaan kami di Aceh diteruskan dengan aktiviti utama pembelian barangan keperluan asas untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Pasukan misi telah menyelesaikan urusan pembelian barangan bantuan di sekitar Banda Aceh pada sebelah tengah hari, merangkumi keperluan makanan, kebersihan dan barangan asas harian.

Selepas semua barangan dimuatkan di dalam lori, pasukan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke daerah Pidie Jaya yang terkesan akibat bencana banjir.

Perjalanan dari Banda Aceh ke Pidie Jaya bermula sekitar jam 2.30 petang, melalui laluan jalan biasa berikutan keadaan semasa trafik dan cuaca.

Perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira empat jam sebelum pasukan tiba di destinasi seterusnya.

Setibanya di Pidie Jaya, pasukan akan meneruskan proses penyelarasan dengan pihak tempatan bagi memastikan agihan bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Misi ini diharap dapat meringankan beban mangsa banjir serta menjadi tanda solidariti dan keprihatinan terhadap saudara-saudara yang terkesan.

DARI TERENGGANU KE ACEH, MISI KEMANUSIAAN SANTUNI MANGSA BANJIR 6 Januari 2026KUALA TERENGGANU- Kelab Aktivis Media Aspi...
06/01/2026

DARI TERENGGANU KE ACEH, MISI KEMANUSIAAN SANTUNI MANGSA BANJIR

6 Januari 2026

KUALA TERENGGANU- Kelab Aktivis Media Aspirasi (KAMI) menghantar seramai lima orang anggota ke Aceh, Indonesia bagi melaksanakan misi kemanusiaan bantuan banjir yang berlangsung selama lima hari bermula 6 hingga 10 Januari 2026.

Misi ini dilakukan susulan kejadian banjir yang melanda beberapa wilayah di Aceh baru-baru ini akibat hujan lebat berterusan pada awal Disember 2025, sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk setempat termasuk kerosakan rumah, kemudahan awam serta sumber pendapatan harian.

Ketua Misi, Ahmad Faizol Mohd Yusop berkata, selain menjalankan liputan media di kawasan terjejas, pasukan misi turut akan menyampaikan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di daerah Pidie Jaya, Aceh.

“Selain membuat liputan, KAMI juga akan menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas di Pidie Jaya, Aceh, khususnya kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan terputus bekalan makanan,” ujarnya.

Beliau berkata, pelaksanaan misi ini turut dijalankan dengan kerjasama dua pertubuhan kebajikan iaitu KT Care dan Wakaf Mempelam Care bagi memastikan penyampaian bantuan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

“Selain itu juga, ia sebagai medan untuk mengeratkan hubungan kemanusiaan dan solidariti serantau antara Malaysia dan Indonesia,” tambahnya lagi.

Menurut beliau, pasukan misi turut fokus untuk memberi penekanan sokongan moral dan suntikan semangat kepada mangsa yang terkesan, terutamanya golongan kanak-kanak, warga emas dan keluarga yang terjejas secara langsung akibat bencana tersebut.

Majlis perlepasan misi kemanusiaan ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hisyamuddin bin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, siang tadi.

MISI BANTUAN BANJIR ACEH 2025Air naik tanpa amaran, rumah dihanyutkan, harta musnah, anak-anak menangis kelaparan.Banjir...
31/12/2025

MISI BANTUAN BANJIR ACEH 2025

Air naik tanpa amaran, rumah dihanyutkan, harta musnah, anak-anak menangis kelaparan.

Banjir besar yang melanda Aceh telah meragut ketenangan ribuan keluarga. Dalam sekelip mata, mereka kehilangan tempat berteduh, pakaian, makanan dan segalanya yang pernah dipanggil rumah.

Hari ini, saudara kita di Aceh hanya bergantung pada ihsan dan bantuan orang lain untuk meneruskan hidup.

Atas dasar kemanusiaan, Kelab Aktivis Media Inspirasi Terengganu (KAMI) membuka kutipan sumbangan bagi membantu mangsa banjir Aceh 2025.

Setiap sumbangan anda adalah harapan.
Setiap ringgit anda adalah sinar buat mereka yang sedang diuji.

Salurkan sumbangan anda ke:
🏦 RHB Bank
📌 Kelab Aktivis Media Inspirasi Terengganu
📌 21306160028550

Sebarang pertanyaan:
www.wasap.my/+60169214146
www.wasap.my/+601125545516
www.wasap.my/+60199521837

Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Jangan biarkan mereka berjuang sendirian. 🤲💔

Address

No 2, Lot 739, Hadapan BSN Batu Enam
Kuala
21200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Aktivis Media Inspirasi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share